Jumaat, 10 Jun 2011

Berita Harian: Wilayah

Berita Harian: Wilayah


Syarikat balak timbus sungai

Posted: 09 Jun 2011 04:03 PM PDT

Wilayah

AGAH meninjau  Sungai Gob yang ditimbus tanah dan pokok oleh syarikat pembalakan.

AGAH meninjau Sungai Gob yang ditimbus tanah dan pokok oleh syarikat pembalakan.

Penduduk Pos Gob kesal aktiviti pembalakan jejas kehidupan harian

GUA MUSANG: Air Sungai Gob yang menjadi keperluan lebih 300 penduduk Orang Asli di beberapa kampung sekitar Pos Gob, di sini, tidak lagi selamat digunakan apabila berbau busuk dan kotor berikutan diancam kegiatan pembalakan tidak terkawal sejak sebulan lalu.

Malah, penduduk terbabit mendakwa ada pihak menimbus sungai berkenaan dengan tanah dan kayu sebagai laluan lori balak tanpa menghiraukan nasib penduduk yang menggunakan air sungai itu untuk keperluan setiap hari.

Tinjauan mendapati, sungai terbabit sudah menjadi sempit kerana ditutup dengan timbunan tanah dan kayu yang ditebang semata-mata bagi membina laluan lori balak. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Pos Gob, Agah Bongsu, berkata masalah itu sudah beberapa kali dikemukakan kepada syarikat pembalak terbabit, namun tidak diendahkan.

Beliau berkata, berikutan masalah itu, sebahagian Orang Asli terpaksa berpindah ke kampung lain bagi mendapat sumber air bersih daripada aliran sungai.

Katanya, kerja pembalakan di kawasan itu dilakukan secara rakus sehingga memusnahkan hutan dan aliran sungai tanpa memikirkan keselamatan penduduk.

"Kami cuba menghalang pekerja balak daripada menimbus sungai berkenaan, tetapi mereka tidak mengendahkannya dan memberi alasan kami semua tidak ada hak mencampuri urusan itu dan mendakwa syarikat sudah mendapat kebenaran kerajaan negeri," katanya.
Penghulu Kampung Koncong, Yusof Ati, berkata penduduk langsung tidak menyangka kawasan pedalaman turut tidak selamat didiami dan kediaman mereka terancam dengan kemusnahan yang dilakukan oleh manusia.

"Saya merayu Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan melakukan siasatan terhadap keghairahan syarikat pembalakan itu menimbus sungai hingga menyulitkan penduduk," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

153 kenderaan Malaysia tersadai

Posted: 09 Jun 2011 04:02 PM PDT

Wilayah

Gagal patuhi peraturan ketika memasuki wilayah Selatan Thailand

SONGKHLA (Thailand): Sejumlah 153 kenderaan Malaysia didapati tersadai di 10 depoh tahanan merangkumi lima daerah di wilayah Selatan Thailand, selepas ditahan atas pelbagai kesalahan sepanjang tahun lalu hingga Mac lalu.

Jumlah kenderaan paling banyak ditahan adalah 41 kenderaan di Depoh Tahanan Kastam Songkhla, diikuti Depoh Kastam Sungai Kolok (17) dan 14 lagi di Depoh Kastam Padang Basa.

Berdasarkan maklumat, selain gagal mematuhi arahan dokumentasi seperti tidak mengisytiharkan kenderaan ketika memasuki sempadan serta tiada perlindungan insurans, ada di antara kenderaan terbabit ditahan kerana terbabit dalam kegiatan jenayah. Konsul Besar Malaysia di Songkhla, Mohd Aini Atan, berkata kenderaan yang ditahan akibat masalah dokumentasi boleh dituntut dalam tempoh yang ditetapkan dengan membawa dokumen diperlukan seperti geran.

"Bagaimanapun, jika membabitkan kes jenayah, pemilik akan berdepan kesukaran untuk menuntut semula kenderaan terbabit berikutan prosedurnya lebih rumit dan mengambil masa lama," katanya.

Mohd Aini berkata, walaupun rekod tahun lalu menunjukkan 126 kenderaan Malaysia ditahan, diikuti 27 lagi sepanjang tiga bulan pertama tahun ini, jumlah kereta Malaysia yang dilapor tersadai akibat penahanan dipercayai lebih tinggi.

"Walaupun ada yang berjaya dituntut semula, banyak yang terpaksa dilupuskan selepas tamat tempoh ditetapkan," katanya.
Malah, katanya, ada pemilik kenderaan yang sanggup melupuskan kenderaan di negara jiran itu selepas gagal menjelaskan tunggakan kepada bank, semata-mata untuk mengelak nama disenarai hitam.

"Lebih teruk, pemilik kenderaan terbabit membuat laporan polis mendakwa kenderaan miliknya dicuri untuk mendapatkan pampasan insurans, sedangkan kereta terbabit sudah dibawa ke Thailand untuk dilupuskan," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pemilik kenderaan terbabit dikatakan bersekongkol dengan kumpulan samseng sempadan untuk membantu mereka melupuskan kenderaan yang kebiasaannya gagal menjelaskan ansuran selama tiga hingga empat bulan.

Berdasarkan maklumat katanya, pemilik kenderaan menjual kereta terbabit kepada orang tengah pada harga antara RM3,000 dan RM5,000 sebuah sebelum dibawa ke negara ini.

"Kebiasaannya, kenderaan terbabit akan dilupuskan dengan memberi identiti baru iaitu menggunakan nombor pendaftaran Thailand, seolah-olah kereta berkenaan dilupuskan pihak berkuasa selepas ditahan.

"Bagaimanapun, taktik itu tidak bertahan lama kerana penggunaan identiti palsu pada kenderaan boleh dikesan dengan mudah, terutama apabila semakan dilakukan melalui pangkalan data pihak berkuasa Thailand.

"Malah, dengan kedudukan nombor casis asal pada enjin kenderaan, ia memudahkan semakan, sekali gus mengesahkan statusnya sama ada terbabit jenayah atau sebaliknya," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan