Rabu, 8 Jun 2011

Berita Harian: Wilayah

Berita Harian: Wilayah


15 gerai terbiar setahun

Posted: 07 Jun 2011 03:41 PM PDT

Wilayah

Pembinaan 15  gerai  di kawasan  Jengka Street  menimbulkan pelbagai pertanyaan  kerana premis  masih terbiar.

Pembinaan 15 gerai di kawasan Jengka Street menimbulkan pelbagai pertanyaan kerana premis masih terbiar.

Misteri premis Jalan Jengka tersadai tanpa kegiatan ekonomi

BANDAR JENGKA: Milik siapa? Pembinaan 15 gerai di Jalan Jengka dekat sini menimbulkan pelbagai tanda tanya di kalangan penduduk setempat kerana premis yang siap sejak awal tahun lalu itu masih terbiar.

Kawasan pembinaan gerai berkenaan amat strategik kerana kedudukan di jalan utama yang menghubungkan bandar ini ke Maran dan Temerloh, serta sering menjadi tumpuan orang ramai.

Namun, gerai itu kini terbiar malah ada antara gerai berkenaan yang dijadikan tempat longgokan sampah. Sehubungan itu, penduduk meminta pihak terbabit menyewakan segera atau menjualkan ruang niaga itu kepada peniaga atau penduduk tempatan yang berminat menjalankan perniagaan.

Berita Harian difahamkan pembinaan itu bertujuan memindahkan peniaga di kawasan Matau kerana kawasan itu dicadangkan dibangunkan kompleks niaga yang lebih teratur.

Penduduk, Zabedah Mohd Ali, 53, berkata Majlis Daerah Maran (MDM) seharusnya membuka peluang kepada peniaga tempatan yang lain memohon untuk menjalankan perniagaan.

Katanya, lebih baik pihak berkuasa mengutamakan peniaga yang tinggal di kawasan tanah rancangan FELDA serta berminat menjalankan perniagaan memiliki kedai berkenaan.
"Banyak peluang perniagaan yang boleh dijalankan di kawasan itu termasuklah menjual buah-buahan tempatan, pakaian, gerai makan serta kedai runcit.

"Kawasan ruang niaga berkenaan amat strategik kerana berhampiran kilang ALPS serta kawasan laluan utama dari bandar ini ke Kuantan, Maran, Sungai Jerik dan Temerloh," katanya.

Beliau berkata, MDM perlu membuka peluang kepada peniaga yang berminat memohon mendapatkan gerai berkenaan.

Mohd Zaidi Ahmad, 52, pula bimbang gerai berkenaan akan menjadi sasaran perbuatan vandalisme sekiranya dibiarkan tanpa perhatian dan kawalan.

Katanya, pihak berkuasa perlu memanfaatkan kemudahan yang ada kerana sudah berbelanja besar bagi membina gerai berkenaan.

"Saya yakin, kawasan berkenaan amat sesuai dijadikan pusat perniagaan kerana kedudukannya berdekatan dengan beberapa tanah rancangan FELDA Wilayah Jengka.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Wanita ‘naik hantu’ ketika gudang diserbu

Posted: 07 Jun 2011 03:40 PM PDT

Wilayah

RANTAU PANJANG: Kegiatan pasangan suami isteri yang menjadikan sebuah gudang sebagai tempat penyimpanan barang kawalan, termasuk gula sebelum menyeludup ke negara jiran melalui pangkalan haram terbongkar dalam serbuan anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Ketika serbuan itu di kawasan berhampiran Taman Bakti, Gual Nering, di sini, seorang wanita berusia 50-an yang juga pemilik gudang terbabit bertindak memaki hamun dan mengugut pegawai penguat kuasa KPDNKK.

Bagaimanapun, wanita terbabit yang ditemani suaminya bertindak menghilangkan diri sebaik mengetahui KPDNKK meminta bantuan polis bagi memujuknya yang dikatakan `naik hantu' selepas mendapat tahu barangan di gudangnya akan disita. Pengarah KPDNKK Kelantan, Fauzi Haron, berkata serbuan dilakukan kira-kira jam 4 petang selepas intipan dan maklumat diterima mendapati gudang berkenaan dijadikan transit bagi penghantaran barangan kawalan ke negara jiran.

"Daripada maklumat diterima, barangan kawalan disimpan di stor terbabit pada waktu siang dan menjelang tengah malam beberapa kenderaan datang mengambil bekalan untuk diseludup ke negara jiran melalui pangkalan haram.

"Antara barangan diseludup adalah gula, tepung gandum serta minyak masak iaitu barangan yang boleh dijual dengan harga tinggi di Thailand," katanya.

Beliau berkata, hasil daripada operasi dilakukan, pihaknya berjaya merampas dan menyita 5,040 kilogram (kg) tepung gandum, 4,850 kg minyak masak dan 2,400 kg gula.
Fauzi berkata, serbuan ke atas gudang berkenaan dilakukan oleh pasukannya yang membuat operasi bersama pegawai penguat kuasa KPDNKK Terengganu dan diketuai Penolong Pegawai Penguat Kuasa, A'ala Shah Md Yusop.

Katanya kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-peraturan Bekalan 1974.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan