Sabtu, 23 April 2011

Kosmo Online

Kosmo Online


Pajak tanah Kg. Melayu Kepong dilanjut

Posted:

Pajak tanah Kg. Melayu Kepong dilanjut

Pajak tanah Kg. Melayu Kepong dilanjut

23/04/2011 7:16pm

KUALA LUMPUR – Seramai 65 pemilik tanah lot di Kampung Melayu FRI Kepong (Kampung Melayu Kepong), Mukim Batu di sini mendapat lanjutan tempoh pajakan selama 99 tahun.

Mereka merupakan pemilik asal di penempatan Kampung Melayu Kepong Fasa Satu dan Dua di mana lot-lot itu diberi milik sebelum wujudnya Wilayah Persekutuan pada 1974 iaitu ketika di bawah pentadbiran Selangor dengan tempoh pajakan selama 60 tahun.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin menyerahkan Surat Kelulusan Pelanjutan Tempoh Pajakan selama 99 tahun kepada 65 pemilik tanah Kampung Melayu Kepong itu hari ini.

Kampung Melayu Kepong mula dibina pada 1968 dan mempunyai tiga peringkat iaitu Fasa Satu dan Fasa Dua membabitkan tempoh pajakan selama 60 tahun manakala Fasa Ketiga pula membabitkan pajakan selama 99 tahun.

Raja Nong Chik dalam sidang media selepas majlis itu berkata Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hanya mengenakan premium sebanyak lima peratus kepada pemilik tanah di Kampung Melayu Kepong daripada harga pasaran semasa tanah.

Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Kuala Lumpur menganggarkan nilai tanah semasa di kawasan Kampung Melayu Kepong adalah RM400 bagi setiap meter persegi, katanya.

Katanya pemilik tanah di Kampung Melayu Kepong juga diberi tiga insentif pilihan oleh Jawatankuasa Tanah untuk menjelaskan bayaran premium mengikut tempoh yang ditetapkan.

Antaranya ialah sebarang bayaran premium sekaligus yang dibuat dalam tempoh satu bulan dari tarikh notis disampaikan oleh Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan akan diberi potongan 10 peratus, katanya. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pemandu bas lintas jalan maut dirempuh

Posted:

Pemandu bas lintas jalan maut dirempuh

Pemandu bas lintas jalan maut dirempuh

23/04/2011 5:14pm

KUALA LUMPUR – Tindakan Hussin Razaly menyeberangi lebuh raya untuk bertemu rakan di Kilometer 429 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS)mengundang padah apabila pemandu bas itu maut dirempuh kereta kira-kira 10 malam tadi.

Hussin, 47, mati di tempat kejadian selain "hilang" kaki kiri akibat rempuhan itu, yang dipercayai berlaku ketika dia melepasi penghadang tengah lebuh raya untuk menyeberangi jalan.

Bagaimanapun, kereta yang merempuh Hussin bertindak meninggalkan tempat kejadian dan sehingga kini, kenderaan itu gagal dikesan.

Jurucakap polis ketika dihubungi hari ini berkata kaki kiri mangsa yang putus akibat kemalangan itu, tidak ditemui di tempat kejadian.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kubu Baru untuk bedah siasat.

Sebelum kemalangan itu, Hussin, yang juga bekas pesara tentera, dikatakan memberhentikan bas yang dinaiki 15 penumpang dari Pulau Pinang menghala Kuala Lumpur di lorong kecemasan untuk bertemu rakannya.

Bagaimanapun, tujuan mangsa mahu bertemu rakannya, yang juga pemandu bas, tidak diketahui.

Jurucakap polis itu berkata mangsa yang berasal dari Hulu Bernam, Selangor baru bekerja sebagai pemandu bas dua bulan lepas.

"Punca kejadian masih dalam siasatan dan gerakan memburu suspek sedang dilakukan, dan polis meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat tampil membantu siasatan polis," katanya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Bakhtiar Rashid mengesahkan kejadian itu. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

833 ditahan di luar negara kerana dadah

Posted:

833 ditahan di luar negara kerana dadah

833 ditahan di luar negara kerana dadah

23/04/2011 3:37pm

PUTRAJAYA – Daripada 1,880 rakyat Malaysia yang ditahan di luar negara setakat 31 Mac lepas, seramai 833 orang adalah bersabit kes dadah, kata Timbalan Menteri Luar Datuk Richard Riot hari ini.

Beliau berkata mereka terdiri daripada 675 lelaki dan 158 wanita yang ada di antaranya terpedaya menjadi "keldai dadah" selepas berkenalan dengan lelaki warga asing khususnya warga Afrika menerusi laman sosial seperti Facebook.

"Facebook itu tidak ada masalah. Tetapi jika disalah gunakan boleh jadi musuh ketat. Saya minta kalau ada lelaki Afrika ini ingin berkenalan dalam Facebook, "block" sahaja," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Riot berkata demikian ketika diminta mengulas kes terbaru membabitkan seorang pelajar kolej swasta dari Sarawak, yang kini ditahan di penjara di Shenzen, China, selepas dipercayai cuba menyeludup masuk dadah ke negara itu.

Mengulas kes tersebut, Riot berkata wanita itu dipercayai terpedaya dengan seorang lelaki warga Afrika bernama Michael yang dikenalinya menerusi Facebook.

"Lelaki itu memujuknya ke China dengan segala perbelanjaan ditanggung.

Michael yang berjanji untuk membayar RM5,000 kemudian meminta dia menelan 100 biji dadah jenis heroin sebelum berlepas ke China.

"Pelajar itu kemudiannya ditahan di lapangan terbang Shenzen oleh pihak narkotik selepas menemui heroin dalam perutnya," katanya yang ditemui selepas merasmikan sambutan Hari Keluarga Wisma Putra.

Riot berkata ketika ditemui wakil konsulat Malaysia di sana, pelajar terbabit meminta agar penangkapannya tidak beritahu kepada keluarga selain menolak bantuan guaman.

"Sebaliknya dia hanya meminta sedikit wang untuk membeli makanan di penjara," katanya.

Beliau berkata Wisma Putrajuga tidak boleh campur tangan dalam kes membabitkan undang-undang negara lain, namun akan membantu pelajar itu jika diminta oleh keluarganya. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan