Rabu, 20 April 2011

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


Tingkat promosi tarik pelancong

Posted:

Tingkat promosi tarik pelancong

Tingkat promosi tarik pelancong

Oleh MOHD. FAIRUZ YUSOF
utusanpahang@utusan.com.my


Pelbagai barangan anyaman dijual di Cherating Tourism Mart, Kampung Cherating Lama, Kuantan.


KUANTAN 20 April - Promosi Kampung Cherating Lama di sini yang terkenal sebagai salah satu produk pelancongan di Pahang akan ditingkatkan bagi menarik lebih ramai pelancong tempatan dan asing berkunjung ke kampung itu.

Pengarah Tourism Pahang, Amran Abd. Rahman (gambar) berkata, sebelum ini, kampung tersebut terkenal dengan pelbagai produk pelancongan tetapi mengalami penurunan sejak 10 tahun lalu.

Katanya, menyedari perkara itu, pihaknya mengambil inisiatif memperkenalkan program tersebut bagi menarik pelancong datang ke kampung itu selain kawasan sekitarnya.

"Di kampung ini terdapat beberapa lokasi pelancongan menarik selain hasil kreativiti penduduk tempatan dalam menghasilkan cenderamata untuk pelancong.

"Justeru, Tourism Pahang bersama agensi awam dan swasta bekerjasama dalam memberikan imej baru kampung ini untuk menarik pelancong datang ke sini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Cherating Tourism Mart di sini baru-baru ini.

Antara pihak yang terlibat ialah Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Pahang, Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pahang, Ka Ki Lan Enterprise, Rock & Flowers Sdn. Bhd. dan Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung Cherating Lama.

Program itu diadakan setiap hujung bulan selama tiga hari diadakan di Pusat Penerangan Pelancongan (TIC) kampung itu.

Pelbagai aktiviti dianjurkan seperti pameran dan jualan produk makanan, buah-buahan, demonstrasi masakan, kraf tangan, pertandingan permainan tradisional serta persembahan kebudayaan.

Amran berkata, penglibatan agensi kerajaan dan swasta membuktikan kesungguhan semua pihak dalam membangunkan semula kampung tersebut sebagai destinasi menarik di negeri ini.

Menurutnya, di sekitar kampung tersebut terdapat beberapa lokasi menarik yang boleh dikunjungi pelancong seperti Pantai Cherating dan Bukit Pelindung.

Tambahnya, langkah tersebut secara tidak langsung menjana pendapatan penduduk tempatan selain mempromosikan negeri ini kepada pengunjung domestik dan luar negara.

Katanya, Tourism Pahang akan memperhebatkan promosi program itu bukan sahaja di negeri ini tetapi juga di seluruh negara.

Tambahnya, pelbagai cara akan dipromosikan sama ada di media cetak dan elektronik bagi memaklumkan kepada masyarakat tentang program tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Peluang peniaga tingkat pendapatan

Posted:

Peluang peniaga tingkat pendapatan

Peluang peniaga tingkat pendapatan


Pengunjung melihat demonstrasi masakan cef dari Hotel Swiss Garden Kuantan di Cherating Tourism Mart, Kampung Cherating Lama, Kuantan, Pahang, baru-baru ini.


KUANTAN 20 April - Langkah Tourism Pahang menganjurkan program Cherating Tourism Mart di Kampung Cherating Lama di sini akan mengembalikan kegemilangan kampung tersebut sebelum ini.

Penganjur jualan program tersebut, Mohd. Rokman Mustapa (gambar) berkata, penganjuran itu akan membantu menambah pendapatan penduduk dalam menjual pelbagai produk makanan dan kraf tangan kepada pelancong tempatan dan asing.

Menurutnya, sambutan kalangan peniaga yang ingin menyertai program tersebut amat menggalakkan tetapi pihaknya terpaksa mengambil jumlah tertentu kerana ruang niaganya adalah terhad.

"Program itu membolehkan pelancongan mengunjungi lokasi menarik selain pantai yang bersih dan boleh dikunjungi oleh pelancong dalam mencari kelainan ketika bercuti di sini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Rokman berkata, kebanyakan peniaga dan peserta yang menyertai program itu adalah orang tempatan selain memberi peluang pelancong mengenali lebih lanjut tentang kampung itu.

Tambahnya, pemilihan Pusat Penerangan Pelancongan (TIC) di kampung itu bagi tujuan program tersebut amat bersesuaian kerana ia dekat dengan beberapa lokasi menarik di situ.

Dalam pada itu, katanya, terdapat beberapa chalet, inap desa serta pusat rekreasi di kampung ini boleh digunakan kepada pengunjung yang pertama kali datang ke situ.

"Mereka tidak perlu bimbang untuk datang ke sini kerana segala kemudahan disediakan dan semestinya memberi kepuasan kepada pengunjung ketika bercuti," katanya.

Dia berharap supaya program itu dapat diteruskan pada masa depan bagi mengembalikan kegemilangan Cherating yang terkenal suatu ketika dahulu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

MRSM Bentong masih ditutup

Posted:

MRSM Bentong masih ditutup

MRSM Bentong masih ditutup

Oleh ALI MAHMOOD
utusanpahang@utusan.com.my

BENTONG 20 April - Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram) sedang menjalankan kajian untuk memastikan sama ada bangunan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di sini selamat digunakan atau sebaliknya.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, setakat ini bangunan MRSM itu tidak selamat kerana terdapat aliran air berhampiran tapak bangunan tersebut yang boleh menyebabkan tanah di kawasan itu runtuh bila-bila masa.

Katanya, sebahagian daripada bangunan sekolah itu didapati selamat dan boleh digunakan tetapi kerajaan mengambil keputusan menutupnya kerana tidak mahu pelajar dan guru terdedah kepada bahaya.

''Kerajaan cuba menyelamatkan bangunan tersebut dan sedang menjalankan kajian menyeluruh bagi memastikan kawasan itu selamat termasuk proses membaik pulih runtuhan cerun serta tembok berhampiran sekolah tersebut yang berlaku pada 6 Disember 2009.

''Kerja-kerja membaik pulih tembok itu akan dijalankan secara berperingkat tetapi berdasarkan kajian, sememangnya wujud kelemahan dalam proses pembinaan termasuk rekabentuk tembok," katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Dalam kejadian 6 Disember 2009, runtuhan cerun di lereng bukit di kawasan itu menyebabkan tangki septik dan padang hoki sekolah itu tertimbus dengan tanah.

Runtuhan sepanjang 50 meter, berketinggian 30 meter dan kedalaman 20 meter itu bagaimanapun tidak mengakibatkan kemalangan jiwa memandangkan ia berlaku pada cuti persekolahan.

Menurut Adnan, masalah runtuhan yang berlaku kira-kira 400 meter dari kediaman guru di Blok A dan B di sekolah itu adalah di luar kawalan kerana ia berpunca dari air bawah tanah yang tinggi dan reka bentuk tembok penahan itu sendiri.

Menurut beliau, berdasarkan spesifikasi sebenar, kadar kecerunan yang selamat mesti berada dalam paras piawaian 1.4 ke atas.

Bagaimanapun katanya, berdasarkan siasatan yang dilakukan oleh Ikram mendapati spesifikasi cerun di MRSM Bentong hanya 1.2 dan ia kurang selamat.

Adnan berkata, walaupun hanya terdapat sebahagian kawasan yang terlibat dalam runtuhan itu tetapi semua pelajar dan guru telah dipindahkan ke MRSM, Pekan pada tahun lalu sebagai langkah keselamatan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

"Jika hendak minta pelajar dan guru terus menggunakan bangunan dan kemudahan yang terdapat di situ sebenarnya tiada masalah tetapi bimbang kerana ada kawasan selamat dan ada kawasan tidak selamat," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan