Harian Metro: Setempat |
Posted: 02 Jun 2011 11:55 AM PDT ALOR GAJAH: Seorang lelaki warga emas yang digelar Penghulu Rimba di kalangan penduduk Simpang Ampat, dekat sini, maut dalam kemalangan dan lebih menyedihkan dia dirempuh kereta dipandu sepupunya sendiri ketika mangsa mahu melintas jalan di Kampung Kemus Dalam, kira-kira jam 9 malam, kelmarin. Kamis Kasan, 72, yang baru pulang dari pasar malam di sebuah taman berdekatan, dilanggar kereta Kancil dipandu sepupunya, Jamil Sidi, 47, yang dalam perjalanan dari Tampin ke Simpang Ampat.
Menurut Jamil, ketika menghampiri tempat kejadian tiba-tiba sepupunya yang bertongkat dan memakai kopiah putih melintas jalan tanpa menoleh kiri dan kanan jalan.
"Sedih dan amat terperanjat kerana saya langgar sepupu sendiri. Saya kesal, tapi kejadian sudah berlaku," katanya ketika ditemui.
"Saya tergamam sebaik kejadian berlaku dan ketika itu arwah masih bernafas sebelum meninggal tidak lama selepas itu," katanya.
|
Perkosa lepas singgah ‘mandi’ Posted: 02 Jun 2011 11:46 AM PDT AMPANG: Dua remaja perempuan berusia 14 dan 17 tahun mendakwa dirogol teman lelaki masing-masing selepas tertidur di ruang tamu sebuah rumah pangsa, Taman Keramat, di sini, kelmarin. Menurut sumber, sebelum kejadian dua remaja itu mengikut teman lelaki mereka berusia 23 dan 19 tahun bersiar-siar sebelum singgah di rumah bapa saudara seorang daripada lelaki terbabit kira-kira jam 4 pagi.
"Sementara menunggu kedua-dua lelaki itu mandi, mangsa tertidur di ruang tamu rumah sebelum mereka dirogol teman lelaki masing-masing di ruang tamu dan dalam bilik. Kedua-dua suspek mengugut mangsa supaya tidak menceritakan kejadian itu kepada keluarga," katanya.
Berikutan itu, seorang daripada ahli keluarga mangsa mengamuk sehingga berlaku pergaduhan di rumah suspek sebelum sepasukan polis tiba di tempat kejadian.
Timbalan Ketua Polis Ampang Jaya, Superintendan Md Nazri Zawawi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan kedua-dua suspek direman sehingga 6 Jun ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan