Khamis, 7 April 2011

Utusan Online - Muka Hadapan

Utusan Online - Muka Hadapan


Taib Mahmud dicabar sepupu

Posted:

Taib Mahmud dicabar sepupu

Taib Mahmud dicabar sepupu

Oleh SOPI SAMAILE
pengarang@utusan.com.my


Abdul Taib Mahmud (kanan) menyerahkan borang pencalonan bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri N51 Balingian pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 di Dewan Suarah Mesra, Mukah, Sarawak, semalam. - bernama


MUKAH 6 April - Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian berdepan saingan tiga penjuru pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10, 16 April ini.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri akan ditentang calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Suriati Abdullah, 50, dan calon Bebas, Datuk Salleh Jafaruddin, 67, yang juga sepupu beliau.

Abdul Taib yang diiringi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman bersama lebih 2,000 penyokong tiba di pusat penamaan calon di Dewan Suarah Mesra, Mukah pada pukul 9.17 pagi.

Beliau kemudian menyerahkan borang pencalonannya pada pukul 9.20 pagi.

Sementara itu, Suriati yang hanya ditemani 20 orang penyokongnya menyerahkan borang pencalonan pada pukul 9.36 pagi.

Pada proses penamaan itu, Salleh yang diiringi bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Bujang Ulis menyerahkan borang pencalonan pada pukul 9.44 pagi.

DUN Balingian mempunyai seramai 11,792 pengundi berdaftar.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Barisan Nasional ditentang hebat

Posted:

Barisan Nasional ditentang hebat

Barisan Nasional ditentang hebat

KUCHING 6 April - Barisan pemimpin kanan Barisan Nasional (BN) negeri ditentang hebat pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 dengan menyaksikan mereka sekurang-kurangnya terbabit dalam pertandingan empat penjuru.

Pada proses penamaan calon yang berlangsung hari ini, Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam menerima tentangan satu lawan satu daripada seorang peguam muda dari DAP iaitu Ling Sie Kiong, 28.

Hong Nam yang mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Piasau menyerahkan kertas pencalonannya kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Monica Lenya pada pukul 9.30 pagi.

Bagaimanapun, tiada sebarang bantahan diterima daripada kedua-dua calon yang bertanding setelah masa bantahan tamat.

Dalam pada itu, di Lundu, kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Datu yang disandang Penasihat Khas Kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem menyaksikan pertandingan tiga penjuru.

Adenan, 67, daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang mewakili BN akan berhadapan dengan Ahli Muslimat Pas Sarawak, Nani Sahari dan calon Bebas, Gilbert Asson Kulong.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima lima bantahan daripada parti yang bertanding selepas tempoh bantahan berkahir pada pukul 11 pagi.

Seperti dijangkakan, suasana di kawasan penamaan calon agak tenang tanpa sebarang insiden membabitkan penyokong BN dan PAS mahu pun Bebas.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Sarawak, Datuk Seri Michael Manyin Jawong, 65, berhadapan pertandingan empat penjuru bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tebedu.

Pada pilihan raya kali ini, Manyin yang juga penyandang kawasan itu menerima tentangan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Christopher Kiyui; Parti Kebangsaan Sarawak (Snap) yang menampilkan Anthony Nais, 48 dan calon Bebas, Kipli Ale, 36.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Beri mandat baru kepada BN - Muhyiddin

Posted:

Beri mandat baru kepada BN - Muhyiddin

Beri mandat baru kepada BN - Muhyiddin

MUKAH 6 April - Barisan Nasional (BN) meminta rakyat Sarawak memberi mandat baru kepada parti itu dengan majoriti undi lebih besar bagi membolehkan urusan pembangunan dilaksanakan dengan lancar untuk tempoh lima tahun akan datang.

Mengakui cabaran pilihan raya ke-10 ini agak sengit dengan kesemua 71 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dipertandingkan, Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagaimanapun yakin rakyat negeri itu akan membuat penilaian yang bijaksana berdasarkan rekod cemerlang BN selama ini.

Tegasnya, BN menawarkan satu peluang terbaik kepada pengundi untuk meneruskan kesinambungan janji kerajaan negeri memacu kemajuan negeri ke tahap lebih baik.

"Kalau tidak guna simbol dacing, itu adalah calon di luar BN sedangkan yang mendapat sokongan pucuk pimpinan untuk bertanding ialah yang 100 peratus calon-calon BN.

"Oleh itu, saya meminta rakyat supaya tidak mudah percaya dengan mereka (calon-calon pembangkang yang terdesak dan tidak sepatutnya bertanding sebab tidak ada kekuatan tersendiri).

"Jangan juga percaya dengan tipu helah mereka kononnya tidak menang negeri (pun) tidak mengapa, asalkan menang moral sebab ini bukan soalnya tetapi jelas bukti nyata untuk kita membangun dan memacu pembangunan pesat negeri," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita sebelum berlepas balik ke Kuala Lumpur di Lapangan Terbang Mukah di sini hari ini.

Terdahulu, Muhyiddin mengiringi calon N51 Balingian yang juga Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud menyerahkan borang pencalonan mempertahankan kerusi itu di Dewan Suarah Mesra Mukah.

Abdul Taib dicabar oleh calon PKR, Suriati Abdullah, 50, dan calon bebas, Datuk Salleh Jafaruddin, 67, yang juga bekas Timbalan Menteri Pelajaran.

Muhyiddin berkata, pilihan raya Sarawak kali ini menyaksikan semua kerusi ditandingi berbanding dua kerusi dimenangi tanpa bertanding oleh BN pada 2006 membuktikan sistem amalan demokrasi yang segar di Malaysia.

"Ada pertandingan satu lawan satu dan tiga penjuru, ini bermakna sesiapa sahaja berhak sama ada parti atau secara peribadi untuk bertanding. Ia juga memberikan kesempatan kepada rakyat Sarawak untuk memilih mana-mana parti yang mampu berperanan menggalas tugas besar untuk rakyat," katanya.

Tegas Muhyiddin, keserabutan yang dialami pembangkang dengan pertindihan calon-calon mereka yang berlawan sesama sendiri untuk berdepan dengan BN tidak sesekali menggentarkan parti pemerintah itu.

"Kita juga tidak sesekali memandang rendah cabaran pembangkang dengan semua jentera BN sudah diletakkan dalam keadaan bersedia bekerja keras untuk mengembalikan semula mandat rakyat," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen