Rabu, 20 April 2011

Utusan Online - Jenayah

Utusan Online - Jenayah


Ibu syak anak mati didera

Posted:

Ibu syak anak mati didera

Ibu syak anak mati didera


R. Rajeswari (duduk, tengah) ditenangkan oleh ahli keluarganya di Unit Forensik, Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah, semalam.


SUNGAI PETANI 20 April - Seorang wanita membuat laporan polis selepas mendakwa anak lelakinya yang baru berusia setahun enam bulan mati dipercayai akibat didera oleh isteri pertama suaminya.

R. Rajeswari, 22, membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, di sini malam tadi.

Menurut wanita itu, anaknya, Lim Teik Kheng meninggal dunia di sebuah hospital swasta selepas dikatakan terjatuh dari katil di rumah suaminya di Taman Angsanasari.

Dakwanya, Teik Kheng dikatakan terjatuh dari katil dua tingkat kira-kira pukul 11 pagi semalam tetapi dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan hanya lima jam kemudian.

"Anak saya dibawa tinggal bersama keluarga suami kerana mereka tidak mempunyai anak lelaki.

"Namun saya terkejut apabila dihubungi keluarga suami, anak saya meninggal dunia kerana sesak nafas selepas terjatuh katil kira-kira pukul 7 petang semalam," katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik, Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini hari ini.

Katanya, dia bagaimanapun mengesyaki sesuatu apabila melihat keadaan mayat Teik Kheng yang mempunyai kesan kecederaan.

"Ketika menguruskan mayat, saya ternampak kesan kecederaan di badannya seperti didera. Saya syak ada sesuatu tidak kena," katanya.

Rajeswari memberitahu, kali terakhir dia berjumpa dengan anaknya kira-kira enam bulan lalu dan mendapati dia dalam keadaan sihat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan tersebut.

Katanya, pihaknya sedang menunggu laporan lengkap bedah siasat sebelum dapat mengambil sebarang tindakan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Polis perlu masa siasat pendedahan RPK

Posted:

Polis perlu masa siasat pendedahan RPK

Polis perlu masa siasat pendedahan RPK

KUALA LUMPUR 20 April – Polis memerlukan masa untuk melengkapkan siasatan terhadap pendedahan Raja Petra Kamaruddin (RPK) yang mendakwa beliau didesak oleh beberapa individu supaya membuat akuan bersumpah mengaitkan Perdana Menteri dan isteri dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, setakat ini, beberapa individu telah dipanggil untuk memberi keterangan bagi melengkapkan siasatan kes tersebut.

"Kita sudah mengambil keterangan daripada beberapa individu sebaik sahaja beliau (RPK) membuat pendedahan pada minggu lalu," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Mohd. Bakri bagaimanapun enggan mendedahkan nama individu yang memberi keterangan termasuk kemungkinan perlu atau sudah memanggil pegawai perisikan tentera, Kolonel Azmi Zainal Abidin.

Katanya, semua keterangan diberi oleh individu terbabit masih disiasat dan polis memerlukan masa untuk melengkapkan siasatan kes berkenaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan