Rabu, 13 April 2011

Utusan Online - Kota

Utusan Online - Kota


Bukit Bintang memalukan

Posted:

Bukit Bintang memalukan

Bukit Bintang memalukan

Oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
kota@utusangroup.com.my


Memalukan apabila kawasan Bukit Bintang yang menjadi kemegahan ibu negara dicacatkan oleh permukaan jalan dan pembahagi jalan yang rosak teruk seperti yang dapat dilihat di Jalan Hang Tuah, berhampiran Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur ini.


KUALA LUMPUR 12 April - Sebut sahaja Bukit Bintang, tiada siapa yang boleh menafikan kehebatannya dari segala segi, baik untuk membeli-belah, sebagai pusat pelancongan, hiburan, menjamu selera atau apa sahaja.

Dengan kedudukannya dalam kawasan segi tiga emas ibu negara, Bukit Bintang tidak pernah mati daripada keriangan dan sentiasa dipenuhi orang ramai pada setiap waktu dan ketika.

Namun, di sebalik semua kemegahan itu, di satu sudut lain, terdapat beberapa masalah yang perlu diberikan perhatian segera oleh pihak berkuasa supaya imej Bukit Bintang tidak tercalar.

Paling utama ialah masalah jalan rosak yang menjejaskan keselesaan pemandu dan mencemar pemandangan di kawasan itu.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, permukaan jalan terutama dari persimpangan berdekatan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur sehingga menuju ke pusat beli-belah Times Square sangat teruk.

Bukan di situ sahaja, malah beberapa jalan lain di sekitar Bukit Bintang turut mengalami masalah yang sama.

Permukaan jalan di situ didapati berlubang besar, kebanyakan permukaannya tidak rata, di samping berlopak-lopak serta beralun.

Di samping itu, pembahagi jalan di kawasan tersebut juga didapati sudah rosak teruk dengan permukaannya pecah-pecah.

Keadaan tersebut bukan sahaja menjejaskan keselesaan pengguna tetapi juga boleh membawa kepada kerosakan kenderaan dan kemalangan.

Penunggang motosikal dilihat paling berisiko ketika melalui jalan tersebut kerana terpaksa mengelak lubang yang boleh membawa kepada kemalangan jika tidak berhati-hati.

Kenderaan berat dan tinggi seperti lori, bas dan van pula dilihat terhoyong-hayang ketika melalui jalan itu.

Lebih teruk daripada itu, akibat keadaan jalan yang teruk itu, pengguna terpaksa menempuh kesesakan luar biasa setiap hari kerana semua pemandu akan memperlahankan kenderaan apabila melalui jalan-jalan tersebut.

Sehubungan itu, tindakan menurap semula jalan itu perlu disegerakan bukan sahaja demi keselesaan pengguna tetapi juga demi imej Kuala Lumpur yang menuju sebagai bandar raya bertaraf dunia.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

DBKL patut lebih peka

Posted:

DBKL patut lebih peka

DBKL patut lebih peka

KUALA LUMPUR 12 April - Pengguna jalan di sekitar Bukit Bintang bukan sahaja merungut dengan keadaan jalan yang teruk tetapi turut mempersoalkan kepekaan pihak berkuasa dalam menjaga kualiti infrastruktur di ibu negara.

Dakwa mereka, keadaan itu bukan sahaja menyusahkan mereka dan boleh merosakkan kenderaan tetapi juga memalukan negara di mata pelancong asing.

Seorang pengguna, Azizi Razali, 26, berkata, jalan sekitar Bukit Bintang yang perlu dilaluinya hampir setiap hari itu kini sangat teruk dan membahayakan.

Menurutnya, jalan itu membuatkan dia rasa tidak selamat dan sering hampir terjatuh apabila roda motosikalnya termasuk ke dalam lubang yang tidak sempat dielak.

Katanya, dia tiada pilihan melainkan terpaksa juga melalui jalan tersebut setiap hari kerana ia merupakan laluan utamanya untuk ke tempat kerja.

Ujarnya, motosikalnya juga sering rosak kerana melalui jalan tersebut, di samping sering terpaksa berhadapan dengan risiko kemalangan.

"Saya berharap agar jalan tersebut diturap semula dengan segera supaya ia sempurna dan tidak membahaya pengguna terutama penunggang motosikal," katanya.

Seorang lagi pengguna, Mohd. Saifullah Abi Jamrah, 26, berkata, keadaan jalan tersebut yang tidak sempurna sangat memalukan.

Katanya, sepatutnya situasi itu tidak patut berlaku memandangkan Bukit Bintang ini sememangnya menjadi tumpuan, tidak kira rakyat tempatan mahupun pelancong asing.

"Pelancong asing yang melalui jalan ini untuk ke tempat-tempat menarik di sekitar Bukit Bintang pasti akan mempunyai tanggapan negatif terhadap ibu negara jika melihat keadaan jalan di sini," katanya.

Mohd. Dzulsyahmi Rohaimi, 23, pula berharap agar permukaan jalan raya tersebut dapat diturap semula secara keseluruhannya.

Katanya, keadaan jalan di situ sudah tidak sesuai untuk ditampal di kawasan tertentu sahaja kerana kebanyakan permukaannya sudah tidak rata dan berlubang-lubang.

"Saya berharap pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil tindakan segera tanpa menunggu rungutan daripada pengguna atau setelah berlakunya kemalangan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Janji tindakan segera

Posted:

Janji tindakan segera

Janji tindakan segera

KUALA LUMPUR 12 April - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan meninjau jalan di sekitar Bukit Bintang yang dikatakan rosak sebelum mengambil sebarang tindakan.

Pengurus Komunikasi Korporatnya, Anwar Mohd. Zain berkata, pihaknya perlu meneliti jenis kerosakan yang berlaku di jalan-jalan tersebut untuk menentukan bentuk pembaikan yang sesuai dilaksanakan.

"Demi keselamatan orang ramai dan keselesaan pengguna, pihak DBKL akan bertindak membaik pulihnya dengan segera," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen