Rabu, 30 November 2011

Utusan Online - Dalam Negeri

Utusan Online - Dalam Negeri


4 pendekatan utama digaris

Posted:

4 pendekatan utama digaris

4 pendekatan utama digaris


Muhyiddin Yassin diiringi Tengku Adnan Tengku Mansor (kiri) bersalaman dengan peserta forum pada Majlis Penutup Forum Antarabangsa 'Transformasi Politik, Ekonomi dan Sosial di Era Krisis Global' di PWTC semalam.


KUALA LUMPUR 29 Nov. – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, amalan nilai-nilai mulia oleh para pejuang terdahulu sentiasa diterapkan dalam usaha kerajaan melakukan transformasi terhadap bidang politik, ekonomi serta sosial demi kesejahteraan rakyat negara ini.

Dalam masa sama, Timbalan Perdana Menteri turut menggariskan empat pendekatan utama bagi memastikan transformasi yang dilaksanakan itu bersifat global, agar perubahan tersebut memberi faedah kepada masyarakat antarabangsa terutamanya di rantau ini.

Hakikatnya, beliau berkata, setiap program transformasi yang dilaksanakan di negara ini kesannya harus dirasai oleh semua pihak sama ada di peringkat domestik mahupun global.

''Pendekatan pertama, semua pihak perlu menghormati kepelbagaian tamadun yang ada di rantau ini. Kita juga perlu menggalakkan hubungan baik antara negara-negara jiran terutama melalui kerjasama erat antara kerajaan dengan kerajaan dalam pelbagai bidang.

''Pendekatan kedua, semua kerajaan perlu bersama-sama melakukan transformasi khususnya dalam bidang ekonomi agar ia sejajar dengan perkembangan ekonomi semasa. Begitu juga dengan usaha kita untuk melahirkan lebih ramai pakar dalam bidang sains dan inovasi teknologi," katanya.

Beliau berucap pada majlis penutup Forum Antarabangsa bertajuk 'Transformasi Politik, Ekonomi dan Sosial di Era Krisis Global' di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Forum yang disertai oleh para duta serta wakil parti politik dari seluruh dunia itu diadakan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2011 yang bermula hari ini.

Turut hadir, Menteri Belia dan Sukan yang juga pengerusi forum, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Muhyiddin berkata, pendekatan ketiga adalah peluang-peluang ekonomi dan setiap cabaran yang melanda perlu dihadapi secara bersama dalam konteks kerajaan dengan kerajaan.

Beliau berkata, ia bermaksud setiap negara besar atau kaya perlu memberi pertolongan serta bantuan kepada negara-negara miskin supaya rakyat di negara-negara seperti itu mampu menjalani hidup yang lebih baik.

''Seperti saya katakan sebentar tadi apa jua peluang serta cabaran perlu dihadapi secara bersama. Prinsip ini perlu dipertahankan kerana bagi saya semua masyarakat global berhak menjalani kehidupan yang baik," katanya.

Pendekatan terakhir kata beliau, ialah semua pihak perlu memperkukuhkan mekanisme kerjasama dengan harapan negara-negara serantau mampu memperolehi manfaat hasil pelaksanaan transformasi di negara masing-masing.

Full content generated by Get Full RSS.

Tun Abang Muhammad Salahuddin dilantik semula

Posted:

Tun Abang Muhammad Salahuddin dilantik semula

Tun Abang Muhammad Salahuddin dilantik semula


TUANKU Mizan Zainal Abidin bergambar bersama Tun Abang Muhammad Salahuddin (dua dari kanan), Najib Tun Razak dan Muhyiddin Yassin selepas istiadat pengurniaan surat cara pelantikan semula Yang Dipertua Negeri Sarawak di Istana Melawati, Putrajaya, semalam. - BERNAMA


PUTRAJAYA 29 Nov. - Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng dilantik semula sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak bagi tempoh dua tahun berkuatkuasa 5 Dis ini.

Abang Muhammad Salahuddin, menerima Surat Cara Pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada satu upacara di Istana Melawati, di sini hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hadir menyaksikan upacara pelantikan itu.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Abang Muhammad Salahuddin, 90, dilantik Yang Dipertua Negeri Sarawak keenam pada 2001 menggantikan Tun Ahmad Zaidi Adruce Mohamed Noor yang meninggal dunia pada 2000. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Asia paling berpengaruh

Posted:

Asia paling berpengaruh

Asia paling berpengaruh

KUALA LUMPUR 29 Nov. – Asia akan menjadi rantau terpenting pada abad ini daripada sudut kestabilan ekonomi dan politik sekali gus membuka lebih banyak peluang kepada negara di rantau ini untuk bangkit bersaing dengan negara Barat.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Muhd. Khairun Aseh berkata, keyakinan itu berdasarkan peningkatan populasi sehingga menyaksikan rantau Asia mewakili 60 peratus daripada keseluruhan penduduk dunia.

"Malah ekonomi di rantau ini juga berkembang lebih baik berbanding pertumbuhan ekonomi negara Barat yang sangat kecil," katanya ketika berucap sebagai salah seorang panel pada Forum Antarabangsa yang dianjurkan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2011 di sini hari ini.

Forum bertajuk 'The Success of the Thriving Nations' itu turut dibarisi panel lain seperti Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat (AS), Datuk Seri Dr. Jamaludin Jarjis; wakil Parti Komunis China, Sun Gan dan wakil Parti Komunis Vietnam, Mai The Duong.

Muhd. Khairun menambah, pelabur asing ketika ini juga mempunyai keyakinan tinggi terhadap pulangan yang boleh diraih di rantau ini kerana ia diramal bakal menyumbang sejumlah AS$292 trilion (lebih RM1,000 trilion) pada 2050 atau 50.6 peratus daripada jumlah pulangan keseluruhan dunia.

Katanya lagi, sepanjang tahun lepas sahaja, rantau ini sudah memberikan pulangan sebanyak AS$62 (RM217 trilion) iaitu 27.4 peratus daripada nilai pulangan keseluruhan dunia.

"Apa yang lebih menarik adalah negara-negara ASEAN pula menjadi komponen terpenting dalam perkembangan ekonomi di rantau Asia ini," katanya.

Kerana itu, tambah Muhd. Khairun, adalah menjadi keutamaan kepada negara-negara ASEAN untuk merealisasikan sasaran Komuniti ASEAN 2015 yang turut memasukkan agenda ekonomi sebagai salah satu daripada keutamaan.

Ia, kata beliau, selaras dengan hasrat untuk merapatkan jurang kekuatan ekonomi dalam kalangan negara ASEAN menerusi satu pelan hala tuju yang menyeluruh dan komprehensif.

''Malah, negara ASEAN juga perlu merebut peluang daripada dasar mesra ekonomi yang ditawarkan oleh negara ekonomi baru dunia terutamanya China dan India.

''Dalam masa sama, ASEAN juga tidak boleh terburu-buru mengikut dasar dan amalan ekonomi Barat lebih-lebih lagi dari sudut penggunaan satu mata wang dalam sistem ekonomi," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Utusan Online - Selatan

Utusan Online - Selatan


Perompak kedai emas hampa

Posted:

Perompak kedai emas hampa

Perompak kedai emas hampa

Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR

SEREMBAN 29 Nov. – Sekumpulan penyamun terpaksa pulang dengan tangan kosong setelah gagal memecah masuk sebuah kedai emas dengan menebuk dinding premis bersebelahannya di Pekan Lama Nilai dekat sini malam semalam.

Ini berikutan sistem penggera di kedai emas itu tiba-tiba berbunyi.

Kumpulan penjenayah tersebut sebelum itu memecah masuk sebuah kedai menjual alat telekomunikasi bersebelahan kedai emas itu.

Difahamkan, penjenayah dipercayai lebih daripada seorang bertindak menebuk dinding kedai telekomunikasi berkenaan sebelum cuba memecah masuk kedai emas tersebut.

Bagaimanapun, ketika mereka cuba menebuk satu lagi lapisan dinding menghubungkan kedai emas itu, sistem penggera premis tersebut tiba-tiba berbunyi menyebabkan mereka melarikan diri dan meninggalkan beberapa peralatan yang digunakan untuk masuk ke kedai itu.

Pemilik kedai emas yang enggan dikenali berkata, dia menyedari sistem penggera kedainya berbunyi kira-kira pukul 2 pagi namun apabila memeriksa kamera litar tertutup yang disambungkan ke rumahnya dia mendapati tiada apa yang mencurigakan.

Menurutnya, apabila dia mahu membuka perniagaan kira-kira pukul 10 pagi, pemilik kedai telekomunikasi memberitahunya ada orang cuba menebuk dinding untuk memasuki premisnya.

"Saya terkejut kerana mendapati satu lubang ditebuk untuk masuk ke kedai saya. Bagaimanapun, saya bersyukur kerana sistem penggera yang berbunyi menakutkan penjenayah terbabit," katanya di sini semalam.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah, Supritendan Mohd. Yusoff Awang ketika dihubungi di sini semalam mengesahkan kejadian itu.

Menurutnya, polis sedang menyiasat kejadian tersebut dan kaitannya dengan mana-mana kumpulan penjenayah," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

NS tidak anggap kampung Orang Asli sebagai setinggan

Posted:

NS tidak anggap kampung Orang Asli sebagai setinggan

NS tidak anggap kampung Orang Asli sebagai setinggan

SEREMBAN 29 Nov. - Kerajaan negeri tidak pernah menganggap perkampungan Orang Asli di negeri ini sebagai kampung setinggan serta dibina atas ihsan kerajaan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan menjelaskan, apa yang dimaksudkannya sebelum ini adalah beliau tidak mahu lagi melihat Orang Asli tinggal di tempat yang dianggap seperti setinggan dengan masa depan yang tidak menentu.

Oleh kerana itu, katanya, kerajaan negeri dalam proses menggazetkan tanah berstatus hutan simpan kekal seluas 1,650 hektar untuk dijadikan perkampungan Orang Asli.

"Saya tidak pernah kata mereka tinggal sebagai setinggan. Apa yang saya maksudkan ialah saya tidak mahu melihat mereka tinggal seperti setinggan.

"Sebab itu kita telah memulakan usaha menggazetkan tanah hutan simpan kekal untuk dijadikan perkampungan mereka bagi memastikan masa depan mereka lebih terjamin.

"Lebih 7,000 Orang Asli yang tinggal di 68 kampung di negeri ini dijangka mendapat nikmat tersebut," katanya kepada para pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di sini hari ini.

Beliau membuat penjelasan itu ekoran laporan media pada 21 September lalu yang antara lain memetik beliau sebagai berkata: "Sebelum ini perkampungan mereka dibina di atas tanah hutan simpan atas ihsan kerajaan negeri, jadi ia sebenarnya secara tidak langsung bermakna kampung terbabit adalah kampung setinggan dan mereka tidak mempunyai sebarang hak ke atasnya".

Berikutan itu, seramai 100 masyarakat Orang Asli berkumpul di Wisma Negeri pada 16 November lalu bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada Menteri Besar berhubung laporan media tersebut.

Sehingga kini, sebanyak 13 kampung sudah diwartakan sebagai Rizab Orang Asli dengan pemilik rumah diberi geran milikan bersama manakala perkampungan selebihnya dalam proses penukaran status tanah.

Selain itu, kerajaan negeri juga akan menaik taraf kawasan rayau Orang Asli dengan melantik RISDA serta Felcra untuk mengusahakannya dengan pertanian kelapa sawit dan getah.

Agensi terbabit akan menguruskan ladang sawit dan getah di kawasan rayau berkenaan dengan setiap Orang Asli yang terbabit diberi lot saham untuk menggantikan hak milik tanah bagi mengelakkan mereka diperdaya pihak tidak bertanggungjawab.

Mohamad memberi jaminan, kerajaan negeri akan terus membela nasib Orang Asli di negeri ini melalui pelbagai usaha dan tindakan yang diambil dari semasa ke semasa.

Full content generated by Get Full RSS.

Dr. Mizan dilantik Ahli Lembaga Rayuan negeri Melaka

Posted:

Dr. Mizan dilantik Ahli Lembaga Rayuan negeri Melaka

Dr. Mizan dilantik Ahli Lembaga Rayuan negeri Melaka

MELAKA 29 Nov. - Rektor Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Melaka, Prof. Madya Datuk Dr. Mizan Hitam dilantik sebagai Ahli Lembaga Rayuan Negeri Melaka di bawah Seksyen 36 Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) bagi sesi 2011-2012.

Beliau menerima pelantikan itu pada sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2011 bagi peringkat negeri yang telah dirasmikan oleh Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Omar Kaseh baru-baru ini.

Mizan berkata, beliau terkejut dengan pelantikan itu kerana ramai lagi calon berkelayakan untuk menganggotai lembaga tersebut.

Bagaimanapun, beliau melahirkan rasa syukur atas kepercayaan yang diberikan oleh kerajaan negeri untuk melantiknya menganggotai lembaga itu buat pertama kali.

''Saya mengucapkan terima kasih kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang meletakkan kepercayaan untuk melantik saya sebagai Ahli Lembaga Rayuan Negeri Melaka bagi sesi baru ini.

''Ini satu penghargaan tertinggi buat saya sebagai ahli akademik dan pelantikan ini juga sesuai dengan bidang kepakaran saya," katanya kepada Utusan Malaysia.

Ujarnya, beliau akan melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai membalas kepercayaan yang diberikan kepadanya.

Beliau mampu melaksanakan tanggungjawab itu berdasarkan pengalaman dan bidang akademik yang dimilikinya.

Mizan berkelulusan Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah dari Universiti Of Southwestern Louisiana (1986), Master dalam bidang yang sama dari Universiti Ohio (1988) dan Doktor Falsafah (PhD) Strategi dan Polisi Perancangan Bandar dari Universiti of New Castle, United Kingdom (1997).

Full content generated by Get Full RSS.

Harian Metro: Setempat

Harian Metro: Setempat


Bantah roboh

Posted: 29 Nov 2011 02:03 PM PST

GOMBAK: Kerja merobohkan 10 rumah di Lot 1880 Jalan Kampung Tengah 4 berdekatan Taman Harmonis, di sini, ditangguhkan selepas rundingan antara wakil penduduk kampung itu dengan pemaju diadakan di Balai Polis Gombak, semalam.

Sebelum rundingan, keadaan tegang apabila wakil pemaju hadir ke kampung berkenaan untuk melihat kerja merobohkan 10 rumah terbabit, namun dapat ditenteramkan polis dan beberapa penduduk kampung yang mendesak satu rundingan diadakan bagi menyelesaikan masalah itu.


Lebih 30 penduduk kampung berkumpul bagi meluahkan rasa kecewa terhadap pemaju yang enggan mengadakan rundingan selain mendakwa mereka mangsa keadaan kerana menduduki tanah itu lebih 20 tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP), Abd Halim Idris, berkata hasil rundingan itu, pihaknya memohon tempoh penangguhan kepada pemaju selama sebulan dan berharap pemaju mempertimbangkan pampasan atau sebagainya kepada penghuni rumah terbabit.


"Kami memohon penangguhan selama sebulan kepada pemaju. Setakat ini pemaju belum membuat keputusan berhubung tarikh akhir penangguhan itu, namun berharap semuanya dapat diselesaikan di meja rundingan.


"Kami akur keputusan undang-undang, namun pemaju perlu memikirkan bagaimana nasib penghuni rumah terbabit termasuk beberapa penghuni yang rata-rata terdiri daripada warga emas. Mereka perlu memikirkan nasib mereka," katanya ketika ditemui, semalam.

Sebelum itu, laporan menyatakan penghuni rumah berkenaan menjadi mangsa keadaan akibat perjanjian daripada pemaju terdahulu sebelum diambil alih syarikat lain yang mengarahkan mereka untuk mengosongkan rumah.


Abd Halim berkata, sejak dari awal tiada rundingan dibuat antara pemaju dan penghuni rumah berkenaan walaupun pemilik rumah itu beberapa kali cuba mengadakan rundingan, tetapi kerjasama daripada pemaju amat mengecewakan.

Selain itu, beliau berkata, penghuni rumah terbabit berterima kasih kepada pemaju kerana menerima penangguhan itu dan pihaknya akan mengadakan rundingan dengan pemaju dalam masa terdekat berhubung bentuk pampasan berdasarkan nasihat daripada peguam.


Sementara itu, wakil peguam pemaju terbabit, Nava Ananda Jiwa, berkata pihaknya setuju berhubung penangguhan seperti diminta penghuni rumah berkenaan, tetapi setakat ini tiada tarikh khusus berhubung tempoh akhir penangguhan itu.


Katanya, pemaju akan cuba berbincang dengan wakil penduduk kampung berkenaan berhubung pampasan dan tuntutan daripada mereka.

Full content generated by Get Full RSS.

Allah beri peringatan

Posted: 29 Nov 2011 01:58 PM PST

KUALA LUMPUR: "Kemungkinan ia petunjuk dan peringatan Allah kepada mereka supaya tidak meneruskan perbuatan terkutuk itu serta tanda Allah masih sayangkan mereka, maka segeralah bertaubat," kata Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (Maij), Datuk Noh Gadut.

Beliau mengulas laporan Harian Metro semalam mengenai tiga lelaki yang tidak nampak pintu keluar dari kawasan makam ulama terkenal Syeikh Abdul Malik Syeikh Abdullah di Kampung Pulau Manis, Serada, Terengganu ketika melakukan upacara pemujaan nombor ekor.


Imam Masjid Pulau Manis, Kori Endut yang menemui tiga lelaki berkenaan berkata, mereka yang terbabit berusia 40-an lengkap berserban dan berjubah bagi mengaburi mata orang ramai ketika memuja nombor ekor di kubur ulama lebih dikenali sebagai Tok Pulau Manis itu.

Noh berkata, perbuatan memuja kubur sesiapa saja termasuk ulama sekali pun boleh membawa hukum syirik dan terkeluar dari Islam.


"Mereka yang terbabit dalam perbuatan syirik ini jika ditakdirkan mati, mereka mati sebagai kafir," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Utusan Online - Muka Hadapan

Utusan Online - Muka Hadapan


Hanya UMNO jalan penyelesaian

Posted:

Hanya UMNO jalan penyelesaian

Hanya UMNO jalan penyelesaian


Najib Tun Razak bersama Muhyiddin Yassin melambai tangan ke arah perwakilan sewaktu tiba pada majlis taklimat Presiden UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2011 di PWTC, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 29 Nov. - UMNO adalah jawapan kepada penyelesaian segala keresahan orang Melayu akan kemungkinan kuasa politik mereka kekal jika pembangkang secara berterusan menyerang institusi-institusi Melayu.

Menegaskan komitmen itu, Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, UMNO telah bangkit daripada rempuhan tsunami 2008.

Berikutan itu, kata beliau, parti yang menjadi tonggak Barisan Nasional (BN) itu tidak pernah menyerah kalah kepada tujahan kuasa politik pembangkang yang ingin merobek segenap sudut perjuangan dalam membela orang Melayu.

"Inilah komitmen UMNO. Kita mengambil pendekatan seimbang dan bijaksana supaya umat Melayu diperkasa dan Islam dimartabat. Ini jugalah tekad politik UMNO dalam memastikan umat Melayu semakin maju dan berwibawa dalam segala bidang dan lapangan.

"Namun sebagai parti tunjang di dalam Barisan Nasional, UMNO telah membuktikan komitmen mensejahterakan rakyat merentasi batas kaum. Dengan konsep perkongsian kuasa, UMNO telah membuktikan keikhlasannya memimpin dalam kepelbagaian bangsa," kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan serentak Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini malam ini.

Muhyiddin berkata, ketika umat Melayu resah memikirkan apakah ada pembelaan terhadap mereka dalam sektor ekonomi, kerajaan BN tanpa rasa apologetik telah menubuhkan Majlis Tertinggi Agenda Bumiputera (MTAB) yang dipengerusikan sendiri oleh Presiden selaku Perdana Menteri.

"MTAB bertanggungjawab untuk memastikan penyertaan orang Melayu dan bumiputera dalam sektor ekonomi terus diperkasa.

"Lantaran itu, Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) juga ditubuhkan untuk menyelaraskan penyertaan bumiputera dalam sektor ekonomi yang semakin kompetitif," katanya.

Terkini, kata beliau, Perdana Menteri telah melancarkan Program Transformasi Ekonomi Bumiputera dengan memberi tumpuan kepada tiga fokus strategik.

"Iaitu pengukuhan pendidikan serta pembinaan keupayaan bumiputera, pembaharuan instrumen dasar dan rasionalisasi sistem penyampaian dan penumpuan kepada pemerolehan, penciptaan dan pembangunan perniagaan berskala besar," katanya.

Kata Muhyiddin, begitu juga ketika orang Melayu resah memikirkan sama ada pendidikan anak-anak mereka akan terus terbela, pemimpin UMNO tegas mempertahankan hak pelajar Melayu dan bumiputera yang berkelayakan untuk mendapatkan biasiswa dan lain-lain bantuan pendidikan daripada kerajaan.

"Terbaru, kita telah menubuhkan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera untuk membantu anak-anak bumiputera mendapatkan pembiayaan pendidikan.

"Dengan dana sebanyak RM500 juta, kita mensasarkan 12,000 pelajar Melayu dan bumiputera akan menerima manfaat dalam tempoh lima tahun akan datang," kata beliau.

UMNO juga, kata Muhyiddin, akan terus mempertahankan institusi-institusi agama dari terus dipersenda dan diperleceh.

"Kedudukan raja sebagai Ketua Agama akan dijunjung. Kewibawaan institusi mahkamah syariah, agensi penguat kuasa agama dan undang-undang Islam akan terus dibela.

"Pendidikan Islam akan diperkasakan lagi. Kerajaan Pusat komited untuk membantu sekolah-sekolah agama rakyat dan sekolah agama negeri dari segi pembangunan infrastruktur, kurikulum, latihan guru dan sebagainya," katanya.

Kata beliau, bantuan akan diberikan kepada semua sekolah agama melangkaui batas ideologi politik.

"Ini adalah keikhlasan UMNO untuk memastikan pendidikan Islam terus bermartabat di negara kita," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Buktikan kata-kata – Muhyiddin

Posted:

Buktikan kata-kata – Muhyiddin

Buktikan kata-kata – Muhyiddin


Muhyiddin Yassin berucap di hadapan para perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri pada perasmian perhimpunan ketiga-tiga sayap parti UMNO di Dewan Merdeka, PWTC semalam.


KUALA LUMPUR 29 Nov. – Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO dicabar membuktikan kata-kata mereka untuk berjuang mempertahankan parti dengan memastikan kemenangan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Sambil mengingatkan yang 'ibu' segala pilihan raya itu akan menentukan jatuh bangun umat Melayu, Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin memperturunkan peringatan khusus kepada ketiga-tiga sayap agar menggerakkan seluruh kekuatan untuk menghadapi situasi kritikal tersebut.

Dalam ucapannya ketika merasmikan serentak persidangan perwakilan pergerakan tersebut malam ini yang bernada semboyan perang, beliau turut meniupkan semangat juang srikandi, panglima perang dan permata UMNO itu untuk melaksanakan tanggungjawab masing-masing sebagai benteng parti.

"Pertahankan parti dengan seluruh jiwa dan raga. Jangan lari dari medan perjuangan. Jangan mengaku kalah sebelum berjuang. Jangan kita mencalit arang ke muka parti. Jangan sabotaj. Jangan boikot. Jangan cah keting. Jangan peteh sama sendiri. Jangan `mandikan' calon-calon kita. Jangan tutup bilik gerakan. Jangan main belakang. Jangan lari ke luar negeri. Jangan tikam kawan.

"Jangan lakukan apa sahaja yang boleh menjejaskan peluang parti untuk menang dalam pilihan raya. Ingat, pilihan raya nanti adalah pertandingan hidup atau mati. Ingat, pilihan raya nanti bukan untuk kemenangan diri tetapi adalah untuk kemenangan parti," tegasnya.

Sebagai sebuah organisasi, Muhyiddin mengakui UMNO ada kekurangan, namun parti itu sentiasa melakukan perubahan dan memperbaiki kelemahan tanpa menggadaikan prinsip perjuangan.

Justeru, beliau berharap ketiga-tiga sayap itu tidak membiarkan parti bersendirian dalam meneruskan perjuangan yang juga jihad untuk agama, bangsa dan negara.

Untuk menjamin kekuatan parti, tegasnya, mereka perlu bersatu hati (wahdatul qalb), bersatu minda (wahdatul fikr), bersatu amal (wahdatul amal) dan bersatu matlamat (wahdatul hadf) serta pada masa sama, mengetepikan perbezaan dan persengketaan sesama sendiri.

"Gendang perang sudah dipalu. Langkah pendekar sudah disusun. Bangunlah! Berjuanglah! Pergilah ke seluruh 222 Parlimen, 576 Dewan Undangan Negeri dan 7,470 Pusat Daerah Mengundi. Jangan ada yang tertinggal, tersisih dan tercicir. Jangan ada satu pun yang terlupa. Raih setiap undi di setiap kawasan. Ingat, walaupun satu undi ianya akan menentukan kemenangan kita," katanya.

Beliau mahu Pemuda, Wanita dan Puteri memberi tumpuan kepada masalah rakyat dan melunaskan tanggungjawab moral sebagai pejuang UMNO dengan membantu mereka.

"Membujur lalu melintang patah, jangan hanya dilaungkan tapi buktikan kita tidak rela membiarkan pembangkang terus menghina perjuangan parti kita.

"Kita tidak akan berganjak walau seinci daripada memastikan rakyat tidak diperdaya dan diperalatkan," tegas Muhyiddin.

Full content generated by Get Full RSS.

Benar berhimpun tanpa senjata

Posted:

Benar berhimpun tanpa senjata

Benar berhimpun tanpa senjata

Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 29 Nov. – Dewan Rakyat hari ini meluluskan sebulat suara Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 membabitkan enam pindaan yang bermatlamat membenarkan orang ramai berhimpun secara aman dan tanpa senjata.

Namun, rang undang-undang yang disambung perbahasannya untuk bacaan kali kedua itu mendapat tentangan ahli Parlimen pembangkang yang bertindak keluar dewan sebelum Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menggulung perbahasan mengenainya.

Mendakwa kerajaan tergesa-gesa dalam mengusulkan rang undang-undang berkenaan sambil 'mengagung-agungkan' beberapa negara luar seperti Myanmar dan Zimbabwe yang dikatakan lebih baik dari segi pengurusan perhimpunan aman, hujah pembangkang terutama ketuanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagaimanapun 'dipatahkan' oleh Mohamed Nazri.

Ujar Mohamed Nazri, apa yang dilakukan kerajaan berhubung rang undang-undang berkenaan tidak melanggar Perlembagaan negara dengan intipati pentingnya adalah untuk memberi nafas baru kepada Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang memasukkan elemen-elemen kebebasan berhimpun secara aman iaitu hak berhimpun tanpa senjata.

"Berkaitan dengan notis pula, Ketua Pembangkang dalam perbahasan merujuk kepada memorandum atau satu draf rang undang-undang disediakan oleh Majlis Peguam. Majlis Peguam tak setuju dengan notis. Tapi, apa yang menghairankan, ketika berhimpun pagi tadi depan bangunan Parlimen, Majlis Peguam sudah bagi notis. Kita bagi notis, dia marah pula.

"Kalau tak suka beri notis, mengapa perlu beri notis kepada polis untuk mengadakan perhimpunan tadi? Satu Malaysia tahu. Maknanya, mereka mahu perlindungan polis kalau ada usaha provokasi kumpulan lain.

"Oleh itu, beri notis ini bukan nak sekat tetapi nak jaga mereka. Memang dulu 30 hari dan turun kepada 10 hari. Ini tunjukkan kita dengar pandangan rakyat. jadi, jangan perasanlah pembangkang. Perangai pembangkang, kalau kita tak dengar cakap rakyat, dia kata kita zalim. Kalau kita dengar, mereka kata lain. Merekalah penipu besar. Cakap benda yang tak benar kepada rakyat," katanya.

Jelasnya, undang-undang sedia ada di negara luar memperuntukkan tempoh masa yang berbeza mengenai pemakluman notis kepada pihak berkuasa.

"Dalam perkara ini, fasal 9(1) hendaklah dibaca dengan fasal 14 iaitu polis perlu beri respons dalam masa lima hari. Jika polis gagal beri respons, hendaklah diteruskan (perhimpunan). Jadi, buatlah. Apa masalahnya?

"Dalam masa lima hari, ada perkara-perkara tertentu perlu dilakukan seperti perjumpaan dengan polis hendaklah dilakukan. Ni tadi Bagan (Lim Guan Eng, DAP-Bagan) merayu dan merintih kata di Pulau Pinang tiap-tiap minggu ada perhimpunan haram. Inilah yang kita nak bantu. Sebab itu perlu bagi notis. Dia cakap tapi tikam diri sendiri," tegasnya.

Terdahulu, ketika sesi perbahasan tengah hari, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menegur beberapa wakil pembangkang yang cuba mempertikaikan kredibiliti beliau dalam pembahagian masa untuk berbahas.

Beliau berkata, penentuan masa serta perkara berkaitan peraturan mesyuarat yang melibatkan anggota Parlimen, semuanya adalah bergantung kepada budi bicara Speaker yang mempengerusikan persidangan di dalam dewan.

"Soal masa adalah budi bicara Speaker. Sama ada seorang wakil rakyat melanggar atau tidak peraturan mesyuarat atau apabila diminta Yang Berhormat yang lain untuk tarik balik hujah, itu budi bicara Speaker. Sejak bila pula budi bicara Speaker boleh dicampur aduk oleh ahli Yang Berhormat sekalian?

"Jadi, saya mohon kepada Yang Berhormat, kalau budi bicara itu tolonglah jangan campur aduk," katanya yang menegur Tian Chua (PKR-Batu) dan R. Sivarasa (PKR-Subang) yang mempertikaikan pembahagian masa tersebut.

Dalam pada itu, Dewan Rakyat turut meluluskan empat lagi rang undang-undang iaitu Rang Undang-Undang Lembaga Hasil Dalam Negeri (Pindaan) 2011; Rang Undang-Undang Pencen (Pindaan) 2011; Rang Undang-Undang Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan (Pindaan) 2011 dan Rang Undang-Undang Penyelarasan Pencen (Pindaan) 2011.

Full content generated by Get Full RSS.

Utusan Online - Timur

Utusan Online - Timur


Berbakti di Kampung Bemban

Posted:

Berbakti di Kampung Bemban

Berbakti di Kampung Bemban

Oleh FAUZI MOHD.
utusanterengganu@utusan.com.my


SEBAHAGIAN mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Kewangan UiTM Kampus Dungun menyertai program bakti siswa di Kampung Bemban, Dungun, baru-baru ini.


DUNGUN 29 Nov. - Program mendekati masyarakat desa merupakan medium terbaik bagi menambah pengetahuan pelajar dan satu proses pembelajaran di luar bilik kuliah yang mampu membina jati diri seseorang mahasiswa.

Menyedari hakikat itu, 31 penuntut Ijazah Sarjana Muda Kewangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun berkampung sehari di Kampung Bemban di sini, bagi menjayakan program bakti siswa bertemakan Secangkir Lara Dikongsi Bersama.

Pengarah program itu, Mohd. Izwan Mahadi berkata, kunjungan ke kampung tradisional yang berusia lebih 100 tahun itu bagi membawa suasana ceria buat dua keluarga yang memerlukan perhatian masyarakat.

Katanya, dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Dungun dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kampung berkenaan, seorang ibu tunggal dan keluarga orang kurang upaya (OKU) telah dilawati.

"Sepanjang berada di kedua-dua rumah keluarga itu, kami bergotong- royong membersihkan halaman rumah serta meringankan kerja-kerja harian seperti memasak, membasuh pakaian dan mengemas rumah.

"Bagi meringankan beban mereka yang dihimpit kemiskinan, kami turut menyumbangkan hamper berupa barang makanan dan keperluan harian lain," katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Kata Mohd. Izwan, sepanjang mereka 'berkampung', pelbagai aktiviti lain disertai para peserta seperti program cetusan minda bersama masyarakat sekitar, motivasi pelajar dan silaturahim bersama penduduk kampung.

"Ia telah mendekatkan para pelajar dengan masyarakat dan membuka peluang kepada mereka merasai suasana kehidupan di desa, selain mempelajari budaya serta aktiviti harian penduduk," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Boling perkukuh hubungan kekeluargaan bomba

Posted:

Boling perkukuh hubungan kekeluargaan bomba

Boling perkukuh hubungan kekeluargaan bomba


SEBAHAGIAN daripada anggota Bomba dan Penyelamat Kelantan serta ahli Kemudi yang menyertai Pertandingan Boling Muhibah 2011 di Pasific Bowl KB Mall, Kota Bharu, baru-baru ini.


KOTA BHARU 29 Nov - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan menerusi Persatuan Sukan Kebajikan dan Kebudayaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kelantan (Pesked) mengadakan Pertandingan Boling Muhibah 2011 bertempat di Pasific Bowl KB Mall di sini, baru-baru ini.

Pengarahnya, Azmi Osman berkata, program itu n bertujuan mengeratkan lagi hubungan dalam kalangan anggota jabatan itu tanpa mengira pangkat dan kedudukan.

"Selain dapat beriadah, pertandingan ini juga menjadi medan terbaik untuk mencungkil bakat-bakat baharu dalam kalangan anggota bomba untuk diketengahkan.

"Bersandarkan kepada sambutan pertandingan kali ini, kita bercadang untuk menjadikan pertandingan ini sebagai acara tahunan jabatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pertandingan itu.

Azmi berkata, selain anggota JBPM Kelantan, pertandingan tersebut turut disertai oleh pengamal media dari Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi) dan Persatuan Isteri-isteri Bomba Kelantan (Perisma).

Katanya, penglibatan ahli Kemudi dalam pertandingan itu bertujuan menghargai sokongan yang diberikan oleh pengamal media yang membuat liputan berkaitan dengan jabatannya.

"Sokongan yang diberikan oleh pengamal media sepanjang membuat liputan berkaitan dengan jabatan kami amatlah dihargai dan kita berharap ia akan berterusan," ujarnya.

Pada pertandingan itu, pasukan Zon Kota Bharu - Machang membuktikan kejaguhan apabila muncul juara dengan 1,589 jatuhan pin, menewaskan pencabar terdekat Kota Bharu B selaku naib juara dengan 1,560 jatuhan pin.

Tempat ketiga, disandang oleh Kota Bharu A yang melakukan 1,000 jatuhan pin, manakala dalam acara individu, Hasbullah Daud merangkul juara selepas melakukan 385 jatuhan pin.

Full content generated by Get Full RSS.

5 universiti meterai kerjasama perubatan

Posted:

5 universiti meterai kerjasama perubatan

5 universiti meterai kerjasama perubatan

KOTA BHARU 29 Nov. - Universiti Sains Malaysia (USM) bersama empat universiti luar negara iaitu Universiti Monash (MU), Australia; Universiti Perubatan Taipei (TMU), Taiwan; Universitas Gadjah Mada (UGM) dan Universiti Jenderal Soedirman (UJS) kedua-duanya dari Indonesia, berikrar untuk meningkatkan kerjasama dalam pengajaran dan pembelajaran etika bidang perubatan atau bioetika.

Komitmen itu dinyatakan dalam Deklarasi Kota Bharu November (DKBN) 2011 yang telah dimeterai wakil dari setiap universiti sempena Simposium Pengajaran Etika Perubatan yang berlangsung di Kampus Kesihatan USM pada 21 dan 22 November lalu .

Dekan Pusat Pengajian Sains Perubatan USM, Prof. Dr. Abdul Aziz Baba berkata, aspek etika dan kemanusiaan adalah komponen penting yang menjadi asas pengajian perubatan dan sains kesihatan.

"Kita memerlukan kerjasama dan ikatan yang lebih erat antara semua institusi dan individu terlibat terutama di peringkat serantau agar pengalaman dan kepakaran yang dimiliki dapat dikongsi bersama.

"Antara komitmen yang kita persetujui termasuk pertukaran pelajar dan tenaga akademik, penyelidikan bersama dalam ilmu baru dan mengenalpasti kepelbagaian dan tahap perbezaan budaya serta mempromosi pengajaran dan pembelajaran etika di setiap peringkat pengajian kursus," katanya dalam majlis menandatangani DKBN 2011 di sini, baru-baru ini.

Selain Abdul Aziz yang mewakili USM, deklarasi itu turut ditandatangani oleh Pengarah Pusat Etika dan Perubatan MU, Prof. Paul Komesaroff; Pengarah Jabatan Perubatan Kemanusiaan TMU, Prof. Duujan Tsai; Setiausaha Agung Pusat Bioetika dan Perubatan Kemanusiaan UGM, Dr. Nur Azid Mahardinata dan Ketua Jabatan Perubatan Kemanusiaan UJS, Dr. Amalia Muhaimin.

Simposium dua hari itu menghimpunkan pakar etika serantau dan juga USM bagi menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bioetika universiti itu sepanjang ia diaplikasi dalam kurikulumnya lebih 20 tahun lalu.

Pada majlis sama, Duujan berkata, agenda memperkukuh kerjasama serantau adalah lebih baik berbanding menghalakan fokus kepada kepakaran di negara barat seperti Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK).

"Adalah lebih baik untuk kita mengetahui apa yang berlaku di negara jiran dan saling mempelajari dari pengalaman masing-masing. Apa yang perlu adalah untuk membiasakan dengan kepelbagaian istilah etika yang digunapakai dan memahami budaya yang berbeza," katanya.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Bioetika Kebangsaan, Prof. Dr. Zabidi Azhar Mohd. Hussin pula berkata, simposium tersebut juga bertujuan mengorak langkah awal ke arah mewujudkan program sarjana bioetika secara kerjasama antara tiga universiti iaitu USM, TMU dan UGM pada masa hadapan.

"Kita tidak mahu bioetika selama-lamanya dianggap sebagai subjek sampingan sahaja dalam pengajian perubatan dan sains kesihatan kerana ia perlu dianjak ke tahap lebih tinggi.

"Sebagai mantan dekan Pusat Pengajian Sains Perubatan USM, saya terlibat langsung pada tahun 1991 merombak kurikulum perubatan universiti ini untuk memasukkan subjek bioetika dalam pengajian sarjana muda, justeru sudah sampai masanya usaha ini pula dibuat meskipun mungkin mengambil masa lama untuk menjadi kenyataan," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Harian Metro: BeritaUtama

Harian Metro: BeritaUtama


‘Toyol’ curi komputer riba

Posted: 29 Nov 2011 02:23 PM PST

JOHOR BAHRU: Pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah sekolah agama di Taman Dahlia, di sini, membongkar aksi sekumpulan lima penjenayah cilik termasuk kanak-kanak berusia 10 dan 12 tahun yang memecah masuk pejabat sekolah berkenaan sebelum melarikan dua komputer riba.

Dalam kejadian jam 2.37 pagi semalam, lima penjenayah terbabit berusia 10 hingga 18 tahun dengan dua daripada mereka yang paling muda berusia 10 dan 12 tahun menggunakan susuk tubuh kecil untuk menyelit masuk melalui pintu berjeriji selepas gagal memecahkan mangga.

Kedua-dua mereka menyelongkar laci pejabat untuk mencari barang berharga dan berada di situ selama sejam tanpa menyedari gelagat mereka dirakam CCTV.

Ahli jawatankuasa badan kebajikan sekolah berkenaan, Mohammad Nick Abdullah, 43, berkata dia menyedari kejadian itu selepas melihat kesan umpil pada satu daripada pintu jeriji ketika ke sekolah untuk memeriksa rakaman CCTV pada jam 7.30 pagi semalam.


Selepas memeriksa pejabat, Nick mendapati komputer riba hilang dan penelitian melalui rakaman CCTV menunjukkan penjenayah cilik menyelongkar laci dan memasukkan peralatan elektronik berkenaan ke dalam dua beg.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Hanya Umno jadi jawapan

Posted: 29 Nov 2011 02:23 PM PST

KUALA LUMPUR: Hanya Umno menjadi jawapan kepada pelbagai persoalan yang meresahkan orang Melayu berlandaskan perjuangan membela agama, bangsa dan negara yang menjadi asas dan matlamat parti itu selama ini.

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, mutakhir ini, orang Melayu semakin resah kerana tercari-cari jawapan kepada persoalan masa depan mereka di tanah air sendiri membabitkan isu peluang pendidikan dan ekonomi, kuasa politik Melayu atau kedudukan Islam.


Menurutnya, jawapan kepada persoalan itu sudah ada kerana sebagai ahli dan pemimpin Umno, parti itu memikul amanah besar untuk terus membela agama, bangsa serta negara yang menjadi asas dan matlamat perjuangan.

"Hakikatnya, Umno sudah bangkit daripada rempuhan tsunami 2008, kita tidak pernah menyerah kalah kepada tujahan kuasa politik pembangkang yang ingin merobek segenap sudut perjuangan Umno dalam membela orang Melayu. "Ketika umat Melayu resah memikirkan apakah ada pembelaan terhadap mereka dalam sektor ekonomi, kerajaan Barisan Nasional (BN) diterajui Umno tanpa rasa apologetik menubuhkan Majlis Tertinggi Agenda Bumiputera (MTAB) yang bertanggungjawab memastikan penyertaan orang Melayu dan Bumiputera dalam sektor ekonomi terus diperkasa. "Lantaran itu, Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) juga ditubuhkan untuk menyelaraskan penyertaan Bumiputera dalam sektor ekonomi yang semakin kompetitif," katanya ketika merasmikan secara serentak Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, malam tadi.


Terkini, kata Muhyiddin, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melancarkan Program Transformasi Ekonomi Bumiputera dengan memberi tumpuan kepada tiga fokus strategik merangkumi pengukuhan pendidikan serta pembinaan keupayaan Bumiputera, pembaharuan instrumen dasar dan rasionalisasi sistem penyampaian serta penumpuan kepada pemerolehan, penciptaan dan pembangunan perniagaan berskala besar. "Begitu juga ketika orang Melayu resah memikirkan sama ada pendidikan anak-anak mereka akan terus terbela, pemimpin Umno tegas mempertahankan hak pelajar Melayu dan Bumiputera yang berkelayakan mendapatkan biasiswa dan bantuan lain pendidikan daripada kerajaan," katanya. Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, sebagai parti yang bertanggungjawab, Umno akan terus membela hak anak Melayu dan Bumiputera mendapatkan segala bantuan pendidikan untuk mereka yang layak tetapi pada masa sama Umno tidak menafikan hak anak kaum lain mendapat kemudahan sama selaras dengan prinsip al-'adl wal ihsan ditekankan Islam.


"Umno juga akan terus mempertahankan institusi agama daripada terus dipersenda dan diperleceh, kedudukan raja sebagai ketua agama akan dijunjung. Kewibawaan institusi mahkamah syariah, agensi penguat kuasa agama dan undang-undang Islam akan terus dibela. "Pendidikan Islam akan diperkasakan lagi, kerajaan komited membantu sekolah agama rakyat dan sekolah agama negeri dari segi pembangunan infrastruktur, kurikulum, latihan guru dan sebagainya. Bantuan akan diberikan kepada semua sekolah agama melangkaui batas ideologi politik, ini adalah keikhlasan Umno memastikan pendidikan Islam terus bermartabat di negara kita," katanya.

Menyentuh mengenai Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), Muhyiddin berkata, calon adalah senjata parti untuk menang, justeru beliau meminta semua pihak memberi sepenuh keyakinan kepada pucuk pimpinan menentukannya kerana yang penting individu itu berkaliber, berpendidikan, berwibawa, berjiwa rakyat, bersih, jujur, amanah, tinggi moralnya dan diterima oleh rakyat. "Tumpahkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada parti dan pemimpin. Marilah kita bersatu menjayakan agenda transformasi yang dibawa presiden. Pendekatan berani beliau memperkenalkan transformasi politik dalam menunjangi perubahan perlu disambut segenap lapisan ahli Umno. "Pertahankan parti dengan seluruh jiwa dan raga. Jangan lari dari medan perjuangan. Jangan mengaku kalah sebelum berjuang. Jangan kita mencalit arang ke muka parti. Jangan sabotaj.


"Jangan 'cah keting'. Jangan 'peteh' sama sendiri. Jangan 'mandikan' calon-calon kita. Jangan tutup bilik gerakan. Jangan main belakang. Jangan lari ke luar negeri. Jangan tikam kawan. Jangan lakukan apa sahaja yang boleh menjejaskan peluang parti untuk menang dalam pilihan raya. "Ingat, pilihan raya nanti adalah pertandingan hidup atau mati. Ingat, pilihan raya nanti bukan untuk kemenangan diri tetapi adalah untuk kemenangan parti," katanya.

Beliau berkata, sebagai sebuah organisasi, Umno tidak sunyi daripada kelemahan dan kekurangan kerana Umno bukan malaikat tetapi langkah perubahan dan memperbaiki kelemahan tanpa menggadai prinsip perjuangan terus dilakukan. "Dalam perjuangan ini, Umno tidak boleh bersendirian. Ajaklah, serulah, panggillah, pujuklah seluruh umat Melayu untuk bersama kita. Raih setiap sokongan dan keyakinan seluruh persatuan Melayu, gabungan Melayu, badan ekonomi, sosial, pendidikan, agama, belia, budaya untuk bersama kita di bawah panji Umno dalam mempertahankan survival umat Melayu, ajaklah penyokong pembangkang yang sudah hilang kepercayaan kepada perjuangan parti mereka yang sia-sia untuk bersama-sama kita. "Beri tumpuan kepada masalah rakyat, rasai denyut nadi mereka, dengar rintihan dan keluhan mereka. Bantulah mereka, kita adalah mata, telinga dan suara rakyat. Paling utama, kita mesti bertanggungjawab, lunaskan tanggungjawab moral kita sebagai pejuang Umno dengan membantu rakyat," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Berita Harian: Wilayah

Berita Harian: Wilayah


4 pusat pemindahan masih dibuka

Posted: 29 Nov 2011 01:14 PM PST

Wilayah

Anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Pulau Pinang memeriksa peralatan keselamatan sebagai persediaan  menghadapi banjir di pusat operasi mereka di Jalan Air Itam, Georgetown.

Anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Pulau Pinang memeriksa peralatan keselamatan sebagai persediaan menghadapi banjir di pusat operasi mereka di Jalan Air Itam, Georgetown.

KOTA BHARU: Banjir yang melanda Kelantan semakin pulih apabila hanya empat pusat pemindahan masih dibuka membabitkan jajahan Pasir Mas dan Tumpat, berbanding lapan kelmarin.

Sehingga jam 7 petang semalam, jumlah mangsa banjir di dua jajahan itu ialah 221 orang dengan 50 keluarga, berbanding 1,309 dari 373 keluarga, kelmarin.

Menurut portal rasmi eBanjir, jajahan Tumpat mencatat jumlah mangsa paling ramai iaitu 175 orang membabitkan 40 keluarga di pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Pengkalan Kubor 2. Mangsa terbabit ialah dari Kampung Atas Kok, Kampung Simpangan, Kampung Bendang Pak Yong dan Kampung Pulau Ular.

Di Rantau Panjang, jumlah mangsa ialah 46 membabitkan 10 keluarga di tiga pusat pemindahan iaitu di SK Tok Deh, SK Kedai Tanjong dan SK Gelang Emas.

Hanya Sungai Golok di Rantau Panjang yang masih mencatat paras air melebihi bahaya iaitu 9.77 meter (bahaya sembilan meter) dan tiga sungai melebihi paras berjaga-jaga iaitu Sungai Jenob, di Rantau Panjang 21.87 meter (berjaga-jaga 21.50 meter); Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard, 12.23 meter (berjaga-jaga 12 meter) dan Sungai Kelantan di Tangga Krai, 20.11 meter (berjaga-jaga 20 meter).

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri, Abu Bakar Mohd Yusof, berkata Kelantan kemungkinan berdepan banjir gelombang kedua pada bila-bila masa berikutan taburan hujan yang dicatatkan adalah tinggi.

Full content generated by Get Full RSS.

Sedia hadapi banjir kedua

Posted: 29 Nov 2011 01:13 PM PST

Wilayah

Penduduk usah leka tengkujuh dijangka hanya berakhir Januari

IPOH: Orang ramai terutama penduduk di negeri yang dilanda banjir baru-baru ini atau berdepan risiko bencana itu diingatkan tidak terlalu leka, sebaliknya bersedia menghadapi kemungkinan banjir gelombang kedua dan ketiga.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim, berkata ini berdasarkan ramalan cuaca yang menjangka musim tengkujuh hanya akan berakhir Januari depan.

Bomba sudah menjangkakan keadaan itu dan persediaan rapi sudah dibuat, termasuk memastikan anggota bomba dan penyelamat sedia digerakkan bila-bila masa bagi membantu memindah serta menyelamatkan mangsa sekiranya banjir berulang. - Wan Mohd Nor Ibrahim, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Beliau berkata, pihaknya sudah menjangkakan keadaan itu dan persediaan rapi sudah dibuat, termasuk memastikan anggota bomba dan penyelamat sedia digerakkan bila-bila masa bagi membantu memindah serta menyelamatkan mangsa sekiranya banjir berulang.

"Kita baru melepasi banjir gelombang pertama dan dijangka berlaku gelombang kedua dan ketiga sehingga awal tahun depan. Anggota kami sudah bersiap sedia sepenuhnya untuk menghadapinya, terutama untuk memindah dan menyelamatkan mereka terbabit.

"Kita akan bekerjasama dengan agensi berkaitan untuk memastikan mangsa banjir mendapat bantuan sewajarnya," katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Keselamatan Kebakaran di sini, semalam.

Beliau mengulas mengenai persediaan anggota bomba dan penyelamat dalam menghadapi banjir tahun ini.
Wan Mohd Nor berkata, meskipun banjir di beberapa negeri terutama di Pantai Timur dilaporkan mulai pulih, pihaknya tetap berjaga-jaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Full content generated by Get Full RSS.

Utusan Online - Politik

Utusan Online - Politik


'Pas tidak mungkin ganti UMNO tetapi DAP mungkin ganti Pas'

Posted:

'Pas tidak mungkin ganti UMNO tetapi DAP mungkin ganti Pas'

'Pas tidak mungkin ganti UMNO tetapi DAP mungkin ganti Pas'

KUALA LUMPUR 29 Nov. - Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memberi amaran kepada orang Melayu bahawa Pas sama sekali tidak boleh menggantikan UMNO sebaliknya yang berlaku ialah DAP menggantikan Pas.

Malah, Timbalan Presiden UMNO itu mengingatkan orang Melayu jangan sampai terpedaya dengan muslihat jahat DAP yang hanya mahukan mereka menjadi kuda tunggangan untuk menjaga kepentingan cauvinis parti tersebut.

"Ketika umat Islam bangkit bersatu mempertahankan akidah umat daripada diruntuhkan oleh kumpulan yang berniat jahat, DAP dan konco-konconya, bertubi-tubi mempersenda umat Islam.

" DAP bercakap mengenai Islam, Pas mengiyakan sahaja. Pemimpin DAP menyebut dua tiga patah ayat al-Quran walaupun salah, Pas mempertahankan. Pemimpin DAP menggelar dirinya Khalifah Umar Abdul Aziz, Pas memberi pengiktirafan.

"Pemimpin DAP berceramah, penyokong Pas bertakbir. Tetapi apabila Pas menyebut tentang Negara Islam, pemimpin DAP lah yang pertama sekali mengecam Pas. Dan apabila dikecam, Pas diam seribu bahasa. Apa maknanya ini? Maknanya, DAP lah yang memberi definisi kepada Islam yang dianuti oleh Pas," tegas beliau.

Beliau membangkitkan perkara itu ketika merasmikan serentak Persidangan Perwakilan Pemuda, Wanita dan Puteri 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini malam ini.

Dalam ucapan bertajuk 'Menunjangi Survival Bangsa: Suatu Jihad' itu, Muhyiddin seterusnya mengingatkan orang Melayu yang bersekongkol dengan DAP adalah pengkhianat bangsa.

Kata beliau: "Janganlah jadi pembelot seperti Si Kitol. Janganlah jadi seperti tikus membaiki labu. Janganlah jadi seperti Pak Kaduk, menang sorak, kampung tergadai. Janganlah sudah terhantuk, baru tengadah.

"Jangan sampai nasi menjadi bubur. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya. DAP sudah pasti bukanlah parti untuk orang Melayu dan bumiputera."

Mengenai Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula, tegas Timbalan Presiden UMNO itu, parti tersebut ketandusan agenda untuk orang Melayu dan Islam.

PKR, kata beliau, adalah sebuah parti ultraliberal yang tiada asas moral dalam perjuangannya.

"Jika tidak, masakan orang yang sedang dibelenggu krisis kredibiliti yang serius terus diangkat memimpin parti itu secara tidak demokratik. Mana mungkin kedudukan agama, bangsa dan negara boleh dijaga oleh PKR jika yang diangkat menjadi pemimpin pun bergelumang dengan masalah kredibiliti.

"Ringkasnya, PKR sebuah parti yang amat tenat. Hampir kesemua pengasas parti ini telah meninggalkan parti dan menyokong UMNO," katanya.

Menarik perhatian sekali lagi mengenai Pas, Muhyiddin berkata, untuk menutup kegagalan parti itu mempertahankan kesucian Islam, Pas mengemukakan pula agenda Negara Berkebajikan.

"Kini, mereka mengatakan konsep Negara Islam tidak disebut dalam al-Quran, yang ada hanyalah Negara Berkebajikan.

"Malang bagi Pas kerana setelah puluhan tahun memperjuangkan Negara Islam, tetapi akhirnya mengatakan konsep Negara Islam tiada dalam al-Quran. Maknanya, selama ini PAS membohongi umat Islam dengan perjuangan palsu mereka," katanya.

Dalam soal ini, kata beliau, Pas sendiri tidak mampu menyediakan bekalan air bersih di Kelantan, justeru masakan mereka kini berangan-angan pula hendak mewujudkan Negara Berkebajikan.

" Slogan Negara Berkebajikan hanyalah helah politik Pas untuk menutup kelemahan sendiri kerana tergadainya matlamat untuk mendirikan negara Islam.

"Apa yang penting bagi Pas, slogan Negara Berkebajikan boleh diterima oleh DAP," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Wanita sahut cabaran

Posted:

Wanita sahut cabaran

Wanita sahut cabaran


PEMBAKAR SEMANGAT... Shahrizat Abdul Jalil memberi ucapan penuh semangat pada majlis penyampaian Anugerah Nadi Negara kepada 20 graduan muda Melayu dari pelbagai universiti sempena Persidangan Agung UMNO 2011 di PWTC, semalam.


KUALA LUMPUR 29 Nov. - Pergerakan Wanita UMNO bersedia menyahut cabaran Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya memberikan perkhidmatan luar biasa kepada rakyat demi keutuhan parti.

Ketuanya, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil berkata, Presiden turut menegaskan bahawa istilah luar biasa itu harus merangkumi aspek perjuangan, ketaatan dan perpaduan. 

Kita sangat teruja dengan istilah luar biasa yang digunakan oleh Presiden, ia telah menaikkan semangat Wanita untuk bekerja keras demi kepentingan rakyat.  

"Perdana Menteri mahu kita bantu rakyat apatah lagi pilihan raya semakin hampir, maka seruan itu kita boleh jadikan ia sebagai panduan untuk menghadapi pilihan raya nanti," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Taklimat Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO 2011 di sini hari ini. 

Shahrizat seterusnya berkata, Perdana Menteri menyarankan supaya semua ahli Wanita turun padang bertemu sendiri dengan rakyat bagi mendengar segala keluhan dan masalah mereka.

Kata beliau, dengan langkah itu, masalah yang dihadapi oleh rakyat akan dapat diselesaikan secara lancar tanpa gangguan pihak-pihak tertentu.

"Wanita akan bekerja bersungguh-sungguh terutama dalam usaha menyusun jentera dengan lebih strategik," jelasnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


Utama kepentingan parti

Posted: 29 Nov 2011 02:02 PM PST

Nasional

 NAJIB   menyampaikan ucapan pada majlis Taklimat Presiden di Dewan Merdeka,  PWTC, semalam.

NAJIB menyampaikan ucapan pada majlis Taklimat Presiden di Dewan Merdeka, PWTC, semalam.

Amanat Presiden bakar semangat untuk menang besar PRU-13

KUALA LUMPUR: Amanat Datuk Seri Najib Razak yang menekankan supaya setiap perwakilan meletakkan kepentingan parti melebihi individu, akan dijadikan panduan bagi Badan Perhubungan UMNO Negeri memperkukuhkan perpaduan, sekali gus memastikan kemenangan selesa dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata semangat pengorbanan dan kesetiaan terhadap parti melebihi kepentingan peribadi antara ciri utama ditekankan Presiden sebagai persediaan menghadapi PRU-13.

Ucapan Timbalan Presiden cukup jelas dan tegas mengenai pentingnya ketiga-tiga sayap mengukuhkan perpaduan dan berperanan penting dalam meraih sokongan kumpulan sasar menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13. - Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Naib Presiden UMNO

Katanya, apa yang dihasratkan Presiden UMNO bukan hanya membabitkan negeri yang dikuasai Barisan Nasional (BN), malah turut membabitkan negeri di bawah pembangkang kerana kemenangan keseluruhan pada PRU-13 diambil kira daripada kejayaan calon dari seluruh negara.

"Saya fikir secara keseluruhannya Presiden mengingatkan semua ahli dan kawasan termasuk negeri dikuasai pembangkang mengenai pentingnya menerima calon boleh menang yang diputuskan pucuk pimpinan kerana akhirnya bilangan kemenangan itu yang penting untuk membentuk kerajaan yang kuat," katanya ketika ditemui selepas majlis Amanat Presiden, semalam.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Musa Aman, berkata UMNO Sabah akur dengan amanat Presiden dan berusaha mengukuhkan perpaduan di kalangan ahli menjelang PRU-13.

"Kita mesti sedar PRU-13 akan berlangsung dengan hebat dan sengit, jadi kita perlu mengemaskan jentera semua peringkat, UMNO Sabah sentiasa berusaha menguatkan lagi parti tanpa ada perpecahan," katanya.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, berkata agenda parti boleh dijayakan jika semua pihak mengetepikan kepentingan individu dengan menerima amanat yang disampaikan Presiden secara terbuka.

"Kita sudah menyatakan baiah kepada Presiden untuk memastikan kejayaan dalam pilihan raya akan datang. Sama-sama kita berjuang untuk parti dan mengetepikan kepentingan diri bagi menjayakan agenda parti," katanya.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Dr Awang Adek Hussin, pula berkata aku janji yang dilafazkan oleh perwakilan ketika amanat Presiden memberi petanda UMNO berada pada landasan tepat menurunkan calon terbaik untuk rakyat bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Insya-Allah jika masalah dalaman dapat diselesaikan terutama dalam perebutan calon. Sesiapa yang tidak terpilih akan tetap bekerja untuk parti dan tiada lagi sesiapa yang mahu sabotaj calon disebabkan kekecewaan peribadi," katanya.
Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, berkata amanat terus terang Presiden perlu dihayati semua peringkat parti supaya menang besar dalam pilihan raya.

"Presiden mengingatkan calon yang akan dipilih mereka yang boleh memberi kemenangan kepada parti, calon yang sedang memegang jawatan tetapi tidak boleh memenangkan parti perlu berkorban memberi laluan kepada mereka yang dipilih supaya semua peringkat parti memberi sokongan kepada calon yang dipilih," katanya.

Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman, menyifatkan amanat Najib sebagai pembakar semangat dan bekalan bagi setiap ahli untuk membolehkan empat negeri dikuasai pembangkang ditawan kembali pada pilihan raya umum akan datang.

Full content generated by Get Full RSS.

Pelajar usah ghairah berpolitik

Posted: 29 Nov 2011 01:37 PM PST

Nasional

KETUA Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengingatkan generasi muda terutama pelajar universiti supaya tidak ghairah berpolitik di kampus, sebaliknya menumpukan perhatian penuh kepada pelajaran.

Katanya, walaupun kerajaan bercadang meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), pelajar perlu berpegang kepada matlamat asal mereka memasuki universiti.

Beliau berkata, kemahuan berpolitik sesuatu yang digalakkan, namun pelajar perlu mencapai impian dalam bidang itu dengan cara yang jujur. "Belajar daripada awal untuk mencapai impian dalam politik, matlamat itu tidak boleh menghalalkan cara terutama melalui cara yang kotor.

"Jika anak muda kita mahu masuk dalam politik selepas lulus pengajian nanti, cara mereka mencapainya adalah sama mustahak," katanya selepas menyampaikan Anugerah Nadi Negara 2011 kepada 20 penerima di sini, semalam.

Shahrizat berkata, kerajaan sentiasa peka dan berusaha memberikan yang terbaik kepada generasi muda dan oleh itu mereka perlu memainkan peranan membela agama dan bangsa.

"Jangan biarkan pihak lain menghina Islam dan memecah belahkan kita," katanya dan menambah Wanita UMNO akan turun padang mendampingi generasi muda bagi membimbing dan nasihat.

Full content generated by Get Full RSS.