Jumaat, 22 April 2011

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


Kikis sikap mudah melenting

Posted:

Kikis sikap mudah melenting

Kikis sikap mudah melenting

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanpahang@utusan.com.my


WAN Rosdy Wan Ismail (dua dari kiri) disaksikan Abdul Latiff Mohd. Noor (kanan) menyampaikan wang sagu hati kepada waris ahli PBTM di Felda Sungai Koyan Tiga, Kuala Lipis, semalam.


KUALA LIPIS 22 April - Golongan bekas tentera di negeri ini perlu mengikis sikap mudah melenting jika lewat menerima bantuan kerajaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli negeri, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail berkata, stigma sedemikian akan mudah diambil kesempatan oleh pihak pembangkang yang sentiasa mencari jalan meracuni pemikiran bekas tentera.

Beliau berkata, pihak pembangkang sentiasa cuba melaga-lagakan bekas tentera dengan kerajaan negeri menerusi isu remeh-temeh termasuk kelewatan menyalurkan bantuan kebajikan.

''Pihak tertentu mensasarkan bekas tentera untuk memperlekeh usaha kerajaan kononnya mengabaikan kebajikan mereka terutama yang uzur.

''Sebenarnya kerajaan negeri menerusi Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) banyak menyalurkan bantuan kebajikan kepada ahlinya," katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat Agung PBTM cawangan Felda Sungai Koyan Tiga, dekat sini hari ini.

Hadir sama, Yang Dipertua PBTM Pahang, Kapten (B) Abdul Latiff Mohd. Noor dan Pengerusi PBTM cawangan Felda Sungai Koyan Tiga, Abdul Rahim Said.

Pada majlis itu, Wan Rosdy turut menyampaikan wang sagu hati daripada PBTM Sungai Koyan Tiga kepada lima anak ahli persatuan itu yang cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini.

Tiga pelajar cemerlang PMR masing-masing menerima RM70 manakala dua pelajar cemerlang SPM menerima menerima RM100 setiap seorang.

Menurut Wan Rosdy, kerajaan negeri sedaya upaya membela nasib dan kebajikan bekas tentera yang berjuang menentang pengganas komunis suatu ketika dahulu.

Justeru, katanya, tuduhan kerajaan negeri bankrap tidak berasas sama sekali apabila jutaan ringgit dibelanjakan untuk kebajikan golongan tidak berkemampuan dan pembangunan.

''Segala bantuan kebajikan dan kecemasan kita ikut saluran yang betul dan memberi keutamaan kepada bekas tentera berasaskan panduan dan nasihat daripada kepimpinan PBTM negeri, daerah dan cawangan.

''Tidak wajar memohon simpati daripada pihak tertentu yang langsung tidak boleh membantu sebaliknya hanya gemar mencari ruang memperlekehkan kerajaan negeri," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

165.5 hektar tanah untuk rumah generasi kedua

Posted:

165.5 hektar tanah untuk rumah generasi kedua

165.5 hektar tanah untuk rumah generasi kedua

PEKAN 22 April - Sebanyak 165.5 hektar tanah di sekitar Gugusan Felda Chini dikenal pasti bakal dijadikan tapak perumahan generasi kedua dan ketiga tanah rancangan itu tidak lama lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini, Datuk Abu Bakar Harun berkata, projek perumahan yang masih dalam perancangan itu bertujuan memberi kemudahan kepada generasi tersebut memiliki kediaman sendiri.

"Bagi tujuan itu, Felda sedang membuat analisis bagi mengenal pasti sama ada tanah tersebut sesuai untuk dimajukan sebagai tapak perumahan atau sebaliknya," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian baju korporat dan sumbangan komputer riba di Dewan Orang Ramai Chini Timur dekat sini hari ini.

Pada majlis itu, seramai 13 pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chini masing-masing menerima sebuah komputer riba, wang tunai dan sijil penghargaan daripada Yayasan Pahang.

Menurut Abu Bakar, tapak tanah tersebut disediakan untuk kira-kira 5,000 generasi kedua dan ketiga Felda.

"Projek tersebut masih dalam proses perbincangan bersama Pejabat Tanah dan Galian (PTG) dan Felda untuk diluluskan sementara menanti proses agihan lot kepada peserta.

"Kita harap Felda, PTG akan memastikan tapak tersebut bersesuaian untuk projek pembinaan rumah terbabit," jelasnya.

Sementara itu katanya, projek meratakan tapak untuk dijadikan perumahan generasi kedua dan ketika sedang dilaksanakan di Felda Chini 3.

"Sebanyak 325 rumah kos rendah dan rendah sederhana bakal dibina oleh generasi kedua dan ketiga Felda menjelang tahun depan," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

PahangFM sasar pendapatan iklan RM1 juta

Posted:

PahangFM sasar pendapatan iklan RM1 juta

PahangFM sasar pendapatan iklan RM1 juta


Mustafa Kamal Abdul Razak menyampaikan cenderamata kepada salah seorang wakil syarikat pada Majlis Hari Bersama Pengiklan di Dewan Serbaguna Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah (KOMPSAS) di Kuantan, semalam.


KUANTAN 22 April - Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi stesen radionya, PahangFM mensasarkan pendapatan iklannya mencapai lebih RM1 juta pada tahun ini.

Pengarah Penyiaran negeri, Mustafa Kamal Abdul Razak berkata, PahangFM menerusi ejen pemasarannya, Utusan Airtime akan berusaha mencapai sasaran tersebut yang dilihat menunjukkan penurunan pada tahun lalu iaitu hanya mencapai RM700,000.

"Sasaran tersebut dilihat realistik kerana PahangFM dan Utusan Airtime pernah mencapai hasil pendapatan iklan sebanyak RM1 juta pada 2009.

"Bagaimanapun, kita akan melipatgandakan usaha pada tahun ini untuk mencapai kembali pendapatan iklan seperti yang disasarkan," katanya ketika ditemui selepas Majlis Hari Bersama Pengiklan di Dewan Serbaguna Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah (Kompsas), di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Pemasaran RTM, Jamal Abdullah dan Eksekutif Pemasaran Utusan Airtime Pahang, Hanapi Mat Ripin.

Menurut Mustafa Kamal, pihaknya yakin mampu mencapai sasaran itu berdasarkan trend terkini apabila semakin ramai pengiklan berminat untuk membeli iklan di PahangFM berikutan peningkatan bilangan pendengarnya.

"Kira-kira 400,000 pendengar PahangFM pada masa ini dan jumlah itu dijangka bertambah menjadi 500,000 ekoran pembaharuan dalam program yang disajikan kepada pendengar.

"Kita juga memberi lebih ruang kepada pengiklan untuk mengiklankan perniagaan mereka secara kreatif dan menarik dengan menaja sesebuah program yang dirasakan berkaitan dengan produk mereka," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen