Harian Metro: Setempat |
Posted: 01 Jun 2011 12:28 PM PDT BUKTI...Dr Sallehudin menunjukkan jentik-jentik yang ditemui dalam operasi di premis barangan lusuh. KUALA LUMPUR: Tujuh pengusaha premis barangan lusuh dan bengkel kereta di Jalan Chan Sow Lin, di sini, dikenakan tindakan oleh Jabatan Kesihatan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana membiarkan takungan air sehingga menjadi tempat pembiakan jentik-jentik dan beroperasi tanpa lesen. Dalam operasi bersepadu itu, tiga premis dikompaun atas kesalahan membiak jentik-jentik, manakala empat lagi premis dikompaun atas kesalahan beroperasi tanpa lesen.
"Pemeriksaan hari ini (semalam) mendapati tiga premis terbabit melakukan kesalahan mengikut akta berkenaan. Enam kompaun sudah kami keluarkan dengan setiap kompaun itu didenda RM500.
"Kami juga melakukan pemantauan di tiga kawasan panas yang mencatatkan kes denggi terbanyak iaitu di Apartment Seri Rakyat Bukit Jalil (25 kes), Menara Orkid Bandar Baru Sentul (16 kes) dan Seksyen 10 Wangsa Maju Blok B (5 kes)," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Pengasuh terkejut budak jadi biru Posted: 01 Jun 2011 12:11 PM PDT KUALA LUMPUR: Seorang bayi perempuan berusia tujuh bulan maut dipercayai akibat tersedak susu di sebuah rumah pengasuhnya di Ukay Perdana, Ampang, di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa tidur dalam sebuah bilik sebelum dikejutkan untuk diberi minum susu oleh pengasuhnya.
Difahamkan, ibu bapa bayi itu yang bekerja menghantar anak sulungnya itu setiap pagi ke rumah pengasuhnya berhampiran rumah mereka dan akan mengambil semula selepas tamat waktu kerja.
Menurutnya, bayi itu bagaimanapun disahkan meninggal dunia sebelum mayatnya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Ampang Jaya, Superintendan Md Nazri Zawawi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan masih dijalankan.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan