Ahad, 10 April 2011

Utusan Online - Jenayah

Utusan Online - Jenayah


Dibunuh sebelum dibakar

Posted:

Dibunuh sebelum dibakar

Dibunuh sebelum dibakar

Oleh NORAZMAN ABDUL RAHIM
utusanjohor@utusan.com.my


ANGGOTA polis membawa mayat wanita yang dipercayai dibunuh sebelum dibakar di Pantai Sekakap, Mersing, semalam.


MERSING 10 April – Hajat dua anggota tentera untuk menangkap ikan di Pantai Sekakap di sini, terbantut apabila mereka menjumpai mayat seorang wanita dalam keadaan rentung pagi ini.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Mohd. Nor Rasid berkata, pihaknya menerima panggilan daripada anggota tentera terbabit kira-kira pukul 10.30 pagi memaklumkan penemuan mayat tersebut.

Menurutnya, mayat itu ditemui ketika kedua-dua anggota tentera itu mencari kayu untuk memasang jaring ikan di belukar pantai berkenaan yang terletak kira-kira 200 meter dari Jalan Mersing-Sekakap.

"Mayat berkenaan dikenal pasti sebagai wanita berdasarkan jam tangan dan gelang kaki pada tubuh mangsa yang 95 peratus hangus terbakar.

"Mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain kurang 24 jam lalu sebelum mayatnya dimasukkan ke dalam beg pakaian lalu dibakar di kawasan pantai yang terletak kira-kira 50 meter dari Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Sekakap dan satu kilometer dari Kem Iskandar, dekat sini," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Mohd. Nor berkata, mangsa dipercayai berumur lingkungan 25 tahun berdasarkan keadaan fizikalnya manakala bahagian kaki yang tidak terbakar menunjukkan mangsa berkulit cerah.

Selain itu, katanya, terdapat seutas rantai pada leher mangsa yang tertera perkataan Suemzar.

"Pihak polis masih menyiasat motif pembunuhan berkenaan dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Mayat dihantar ke Hospital Mersing untuk proses bedah siasat dan akan ditempatkan di bilik mayat hospital berkenaan sementara menunggu pengecaman ahli keluarga," katanya.

Sehubungan itu, Mohd. Nor meminta waris atau ahli keluarga yang kehilangan anak perempuan terutama remaja di bawah umur 25 tahun kurang daripada 24 jam lalu menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Supritendan Abd. Aziz Che Embong di talian 07-7993507 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Mersing, 07-7994222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kemewahan dua warga Iran terbongkar

Posted:

Kemewahan dua warga Iran terbongkar

Kemewahan dua warga Iran terbongkar

KUALA LUMPUR 10 April - Rahsia kemewahan dua lelaki warga Iran yang mampu membeli sebuah kereta BMW M3 dan sebuah rumah kondominium terbongkar selepas mereka ditahan polis ketika sedang mengedar dadah jenis syabu di Seri Kembangan di sini kelmarin.

Kedua-dua suspek berusia 47 dan 38 tahun itu ketika tiba di negara ini setahun lalu dikatakan hanya mampu menginap di hotel bajet.

Ketua Polis Daerah Serdang, Supritendan Abd. Razak Elias berkata, warga Iran tersebut antara empat suspek termasuk seorang warga Pakistan dan India yang ditahan kerana dipercayai sindiket pengedaran dadah antarabangsa.

Menurutnya, keempat-empat suspek itu ditahan dalam satu serbuan yang dilakukan di sebuah hotel bajet di pekan Seri Kembangan di sini pada pukul 8.15 malam.

"Dalam risikan di hotel tersebut, kita mendapati dua warga Iran yang menaiki sebuah kereta BMW telah memberi satu bungkusan berisi tin biskut dan kotak makanan ringan kepada lelaki Pakistan dan India di hadapan hotel.

"Apabila bungkusan itu dibawa ke bilik oleh suspek masing-masing berusia 26 dan 27 tahun, kita telah membuat serbuan dan menemui kedua-dua bungkusan berkenaan yang berisi syabu seberat 680 gram," katanya di sini hari ini.

Tambahnya, siasatan awal mendapati warga Iran tersebut telah membeli kereta BMW M3 dan sebuah rumah sepanjang berada di sini walaupun pekerjaan mereka tidak menentu.

Katanya, kedua-dua warga Iran terbabit dipercayai menggunakan warga Pakistan dan India itu untuk melakukan pengedaran dadah kepada penagih-penagih di sekitar kawasan terbabit.

Menurutnya, dadah yang dirampas bernilai RM60,000 manakala keempat-empat suspek disiasat mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan