Sabtu, 9 April 2011

Kosmo Online - Rencana Utama

Kosmo Online - Rencana Utama


DNA daripada tiga cebisan tulang

Posted:

DNA daripada tiga cebisan tulang

DNA daripada tiga cebisan tulang

Oleh ZAKI SALLEH
zaki.salleh@kosmo.com.my



"SAYA bersyukur apabila usaha kami mengenal pasti asid deoksirinueklik (DNA) mangsa pesawat Dakota di Gua Musang, Kelantan tiga tahun lalu berjaya mengenal pasti profil Allahyarham PC Mohammed Abdul Jalil dan dia dikebumikan sebagai wira negara."

Itu kata-kata ringkas Ketua Pasukan Forensik Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Dr. Zafarina Zainuddin.

Selama dua bulan sepanjang menyiapkan laporan DNA kru pesawat malang Douglas DC-3 Dakota (KN630) milik Tentera Udara Diraja Britain (RAF) yang terhempas di rimba Mukim Galas pada 25 Ogos 1950, Zafarina bersama dua penyelidiknya menghabiskan malam mereka di dalam bilik makmal.

Beliau terlibat secara langsung dalam misi ekskavasi kru pesawat malang itu dalam misi yang dikenali sebagai Ekspedisi Garis Waktu bermula 2 hingga 12 November 2008 diketuai oleh pihak Muzium Tentera Darat (TD).

Meneliti cebisan demi cebisan tulang dan tengkorak mangsa bukan tugas mudah. Tulang-tulang yang dikeluarkan dari tempat nahas pesawat disimpan di dalam 12 beg plastik. Ia bukan sahaja perlu dijaga rapi, tetapi dihormati kerana ia hakikatnya adalah jasad mangsa.

Bahagian yang paling besar ialah satu tulang paha, yang lainnya ialah cebisan tulang badan, cebisan tengkorak, rahang tulang gigi dan bahagian kecil lain.

Tulang-tulang itu berukuran antara dua sentimeter (sm) hingga 16 sm.

Menurut Zafarina, kesukaran utama yang dihadapi ialah semasa menggerudi cebisan tulang-tulang kecil itu bagi mengambil serbuk tulang untuk mendapatkan sampel DNA.

Katanya, keadaan tulang yang rapuh dan pada masa sama tidak mahu merosakkan struktur tulang-tulang tersebut menyebabkan beliau perlu bekerja secara cermat dan berhati-hati.

"Langkah pertama di makmal ialah mencuci serta membersihkan tulang-tulang ini sebelum dibuat penandaan, diikuti proses mengekstrak DNA.

"Bukan mudah untuk menggerudi cebisan tulang yang lebih 58 tahun tertanam di dalam tanah serta mereput sehingga sengal-sengal jari dan tangan dibuatnya.


CEBISAN tulang Mohammed Abdul Lalil diberi penghormatan terakhir sebelum dikebumikan di Bukit Treh, Muar Johor.


"Seterusnya, kami melengkapkan data setiap tulang. Semasa proses inilah pasukan kami mengenal pasti tujuh profil lelaki dewasa iaitu sebahagian daripada 12 kru pesawat tersebut dan bersedia untuk diuji DNA," ujarnya.

Berita penemuan pesawat Dakota berserta nama kru benar-benar mengujakan bekas pesara tentera British, Hamdan Abdul Jalil, ketika itu berusia 69 tahun yang menetap di Bukit Treh, Muar, Johor.

Ujian

Seumur hidupnya, adik kepada Allahyarham PC Mohammed iaitu anggota polis trafik Kota Bharu yang merupakan salah seorang mangsa pesawat itu berharap jenazah abangnya dapat ditemui.

Dengan kerjasama pihak Muzium Polis Diraja Malaysia (PDRM), Hamdan menjadi waris pertama membuat ujian DNA untuk perbandingan dengan sampel data yang diperoleh Pasukan Forensik HUSM.

Nyata, sampel DNA Hamdan sepadan dengan tiga cebisan tulang mangsa pesawat iaitu tulang yang berukuran 2sm, 4sm dan 7sm.

Manakala satu lagi sampel DNA diterima daripada waris seorang lagi mangsa rakyat tempatan, Ya'akob Mamat iaitu seorang kakitangan awam. Malangnya, sampel profil keluarga waris tidak sepadan dengan data-data tulang lain.

Dalam tempoh dua bulan sahaja iaitu pada awal Februari 2009, Pasukan Foresik HUSM berjaya menyiapkan proses pengumpulan data serta melengkapkan ujian DNA ini.

Laporan penuh tersebut kemudian diserahkan kepada Muzium TD.

Sementara itu, Pengarah Muzium TD, Leftenan Kolonel Norhayati Mansor semasa penyerahan cebisan tulang PC Mohammed di Kuala Lumpur Rabu lalu memberitahu, ujian DNA baki sampel sembilan kru lagi akan dijalankan pada April atau Jun ini.

Difahamkan, waris-waris kru tentera British belum memberikan sampel DNA mereka untuk diuji.

Ditanya mengenai perkara ini, jelas Zafarina, perkara tersebut diuruskan oleh pihak tentera British.


WALAUPUN sudah 61 tahun berlalu, sebahagian badan pesawat masih boleh dilihat.


"Semua data kru Dakota masih tersimpan rapi di HUSM Kubang Kerian, dan kami hanya menunggu sampel dari Britain.

"Pada bila-bila masa Pasukan Forensik HUSM bersedia melakukan ujian ini," ujarnya.

Kegembiraan dan rasa syukur turut dikongsi Penyelidik Kanan Kumpulan Sejarah Malaysia (MHG), Shaharom Ahmad.

Selaku pihak bertanggungjawab menyalurkan maklumat awal mengenai nahas dan lokasi pesawat malang itu hasil penyelidikan dengan beberapa persatuan veteran perang di Britain, beliau bagaimanapun sedikit terkilan.

Katanya, tempoh terlalu lama untuk mengumumkan hasil ujian DNA menyebabkan waris-waris mangsa termasuk rakyat Britain diselubungi tanda tanya.

Paling ternanti-nanti ujarnya ialah Dennis Carpenter, iaitu individu yang telah mengutuskan sepucuk surat kepada Atase Pertahanan Malaysia di Britain yang menyaksikan misi mencari mangsa Dakota ini dilakukan.

"Tahun lalu, adik mendiang Sarjan (Udara) Geoffrey Clarence Carpenter RAF iaitu jurumalim pesawat ini kerap menghubngi MHG menerusi e-mel bertanyakan perkembangan ini (hasil DNA).

"Begitu juga Glenwy Davies, anak kepada jurusemboyan Thomas O'Toole. Beliau antara individu yang paling gembira apabila diberitahu jasad bapanya akan kembali ke Britain.

"Malangnya, hal-hal birokrasi di sini menyebabkan kelewatan tersebut. Malah kami difahamkan ujian sampel DNA waris di sana belum dibuat," ujarnya.

Bagaimanapun kata Shaharom, ada juga kalangan waris di sana menghubunginya tidak mahu jasad kru pesawat Dakota yang telah bersemadi di hutan tebal Gua Musang diganggu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Rajmah jumpa Donald Trump

Posted:

Rajmah jumpa Donald Trump

Rajmah jumpa Donald Trump

Oleh ADLAN JAAFAR
adlan.jaafar@kosmo.com.my


RAJMAH sempat bertemu ikon hartanah AS, Donald Trump semasa beliau bertugas di Washington.


MELIHATKAN tubuh fizikalnya yang kecil, tidak siapa menyangka bahawa Datuk Dr. Rajmah Hussain pernah berkhidmat sebagai seorang diplomat selama 32 tahun malah telah menghabiskan 15 tahun terakhir sebelum bersara di luar negara.

Duta wanita pertama yang dilantik Malaysia ke Perancis dan Amerika Syarikat (AS) itu pernah beberapa kali berdepan dengan situasi yang melucukan dek kerana persepsi stereotaip terhadap imej duta.

"Saya bersaiz Asia tipikal. Ramai orang tidak menyangka bahawa saya seorang duta. Selalunya mereka akan beranggapan duta itu seorang lelaki yang berbadan besar, tegap dan sedikit berusia.

"Kerap mereka menyangka saya adalah isteri atau anak kepada duta malah ada yang menyangka saya ialah seorang pegawai pembantu di pejabat kedutaan, jarang mereka fikir saya seorang duta," cerita Rajmah ketika ditemui Jurnal di majlis Pengkongsian Pengalaman Duta Wanita di Muzium Seni Asia, Universiti Malaya baru-baru ini.

Karier pertama Rajmah ialah dalam bidang diplomatik pada 1976 dan ia kekal sehingga beliau bersara sebagai duta ke AS pada 2008.

Kumpul kraf tangan

"Pada mulanya saya mahu mengambil jurusan ekonomi kerana orang ramai sering berkata bidang tersebut senang cari kerja.

"Apabila ditawarkan biasiswa, saya perlu mengambil jurusan sains politik, selepas habis belajar serta perlu memenuhi kontrak biasiswa sekali gus menjadikan diri saya terus kekal dengan karier ini," tambahnya.

Karier diplomat membawa berpindah-randah dari satu negara ke satu negara lain. Kesempatan itu membolehkan Rajmah menikmati pelbagai hasil seni seperti lukisan dan kraf tangan di tempat beliau bertugas.

Lukisan potret wajahnya sahaja dilukis oleh artis di negara-negara yang berbeza seperti dari Hawaii, AS, Brussel, Belgium dan Paris, Perancis.

Beliau juga berpeluang mengumpul kotak-kotak perhiasan dan lain-lain barang kenangan.

"Koleksi kotak hiasan ini sahaja kira-kira 200 buah, manakala bekas kotak yang dikumpul mestilah mempunyai unsur-unsur tradisional sesebuah negara yang saya lawati," katanya yang turut mempamerkan sebahagian koleksinya dalam acara yang dianjurkan Wisma Putra itu.

Walaupun banyak merantau ke tempat orang, Rajmah masih ada perkara yang tidak dipenuhi dalam kehidupannya.

"Memang semua orang akan ada sesuatu yang masih belum dirasai mereka dengan kehidupan yang kerap berpindah-randah, menyesuaikan diri di tempat baru menuntut pengorbanan banyak masa.

"Arwah ayah saya meninggal dunia ketika saya berada di luar negara, hari sebelumnya dia sempat membuat panggilan telefon menyatakan rindu kepada saya dan mahu saya pulang.

"Tanpa menyangka itu merupakan kata-kata terakhir daripadanya, saya pun mengusiknya dengan berkata 'bapak hantarlah tiket,' saya pulang ke Malaysia selepas mendapat berita itu tetapi tidak sempat berjumpa Allahyarham kerana dia telah dikebumikan," luah Rajmah.

Tambah beliau lagi, resam diplomat ialah berengang dengan keluarga malah seseorang duta itu perlu mendapat kebenaran daripada Kementerian Luar terlebih dahulu sebelum keluar dari negara tempatnya bertugas walaupun hendak pulang ke kampung.

Gempa bumi

"Perkara tersebut perlu kerana jika berlaku krisis di negara tersebut, duta bertanggungjawab terhadap semua rakyat Malaysia yang berada di negara itu. Sebab itu selepas bersara ini, saya mahu meluangkan banyak masa dengan ibu saya," katanya lagi.

Sepanjang menjadi seorang diplomat, Rajmah melalui pelbagai perkara yang tidak mungkin rakyat Malaysia lain boleh merasainya.

Antaranya, semasa berkhidmat di tiga tempat di Eropah iaitu Geneva, Vienna dan Paris, kediaman rasminya dipecah masuk.

"Selain itu, semasa perjalanan saya ke Washington pada 1994, penerbangan transit di Los Angeles (LA) dan saya bermalam di sebuah hotel.

"Ketika lebih kurang pukul 4 pagi waktu tempatan saya dikejutkan dengan gempa yang membuatkan saya sangat takut sehingga saya terpaksa tidur di lobi hingga keesokan harinya," ujar beliau menceritakan pengalaman pertama berdepan bencana gempa bumi.

George W. Bush

Rajmah berkesempatan berjumpa dengan personaliti-personaliti berpengaruh dunia seperti Presiden AS, George W. Bush.

"Saya sempat berjumpa dengannya pada majlis ulang tahun ke-50 Pusat Islam di Washington. Beliau dijemput untuk memberi ucapan dalam majlis tersebut," ujarnya.

Bekas duta wanita Malaysia pertama ke AS itu turut berpeluang berjumpa dengan taikun hartanah, Donald Trump.

"Saat berjumpa dengannya di Texas amat menggembirakan kerana dia ialah personaliti yang cukup sinonim dengan ayat You Fired dalam program realitinya.

"Ini foto ketika saya bertemu dengan pemandu Formula Satu (F1), Micheal Schumacher ketika bertugas di Eropah," katanya sambil menunjukkan ke arah sekeping bingkai gambar yang dipamerkan.

Sepanjang berkhidmat sebagai diplomat, prinsip yang dipegang olehnya termasuk diplomat lain adalah diplomasi merupakan pertahanan pertama sesebuah negara, diplomasi tidak boleh gagal. Jika ia gagal, perang boleh berlaku.

"Diplomat juga seorang pejuang negara walaupun tidak mengangkat senjata tetapi seorang diplomat itu perlu bijak dalam berkata-kata," katanya lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

iPad, Mercedes untuk si mati

Posted:

iPad, Mercedes untuk si mati

iPad, Mercedes untuk si mati


SELAIN kereta, gajet elektronik canggih dan beg tangan jenama mewah turut dibakar.


KEKURANGAN bekalan iPad 2 keluaran Apple bukan sahaja berlaku di alam manusia malah turut melanda alam selepas kematian apabila banyak keluarga berketurunan Cina di Malaysia berebut-rebut membeli replika kertas gajet terbaru itu.

Replika kertas itu dibakar sebagai salah satu amalan yang berusia ratusan tahun untuk dihantar kepada roh nenek-moyang mereka di dunia yang lagi satu.

Sepanjang Festival Qingming atau dikenali sebagai festival membersih pusara berlangsung dari 4 hingga 20 April setiap tahun, komuniti Cina di Asia akan mengingati roh nenek-moyang mereka dengan membakar duit palsu atau replika barang-barang mewah seperti kereta dan beg berjenama mewah.

Festival yang bertunjangkan ajaran Confucius itu mendidik pengikutnya untuk taat kepada keluarga dan amalan tradisi.

Ia turut diraikan oleh sebilangan besar penduduk Malaysia berketurunan Cina.

888 gigabait

"Sesetengah pelanggan mendapat alamat mimpi bahawa saudara-mara mereka yang telah meninggal dunia meminta barang-barang mewah termasuk iPad2.

"Buat masa ini, saya boleh menawarkan model iPad sahaja," kata penjual barang-barang sembahyang Cina, Jeffrey Te sambil mengisi replika wang ke dalam bekas di kedainya yang terletak di pinggir pusat bandar Kuala Lumpur.

Selain model iPad, beliau juga menawarkan model gajet replika kertas lain seperti iPhone dan Samsung Galaxy Tabs.

Sama seperti masalah kekurangan bekalan yang dihadapi syarikat Apple Inc., Jeffrey telah mengimport sebanyak 300 buah iPad 2 dari China sebagai persediaan menyambut perayaan Qingming tetapi ia habis dalam masa yang singkat.

Dia kini berdepan permintaan yang semakin meningkat.

Jeffrey menjual model kertas komputer tablet jenama iPad dan iPad 2 pada harga RM3 sahaja untuk memori berkapasiti sebanyak 888 gigabait, jauh berbeza daripada harga iPad yang sebenar iaitu RM1,500 bagi setiap unit komputer pintar yang berkapasiti 16 gigabait.

Kapasiti replika kertas sebanyak 888 gigabait dipilih kerana dalam budaya orang Cina, lapan adalah nombor bertuah.

Namun, tidak semua orang Cina akan membeli replika kertas yang berupa gajet-gajet teknologi untuk dikirimkan kepada saudara-mara yang telah meninggal dunia.

"Mereka yang berada di alam sana terdiri daripada warga tua, jika kamu mengirimkan sesuatu benda seperti iPad, mereka tidak tahu menggunakannya.

"Jadi kami masih mengamalkan perkara tradisional seperti menghantar kasut, baju dan keperluan lain," kata Thomas Soong, 61, ketika ditemui sedang membakar sejumlah wang palsu di kubur neneknya.

Sementara itu, ahli sosiologi dan antropologi yang banyak mengkaji perihal masyarakat Cina, Ann Wan Seng, 43, berkata, perubahan barang-barang yang dibakar adalah cerminan masyarakat Cina sebagai suatu bangsa yang bersedia menerima perubahan.

"Perubahan itu bukan sesuatu yang bersifat fenomena tetapi adalah manifestasi kaum Cina kepada sikap, pandangan dan cara hidup mereka yang mudah mengadaptasi perubahan pada bila-bila masa.

Penghormatan

"Saya masih ingat lagi 40 tahun dahulu, kaum Cina sudah pun membakar barang-barang teknologi seperti telefon dan televisyen yang ketika itu merupakan teknologi canggih," kata Wan Seng kepada Jurnal.

Mengulas mengenai pandangan sesetengah masyarakat Cina yang berbeza pendapat berkenaan gajet-gajet elektronik dijadikan bahan pemujaan, Wan Seng menyifatkan itu adalah pandangan peribadi individu.

Apa yang penting, kata beliau, matlamat sebenar upacara tersebut dapat dihayati.

"Sejarah Festival Qingming dikesan wujud sejak 3,700 tahun lalu. Ia adalah suatu acara simbolik orang yang masih hidup menunjukkan penghormatan, kesetiaan dan tanda ingatan serta pernyataan membalas budi kepada si mati.

"Oleh sebab itu, apabila seseorang itu membakar banyak barang keperluan, ia ditafsirkan sebagai perasaan semakin sayang orang yang masih hidup kepada si mati," katanya.

Selain itu, Wan Seng menambah, jika barang keperluan tidak dihantar, si mati akan kelaparan dan sengsara di alam sana dan ditakuti mereka akan pergi ke alam manusia serta mengganggu cucu-cicit mereka.

– ADLAN JAAFAR

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen