Ahad, 10 April 2011

The Malaysian Insider :: Bahasa

The Malaysian Insider :: Bahasa


Kes Sarbani: Inkues hanya jika ada keraguan, kata Najib

Posted: 10 Apr 2011 12:13 AM PDT

SUNGAI BULOH, 10 April — Inkues bagi menyiasat kes kematian Penolong Pengarah Kastam Ahmad Sarbani Mohamed hanya akan diadakan jika laporan polis menunjukkan adanya unsur keraguan daripada kematiannya.

Setakat ini polis telah mengambil keterangan daripada 16 orang.

Oleh itu kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kerajaan perlu menunggu siasatan polis berhubung kes itu.

Beliau mengulas desakan beberapa pihak supaya sebuah inkues ditubuhkan bagi menyiasat kes Sarbani yang ditemui mati terjatuh di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan, di Jalan Cochrane di sini Rabu lalu.

Bagaimanapun minggu lalu Najib berkata kerajaan tidak bercadang mengadakan suruhanjaya diraja bagi menyiasat kes itu walaupun insiden itu berlaku di premis SPRM, sebagai mana kes Teoh Beng Hock dua tahun lalu.

MENYUSUL LAGI

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sultan Selangor gantung gelaran Datuk Kong Choy

Posted: 09 Apr 2011 11:08 PM PDT

KUALA LUMPUR, 10 April — Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menggantung gelaran "Datuk" yang dikurniakan kepada bekas timbalan presiden MCA Tan Sri Chan Kong Choy (gambar) yang kini berhadapan dengan tuduhan mahkamah berkaitan skandal projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Baginda turut menggugurkan gelaran "Datuk" yang dikurniakan kepada bekas pengerusi eksekutif Ekran Berhad, Tan Sri Dr Ting Pek Khiing, yang diisytiharkan muflis pada 29 Oktober lalu.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Khusrin Munawi berkata tuduhan dihadapi Chan, bekas menteri pengangkutan, adalah serius memandangkan ia berkaitan dengan kepentingan awam.

Gelaran itu akan digugurkan jika Chan disabitkan kesalahan, kata beliau lagi.

Chan, bekas ahli Parlimen Selayang, menerima gelaran itu pada 2003.

Ting dikurniakan Dato' Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S.) yang membawa gelaran Datuk pada 1996 dan pembatalan darjah kebesaran itu berkuat kuasa 24 Mac lalu.

Chan telah didakwa atas tiga pertuduhan di bawah Seksyen 417 Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Putrajaya akhir Februari lalu.

Beliau mengaku tidak bersalah ke atas ketiga-tiga pertuduhan tersebut dan minta dibicarakan.

"Maka dengan ini, keahlian beliau sebagai penyandang darjah kebesaran D.P.M.S. adalah digantung. Penggantungan gelaran dan penggunaan darjah kebesaran ini akan disemak semula setelah mahkamah memutuskan Tan Sri (Chan) tidak bersalah dan dibebaskan atas pertuduhan," katanya lagi.

Khusrin menambah Sultan Selangor membuat keputusan penarikan balik pengurniaan darjah kebesaran Ting setelah mempertimbangkan bahawa pengisytiharan bankrap ke atas beliau adalah tidak sesuai bagi seseorang yang memegang darjah kebesaran dan bertentangan di bawah Statut Darjah Kebesaran Mahkota Selangor Yang Amat Mulia 1966.

"Manakala penggantungan darjah kebesaran ke atas Tan Sri Chan dibuat setelah mempertimbangkan bahawa kesalahan-kesalahan yang dipertuduhkan ke atasnya adalah kesalahan serius yang melibatkan kepentingan rakyat dan negara," katanya lagi.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan