Khamis, 7 April 2011

Malaysiakini :: Berita

Malaysiakini :: Berita


Kugiran, negara Islam modal BN di rumah panjang

Posted: 07 Apr 2011 07:36 PM PDT

BN dikesan mengambil pendekatan hiburan sambil mengetengahkan isu negara Islam bagi 'menakut-nakukan' pengundi Iban di rumah-rumah panjang daripada mengundi calon Pakatan Rakyat.

NONEMenariknya, dua kaedah pendekatan yang berbeza sama sekali itu digunapakai di dua rumah panjang yang berdekatan dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sama.

Tinjauan Malaysiakini di Batang Ai mendapati program melibatkan calon BN Malcom Mussen Lamoh di rumah panjang Sebagi Pandak - kira-kira 20 kilometer dari pekan Lubok Antu - umpama pesta keraian.

Kereta bersusun di tepi-tepi jalan dan daripada jauh lagi kedengaran suara penyandang kerusi itu mendendangkan lagu sambil diiringi kugiran,lengkap dengan paluan deram dan petikan gitar.

Sambil sebahagian penduduk memanggang daging di luar rumah, Malcom menyanyikan "Help Me Through the Night" yang dipularkan kumpulan rock Amerika Syarikat, Eagles.

NONEKeadaan begitu meriah dan mesra walaupun beliau tidak berucap lama sebelum itu. Ketika menyanyi, Maclom turut dihadiahkan sekuntum bunga oleh seorang wanita.

Ditemui Malaysiakini selepas itu, beliau sambil ketawa sambil mengaku tidak pandai menyanyi. Bagaimanapun, baginya, lagu Eagles itu baginya bermaksud "help me through the election" (bantu saya lalui pilihan raya ini).

"Ramai di sini saudara saya sama ada jauh atau dekat. Yang penting mereka hendaklah didekati tanpa sebarang halangan dan sekatan," katanya ketika ditanya tentang pendekatan diambilnya bagi memenangi hati pengundi.

'Anwar sibuk...'

Bercakap di rumah panjang moden (rumah batu) yang memuatkan 30 keluarga itu, Malcom menyifatkan kempennya disusun dengan mendekati secara terus penduduk Iban yang merupakan kelompok terbesar di DUN itu.

NONE"Fasa pertama saya akan dampingi rumah panjang. Fasa kedua saya akan temui dan berbincang dengan Persatuan Tuai Rumah.

"Sudah tentu saya tidak mampu pergi ke semua tempat," katanya sambil wawancaranya dihentikan oleh penduduk rumah panjang itu yang mahukannya menyanyikan lagu Iban pula sebelum berangkat pulang.

Sementara di rumah panjang Mepi Pasir - kira-kira 10 kilometer daripada Rumah Panjang Sebagi Pandak pula, keadaan lebih berbeza dan serius apabila pengundi disogokkan dengan isu nasional.

Anggota parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak ketika berucap mengetengahkan isu negara Islam yang diperjuangkan PAS dan pengharaman penjualan loteri oleh pimpinan parti Islam itu.

Sambil menyifatkan Pakatan Rakyat mempunyai "mimpi lain-lain", William juga menyifatkan gabungan PKR-DAP-PAS itu perlu ditolak kerana pemimpin utamanya Datuk Seri Anwar Ibrahim "mempunyai banyak masalah".

NONE"Anwar kini sibuk dengan isu video seks (yang didakwa melibatkannya) dan tidak ada masa untuk orang di sini," ucapnya dalam bahasa Iban, seperti diterjemahkan kepada Malaysiakini oleh seorang pegawainya.

Willian juga menyifatkan keluarnya beberapa anggota parlimen Pakatan daripada PKR seperti Zulkifli Noordin (Kulim-Bandar Baru) dan Wee Choo Keong (Wangsa Maju) menunjukkan bahawa parti itu "ada masalah besar".

Malcom yang menang dengan majoriti 1,854 undi dalam pilihan raya lalu kali ini ditentang Nicholis Bawin Anggat daripada PKR. Kawasan majoriti Iban itu mempunyai 8,728 pengundi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Video seks: PM harus lulus ujian RCI juga

Posted: 07 Apr 2011 06:58 PM PDT

Hari ini, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz adijadual mengusulkan kepada Jemaah Menteri untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video lucah Datuk T.

NONEAlasan yang diberi Nazri ialah Anwar mungkin menjadi Perdana Menteri Malaysia dan justeru, harus "lulus" penelitian Suruhanjaya Diraja bersabit video itu.

Nazri juga memberi kenyataan bahawa isteri Anwar Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail tidak layak memutuskan individu dalam video itu yang mempunyai susuk badan (perut boroi dan dada luas) berlainan dengan Anwar.

Perakuan seorang isteri lebih 50 tahun dan presiden sebuah parti politik diketepikan begitu sahaja oleh Nazri!

Namun biarlah rakyat, khususnya kaum wanita menjawab Nazri atas perkara itu.

NONEYang lebih penting ialah cubaan Nazri meletakkan "syarat" Anwar mesti lulus ujian Suruhanjaya Diraja (RCI) sebelum boleh diangkat menjadi Perdana Menteri.

Secara tiba-tiba Nazri dan juak-juak dalam Umno mengiktiraf kemungkinan Anwar menjadi Perdana Menteri. Atau, adakah ia semata-mata untuk menghalalkan penubuhan RCI?

Yang bersih

Jika RCI menjadi ukuran untuk memastikan hanya mereka yang "bersih" menjadi pemimpin - kenapa tidak ditubuhkan Suruhanjaya Diraja untk menyiasat Datuk Seri Najib Razak yang beberapa pegawai kanannya terbabit dengan pembunuhan ngeri model warga Mongolia Altantuya Sharibuu.

altantuya razak baginda crime scene 180707 policeNajib - dahulu dan sekarang dibelit dengan tuduhan beliau ada kaitan dengan skandal Altantuya. Belum lambat untuk menubuhkan suruhanjaya itu bagi memastikan tuduhan dan dakwaan berkenaan Altantuya tidak lekat selama-lamanya.

Umum tahu pembunuhan Altantuya pada tahun 2006 melibatkan penasihat Najib - Abdul Razak Baginda dan dua anggota polis yang menerima arahan daripada pegawai kanan di pejabat Najib.

Umum juga tahu Altantuya dan Razak dibelit dengan isu pembayaran komisyen hampir RM500 juta untuk pembelian kapal selam yang diluluskan oleh Najib ketika beliau Menteri Pertahanan.

azlanDan umum juga tahu pada tahun lalu, pihak berkuasa Peranchis sendiri memulakan siasatan bersabit pembayaran komisyen kapal selam itu kerana ia membabitkan syarikat perkapalan negara itu.

Apakah ini semua tidak melibatkan kepentingan nasional yang sepatutnya membawa kepada sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat isu komisyen kapal selam, Altantuya dan hubung kait dengan Najib selaku Menteri Pertahanan ketika itu?

Sepatutnya sebelum melangkah masuk pejabat Perdana Menteri, Najib menawarkan untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi memperakui beliau sebenarnya bersih-sebersihnya.

Hukuman gantung

razak baginda acquitted 311008 12Namun tidak. Dua anggota polis yang tidak pun mengenali Altantuya didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati kerana kesalahan mengebom Altantuya manakala Razak Baginda pula dibebaskan.

Dua minggu lalu, Najib dengan gah menawarkan DNAnya dalam cubaan menyindir Anwar bersabit tuduhan fitnah liwat terhadap Ketua Pembangkang itu.

Sayang, Perdana Menteri hanya membuat tawaran itu setelah perbicaraan Altantuya berakhir dan Najib selesa menduduki taktha pemimpin utama negara.

Sepatutnya Nazri menjawab soalan mudah ini – kenapa standard yang dikenakan terhadap Anwar, itupun bersabit video lucah, dikecualikan terhadap Najib dalam kes yang membabitkan pembunuhan seorang warga asing dan duit rakyat berjuta-juta ringgit.

azlanKenyataan Nazri yang mahu RCI ditubuhkan adalah berbaur politik dan dipinjam daripada agenda Tan Sri Rahim Thamby Chik, Datuk Shayzl Eskay dan Datuk Shuib Lazim ketika mereka menayangkan video lucah itu kepada wartawan terpilih pada 21 Mei lalu.

Sekali gus pengumuman Nazri mengesahkan usul penubuhan RCI adalah satu lagi taktik terdesak Umno untuk memanjangkan fitnah video seks ke atas Anwar.

Bukan mencari kebenaran

Ia bukan mengenai mencari kebenaran kerana jika itulah yang dicari, maka polis sudah tentu menangkap Datuk T dan mendedahkan sama ada pelaku dalam rakaman 21 minit itu adalah Ketua Pembangkang atau sebaliknya.

NONENamun ini tidak berlaku. Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar hanya mengesahkan video itu adalah tulen dan siasatan 95 peratus siap untuk diserahkan kepada Peguam Negara.

Hanya Ismail dapat menjawab keperluan untuk beliau memberi kenyataan sebegitu, malah kenapa beliau perlu memberi sebarang kenyataan jika siasatan belum dimuktamadkan.

Mungkin kerana yakin orang ramai akan mencurigai hasil siasatan polis, maka wujud tekanan baru ke atas Umno untuk menubuhkan RCI.

Namun apabila Jemaah Menteri bermesyuarat hari ini untuk menimbangkan cadangan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat video seks itu, mereka harus bertafakur seketika untuk memperingati mendiang Altantuya Sharibuu yang tidak mendapat pembelaan sedemikian.

Ulasan ini adalah pendapat peribadi penulis. Ia tidak semestinya mencerminkan pandangan editorial Malysiakini.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan