Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 07 Jun 2011 02:33 PM PDT KOTA BHARU: Hanya dengan bayaran RM2 untuk sekali masuk, parkir sebuah pasar raya, di sini, tidak ubah seperti 'parkir asmara' apabila dijadikan sasaran suami dan isteri curang untuk melampiaskan nafsu ketika keluar dari pejabat pada waktu makan tengah hari. Mereka membawa kenderaan secara berasingan untuk mengelak gerak-geri dihidu kenalan atau keluarga masing-masing sebelum melakukan aksi terlarang di kawasan gelap di dalam kereta mereka. Difahamkan, walaupun waktu rehat hanya sejam, pertemuan singkat terbabit digunakan sebaik mungkin untuk melepaskan rindu. Perkara itu didedahkan seorang kakitangan pasar raya berkenaan yang mengakui terkejut melihat gelagat suami dan isteri curang yang menjadikan parkir pasar raya itu untuk bermadu kasih.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Posted: 07 Jun 2011 02:29 PM PDT JASIN: Seorang pemandu bas ekspres bertindak gila apabila menayangkan filem lucah sebelum cuba merogol seorang wanita yang menjadi penumpang terakhir kenderaan terbabit ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Melaka Sentral. Dalam kejadian jam 10.45 malam kelmarin, pemandu berusia 38 tahun itu melencongkan bas dipandunya ke ladang sawit di Jalan Tiang Dua-Bukit Kajang sebelum cuba merogol mangsa. Wanita warga Indonesia yang bekerja sebagai tukang urut refleksologi di Kuala Lumpur itu menegur pemandu berkenaan kerana menayangkan filem lucah ketika dia menjadi penumpang terakhir dalam bas. Bagaimanapun, lelaki itu tidak mengendahkannya, malah terus membuka seluarnya sebaik memberhentikan bas di kawasan sunyi.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan