Selasa, 7 Jun 2011

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Polis tahan tiga lelaki Nigeria seludup syabu

Posted: 07 Jun 2011 04:34 AM PDT

SHAH ALAM: Tiga lelaki warga Nigeria yang cuba menyeludup 9.6 kg dadah jenis syabu bernilai RM2.4 juta ke negara ini diberkas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang awal bulan ini, kata Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah.

Ketiga-tiga mereka yang berumur antara 25 hingga 37 tahun itu diberkas pada 3, 5 dan 6 Jun sebaik tiba di KLIA dari Doha, Qatar, katanya dalam sidang media di sini hari ini.


Beliau berkata suspek pertama ditahan pada 3 Jun setelah 3.7 kg syabu ditemui dalam 18 bungkusan makanan ringan yang disimpan di dalam begnya, manakala tangkapan kedua dibuat pada 5 Jun apabila 19 bungkusan makanan ringan berisi dadah yang sama seberat 3.9 kg ditemui di dalam beg suspek.

Dalam tangkapan pada pukul 3.45 petang semalam pula, suspek ketiga ditahan selepas polis menemui 14 daripada 27 kotak sabun yang dibawanya diisi dengan syabu seberat dua kilogram.


Tun Hisan berkata modus operandi sedemikian pernah digunakan oleh keldai dadah warga negara Iran pada tahun 2009 dan 2010.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

219,550 pemilih baru didaftarkan SPR

Posted: 07 Jun 2011 02:22 AM PDT

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mewartakan 219,550 pemilih baru bagi suku pertama tahun ini menjadikan jumlah pemilih berdaftar meningkat kepada 12,032,467 orang setakat 31 Mac lepas.

Pegawai Perhubungan Awam SPR Sabri Said berkata pemilih baru itu diwartakan bersama 43,129 pemilih yang menukar alamat pusat mengundi dan terkandung dalam Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2011 (DPT ST1/2011).


Orang ramai yang berminat untuk membeli DPT ST1/2011 ini boleh membuat tempahan di ibu pejabat SPR di Putrajaya, katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Sebarang pertanyaan boleh diaju menerusi talian 03-88855600, atau Pejabat Pilihan Raya Negeri.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan