Rabu, 6 April 2011

Kosmo Online

Kosmo Online


Telur ayam pun tiruan?

Posted:

Telur ayam pun tiruan?

Telur ayam pun tiruan?

06/04/2011 6:13pm

GEORGE TOWN - Rupanya sebiji macam telur ayam tetapi rupa-rupanya ia telur ayam tiruan diperbuat daripada bahan kimia yang dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan dan dijual di pasaran terbuka di Pulau Pinang.

Telur palsu itu bersaiz lebih besar daripada telur ayam sebenar dan apabila dipecahkan ia tidak mempunyai pusat telur, tidak berbau, berkilat dan kasar, demikian menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang telah menerima aduan daripada pengguna yang membeli 30 biji telur tiruan itu pada harga RM11 di pasar Pulau Tikus di sini semalam.

Presiden CAP, S.M Mohamed Idris berkata, siasatan mendapati kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan.

"Komponen bahan-bahan kimia ini boleh menjejaskan kesihatan pengguna seperti mengganggu metabolisme, otak, sel saraf serta menjejaskan fungsi hati," katanya. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kaki judi bola dicekup

Posted:

Kaki judi bola dicekup

Kaki judi bola dicekup

06/04/2011 6:11pm

SEREMBAN - Polis menahan tiga lelaki yang disyaki terbabit dengan kegiatan judi pertaruhan keputusan Liga Super Perdana dan Liga Sepanyol, dalam satu serbuan di Kampung Seri Parit Lukut, Port Dickson pada Ahad lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan ACP Hamdan Majid berkata, ketiga-tiga lelaki itu didapati sedang sibuk membuat transaksi perjudian ketika tempat mereka diserbu pada kira-kira pukul 11.25 malam.

Beliau berkata ketiga-tiga mereka yang berumur antara 19 dan 31 tahun, dipercayai mengambil pertaruhan secara on line dengan menggunakan laman web khas.

"Polis turut merampas sebuah komputer, mesin kira dan sebuah telefon yang digunakan untuk mengambil pertaruhan. Jika ada pemenang di kalangan pelanggan mereka, duit akan dimasukkan terus melalui transaksi akaun internet," katanya kepada pemberita di pejabatnya hari ini.

Hamdan berkata, polis percaya kumpulan ini boleh mendapat keuntungan sehingga RM5,000 setiap perlawanan. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

55 PATI larikan diri ditahan semula

Posted:

55 PATI larikan diri ditahan semula

55 PATI larikan diri ditahan semula

06/04/2011 2:49pm

SEREMBAN – Seramai 55 orang daripada 109 pendatang tanpa izin yang melarikan diri daripada Depot Tahanan Imigresen Lenggeng pada malam Isnin lepas berjaya ditahan semula sehingga tengah hari tadi.

Menurut jurucakap depot itu, 32 daripada mereka diberkas antara 6 petang semalam dan tengah hari tadi manakala 32 ditahan tidak lama selepas mereka melarikan diri.

"Mereka yang melarikan diri itu mungkin sudah sampai ke kawasan Broga, Jelebu dan Beranang," katanya.

Majoriti yang melarikan diri itu adalah warga negara Myanmar yang bertindak membakar blok tahanan mereka sebelum merempuh pagar sebelum lari ke satu kawasan kelapa sawit. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen