Selasa, 5 April 2011

Utusan Online - Mahkamah

Utusan Online - Mahkamah


Pegawai tidak dilindungi - Shukri

Posted:

Pegawai tidak dilindungi - Shukri

Pegawai tidak dilindungi - Shukri

Oleh NOOR AZMAH IBRAHIM
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 5 April - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini memberi jaminan bahawa agensi itu tidak akan melindungi mana-mana pegawai yang didapati terlibat dalam insiden yang membawa kepada kematian Teoh Beng Hock pada 16 Julai 2009.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Shukri Abdull membuat kenyataan sedemikian sebelum mengakhiri keterangan beliau dalam prosiding Suruhanjaya Untuk Menyiasat Kematian Setiausaha Politik Exco Selangor itu.

Menjawab soalan anggota suruhanjaya, Profesor Mohamed Hatta Shaharom, beliau mengakui kematian Beng Hock telah memberi kesan yang amat besar kepada SPRM kerana kejadian itu tidak pernah berlaku selain terpaksa berdepan dengan inkues, suruhanjaya siasatan dan arahan kerajaan negeri Selangor yang tidak membenarkan kakitangannya disoal siasat selepas waktu pejabat.

''Tidak dapat dinafikan dalam kes ini, ada kelemahan di pihak SPRM. Kami akan berusaha memperbaikinya. Kami juga akan terima apa sahaja keputusan suruhanjaya. Jika ada pegawai SPRM yang bersalah, ambillah tindakan. Kami tak akan lindungi mereka serta menjejaskan imej SPRM. Kami yakin jika kebenaran dilaksanakan, rakyat akan beri kepercayaan kepada SPRM.

''Saya juga ingin tegaskan bahawa keadilan adalah untuk semua, bukan untuk satu pihak sahaja. Kami mahukan keadilan untuk Beng Hock, untuk keluarga beliau, untuk SPRM dan juga untuk masyarakat umum,'' jelas beliau.

Sementara itu, Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Tan Boon Wah dalam keterangannya mendakwa, dia didera oleh pegawai-pegawai SPRM secara fizikal dan mental apabila disuruh berdiri selama empat jam, ditunjukkan penumbuk, disuruh bersumpah, diugut dan diejek semasa disoal siasat di pejabat agensi itu pada malam 15 Julai 2009.

Beliau bagaimanapun mengaku langsung tidak merasa takut dan meminum air yang diberikan oleh pegawai SPRM, Bulkini Paharuddin kerana menganggap mereka tidak serius serta sekadar mempermainkan dirinya selain tiada pilihan apabila tidak dibenarkan pulang pada malam itu.

''Pada pukul 10 pagi, saya dikejutkan dan dibawa ke pantri untuk makan pagi bersama dua pegawai SPRM dan Lee Wai Wing (saksi SPRM). Keadaan masa itu berlainan kerana kami berborak-borak dalam suasana yang berbeza daripada semalam (hari sebelumnya).

''Saya ada bertanya kenapa berkasar dengan saya semalam. Seorang pegawai yang menyoal siasat saya memberitahu mereka sememangnya dilatih dengan kaedah sebegitu untuk soal siasat. Satu cara kasar dan satu cara lembut,'' katanya.

Katanya, selepas kenyataannya dirakam oleh seorang pegawai dan semua barang-barangnya seperti telefon bimbit, pasport dan cop syarikat dipulangkan, beliau meninggalkan pejabat SPRM Selangor yang ketika itu dalam keadaan biasa dan agak sunyi pada pukul 1.35 petang hari yang sama.

Prosiding suruhanjaya yang diadakan di Mahkamah Tinggi Sivil Baharu (NCvC) di Kompleks Mahkamah di sini bersambung esok.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bekas Timbalan Pengurus Besar Yayasan Selangor didakwa rasuah

Posted:

Bekas Timbalan Pengurus Besar Yayasan Selangor didakwa rasuah

Bekas Timbalan Pengurus Besar Yayasan Selangor didakwa rasuah


Saifulruddin Sulaiman didakwa atas tiga tuduhan rasuah RM45,000 di Mahkamah Sesyen Shah Alam, semalam.


SHAH ALAM 5 April - Bekas Timbalan Pengurus Besar Yayasan Selangor, Saifulruddin Sulaiman mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tiga tuduhan rasuah membabitkan RM45,000 tahun lalu.

Saifulruddin, 32, didakwa bersetuju menerima wang tunai RM20,000 daripada pengurus syarikat Drift Z Enterprise, Husni Hirzi Abd. Rahim sebagai upah untuk membantu syarikat itu terpilih dan dilantik sebagai pengurus acara bagi majlis sambutan ke-40 tahun Yayasan Selangor.

Tertuduh didakwa berbuat demikian di No. 3, Jalan Platinum 7/43C, Seksyen 7 di sini pada pukul 8 malam, 5 Oktober 2010.

Bagi tuduhan kedua, dia didakwa bersetuju menerima wang tunai RM20,000 daripada Husni di tempat yang sama pada pukul 9 malam, 25 Oktober 2010.

Saifulruddin juga didakwa bersetuju menerima RM5,000 daripada Husni sebagai dorongan untuk melepaskan bayaran tambahan program yang sama berjumlah RM93,982.40 kepada syarikat tersebut.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di hadapan restoran The Skewers, Subang Avenue, Petaling dekat sini pada pukul 9 malam, 11 November tahun lalu.

Kesemua tuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 17(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang memperuntukan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana yang lebih tinggi.

Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Kevin Morais mencadangkan jaminan RM15,000 ke atas tertuduh bagi kesemua pertuduhan.

Peguam Sawmee Ullah Nawzumean yang mewakili tertuduh pula memohon jumlah itu dikurangkan kepada RM7,000 memandangkan anak guamnya telah diberhentikan kerja minggu lalu dan isteri tertuduh hanya bekerja sebagai penolong akaun dengan pendapatan RM1,600 sebulan.

Hakim Mat Ghani Abdullah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu perbicaraan yang ditetapkan pada 18 Julai ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen