Harian Metro: Setempat |
Posted: 03 Jun 2011 12:39 PM PDT PELABUHAN KLANG: Penantian lebih setahun 15 anak kapal MV Banga Biraj yang mendakwa terkandas dan hidup susah di negara ini selepas kapal berkenaan ditahan pihak berkuasa berakhir apabila diselamatkan dalam satu operasi, semalam. Operasi bersama digelar Ops Pintas diketuai Unit Anti Pemerdagangan Orang (Atip) Bukit Aman, Pasukan Polis Gerakan Marin Pelabuhan Klang, Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dan Majlis Pemerdagangan Manusia Selangor bermula jam 12.30 tengah hari dan berakhir 5.30 petang.
"Keseluruhan pasukan operasi menyelamat bekerjasama membawa 15 kru kapal MV Banga Biraj terdiri daripada 13 warga Bangladesh dan dua warga Indonesia terbabit untuk diberi perlindungan di penempatan sementara sebelum mendapat perintah dari mahkamah bagi Perintah Perlindungan Sementara (IPO)," katanya ketika ditemui ketika Ops Pintas di atas kapal berkenaan, di sini, semalam.
Katanya, selama ini dia terlalu sedih mengingatkan dua anak perempuan berusia empat dan satu setengah tahun serta isteri, Semona Begum, 26.
"Kami turut mengenangkan keluarga di kampung yang tak tahu entah makan atau tidak," katanya yang turut berterima kasih kepada pihak berkuasa Malaysia.
|
37 kontraktor ‘tersepit’ hilang kontrak Posted: 03 Jun 2011 12:37 PM PDT AMPANG: Seramai 37 kontraktor pembersihan kawasan awam 'tersepit' dalam kemelut antara Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora) berikutan pengumuman dibuat kerajaan negeri mengenai pengembalian semula tugas operasi pembersihan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT), Julai ini. Wakil kontraktor, Norazmi Baharuddin, berkata keputusan berkenaan dianggap tidak patut kerana ia dianggap melanggar perjanjian pengurusan yang dimeterai antara MPAJ dan Alam Flora yang berkuat kuasa sejak 2007.
Norazmi turut mendakwa menerima maklumat semua kontraktor pembersihan awam sedia ada berisiko kehilangan kontrak berikutan MPAJ merancang untuk melaksanakan kaedah 'in house' sebanyak 50 peratus manakala selebihnya ditender semula kepada kontraktor baru.
Beliau turut menyangkal kenyataan MPAJ berhubung penjimatan kos pembersihan kerana PBT berkenaan tidak berkemampuan melaksanakan pengurusan pembersihan awam, selain mengalami kekurangan tenaga kerja, peralatan dan jentera. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan