Selasa, 5 April 2011

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Video seks pembangkang di YouTube

Posted: 04 Apr 2011 12:30 PM PDT

KUALA LUMPUR: Satu klip video seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang didakwa sudah dimuat turun ke laman web YouTube dan beberapa laman blog sejak tengah hari semalam.

Dalam klip video selama satu minit 47 saat itu memaparkan tiga individu iaitu dua lelaki bersama seorang wanita dalam sebuah bilik sebelum seorang daripada lelaki terbabit keluar.


Di awal permulaannya, seorang wanita lengkap berpakaian duduk di sisi katil sambil dua lelaki seorang daripadanya bertuala berbual ringkas sebelum lelaki itu keluar.

Kelihatan selepas itu wanita terbabit memakai tuala. Sebelum klip itu berakhir, lelaki bertuala berkenaan memeluk wanita terbabit.


Bagaimanapun, klip video hitam putih berkenaan hanya sebahagian daripada rakaman klip video selama kira-kira 23 minit.


Sebelum ini kecoh apabila tiga individu dikenali sebagai Datuk T menayangkan satu klip video didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang kepada beberapa wartawan dan editor kanan akhbar.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Duit hantaran jadi abu

Posted: 04 Apr 2011 12:29 PM PDT

KUALA TERENGGANU: Hasrat seorang wanita untuk melangsungkan perkahwinan dalam tempoh 18 hari lagi, berdepan masalah apabila rumah keluarga yang diduduki hangus dalam kebakaran, pagi semalam.

Bakal pengantin, Noor Akma Edayu Othman, 26, dari Kampung Mengabang Tengah di sini berkata, kejadian pada jam 8.45 pagi itu memusnahkan semua barangan persiapan perkahwinannya dalam sebuah bilik di tingkat atas rumah berkenaan.


"Saya menyedari kebakaran itu ketika bersiap-siap untuk ke tempat kerja apabila mendengar jeritan ahli keluarga sebelum bergegas menyelamatkan bapa, Othman Said, 58, yang lumpuh separuh badan dan sedang tidur di hadapan pintu rumah," katanya.

Menurutnya, dia dibantu adiknya, Mohd Saiful Anuar, 22, sempat memapah bapanya sejauh 20 meter sebelum berlari masuk semula ke dalam rumah bagi mengeluarkan tong gas untuk mengelak berlaku letupan.


Katanya, memikirkan hantaran perkahwinan berada di tingkat atas rumah, dia nekad menaiki tangga untuk menyelamatkan barangan berkenaan, bagaimanapun membatalkan niatnya apabila berdepan asap tebal.


Akma berkata, berikutan kejadian itu semua barangan persiapan untuk perkahwinannya pada 22 April ini termasuk hantaran yang sudah siap digubah bernilai RM8,000, hangus terbakar.

"Saya sekeluarga akan berbincang dengan pihak lelaki mengenai perkahwinan yang dijadualkan 22 April itu berikutan kad jemputan sebahagiannya sudah diedar kepada tetamu," katanya. Ibunya, Che Azimat Che Ali, 57, berkata, ketika kejadian dia memasak di dapur sebelum menyedari berlaku kebakaran apabila terdengar letupan kecil dan melihat asap berkepul-kepul memenuhi ruang atas rumah.


Menurutnya, dia turut mencuba naik ke bahagian atas rumah untuk menyelamatkan barangan persiapan perkahwinan anaknya, namun tidak berjaya kerana asap hitam mula memenuhi ruang dalam rumah dan api merebak pantas.

"Selepas usaha itu gagal, saya menyelamatkan tiga cucu sebelum mengarahkan ahli keluarga lain keluar menyelamatkan diri," katanya.


Katanya, akibat kejadian itu, dia kerugian RM200,000 berikutan rumah yang mempunyai tujuh bilik tidur lengkap dengan perabot dan dua ruang tamu berkenaan musnah sepenuhnya dalam kebakaran itu.


Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan II, Jabatan Bomba dan Penyelamat daerah, Mohd Zubir Musa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.53 pagi dan tiba di lokasi kejadian 10 minit kemudian.


Menurutnya, tiga jentera bersama 18 pegawai dan anggota dapat mengawal kebakaran sepenuhnya pada jam 9.47 pagi.


Katanya, punca kebakaran dan kerugian akibat kejadian itu masih dalam siasatan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan