Khamis, 2 Jun 2011

Berita Harian: Wilayah

Berita Harian: Wilayah


Homestay tiada ciri inap desa

Posted: 01 Jun 2011 06:57 PM PDT

Wilayah

ANTARA kediaman yang dijadikan  inap desa tanpa menggunakan logo ‘homestay’ yang sah daripada  Kementerian Pelancongan.

ANTARA kediaman yang dijadikan inap desa tanpa menggunakan logo 'homestay' yang sah daripada Kementerian Pelancongan.

Pengusaha tidak berdaftar, lebih tepati konsep rumah tumpangan

KUANTAN: Bagai mencurah air di daun keladi. Begitu peribahasa yang sesuai menggambarkan sikap segelintir individu yang masih meneruskan program inap desa tidak berdaftar biarpun pelbagai program kesedaran sudah dilakukan Kementerian Pelancongan Malaysia dalam menangani masalah ini.

Tanpa ragu dan rasa bersalah, pemilik rumah sewenang-wenangnya mempamerkan papan tanda atau banting bertulis 'homestay' bagi menawarkan perkhidmatan rumah sewa mereka.

Tinjauan Edisi Timur di beberapa taman perumahan di sekitar bandar seperti di Balok, Permatang Badak, Indera Mahkota, Tanjung Lumpur dan Sungai Karang mendapati pemilik rumah memaparkan nama inap desa berserta nombor telefon bagi memudahkan orang ramai menghubungi dan mendapatkan perkhidmatan itu. Kesemua inap desa itu lebih menepati konsep rumah tumpangan dan tidak mencerminkan inap desa sebenarnya.

Melalui konsep inap desa yang diperkenalkan Kementerian Pelancongan, tetamu berpeluang bermalam dan mengalami cara hidup dan budaya hidup di kawasan desa berkenaan, menangkap ikan di laut atau sungai, menoreh getah, persembahan kebudayaan setempat dan adat perkahwinan.

Sehingga kini, 107 pengusaha inap desa tidak berdaftar yang dikesan di negeri ini masih meneruskan operasi menyewa rumah mereka dengan kadar bayaran yang lebih rendah berbanding pakej inap desa berdaftar.

Rata-rata pengusaha yang dihubungi tidak memohon mendapatkan lesen kerana enggan terikat dengan syarat dan peraturan yang ditetapkan selain tidak menyediakan pakej lawatan sebaliknya memilih untuk menyewakannya saja.
Dalam hal ini, pengusaha inap desa tidak berdaftar itu menggunakan akses laman web yang dilihat sebagai medium utama mendapatkan keuntungan dengan mengiklankan perkhidmatan mereka.

Seorang pengusaha yang hanya mahu dikenali sebagai Khadijah, 45, berkata rumahnya dijadikan inap desa kerana menerima banyak pertanyaan berhubung rumah yang hendak disewa secara harian.

"Saya tidak berhasrat untuk mengambil bahagian dalam program homestay ini tetapi tidak menafikan akan terus menggunakan perkataan itu bagi memudahkan orang ramai menetap di rumah sewa saya," katanya yang sudah menjalankan perkhidmatan itu sejak dua tahun lalu.

Seorang lagi pengusaha yang mahu dikenali sebagai Rahmat, 38, berkata dia menggunakan kemudahan internet untuk mempromosikan inap desa yang diusahakan dan tidak tahu keperluan mendapatkan lesen daripada Kementerian Pelancongan.

"Mungkin saya akan menggunakan perkataan lain yang lebih sesuai selepas ini kerana saya hanya menyewa kepada tetamu tanpa menyediakan pakej lawatan mengikut konsep sebenar inap desa," katanya.

Sementara itu, Pengarah Pelancongan Malaysia Pahang, Idros Yahya, berkata pemilik rumah terbabit lebih suka menggunakan perkataan 'homestay' kerana jenama itu sudah dikenali ramai.

"Pihak kami tidak boleh mengambil tindakan terhadap mereka kerana tidak mempunyai kuasa sebaliknya memaklumkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk tindakan susulan.

"Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) sudah mula bertindak dengan memanggil pengusaha homestay haram ini dan sedang merangka usaha bagaimana hendak melesenkannya tanpa menggunakan nama homestay," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pampasan dulu baru mula kerja

Posted: 01 Jun 2011 06:56 PM PDT

Wilayah

Penduduk kesal SAINS terus pasang paip walaupun rayuan belum selesai

SEREMBAN: Seorang penduduk Kampung Pantai dekat sini, kesal kerana Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) mula menjalankan kerja pemasangan paip air di tanahnya walaupun proses pengambilalihan tanah itu belum selesai sepenuhnya.

Ini berikutan Amir Abdul Raof, 43, masih menunggu keputusan kerajaan negeri terhadap rayuannya supaya membayar pampasan terhadap kehilangan hasil kira-kira 30 pokok buah-buahan di tanah belakang rumahnya yang diambil untuk projek itu.

"Saya terkejut apabila pulang dari kerja petang kelmarin, beberapa jentera berat berada di belakang rumah dan mengorek tanah. Setakat ini, tiada pegawai SAINS datang untuk memaklumkan kepada saya bahawa projek itu dimulakan. "Setakat ini, saya bersyukur kerana kontraktor projek itu belum memasuki tanah yang menempatkan pokok buah-buahan," katanya ketika ditemui di sini.

Tanah di belakang rumah Amir seluas kira-kira 0.4 hektar diambil untuk pelaksanaan projek Pakej 3 Skim Bekalan Air Triang.

Berita Harian sebelum ini melaporkan bahawa Amir mendakwa Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Seremban yang membuat pengambilan tanah enggan membayar pampasan terhadap pokok buah-buahan di atas tanah itu sedangkan pokok itu adalah antara sumber pendapatannya.

Katanya, ada penduduk lain yang tanah mereka diambil untuk projek itu menerima pampasan terhadap kehilangan pokok buah-buahan.
Sementara itu, Ketua UMNO bahagian Seremban, Datuk Ishak Ismail, yang turut melawat tanah milik Amir berkata beliau menulis surat berhubung kes pampasan pokok buah-buahan itu kepada Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah Malaysia (LPPEHM), Mac lalu.

Katanya, Pendaftar LPPEHM membalas suratnya pada Mei lalu dan menyatakan bahawa kes itu dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Urusetia pada April lalu dan akan membuat keputusan tidak lama lagi.

"Jarang ada aduan berhubung nilai pampasan dibentangkan dalam mesyuarat ini kecuali LPPEHM berpendapat bahawa ada kes yang perlu dipertimbangkan," katanya yang juga jurunilai bertauliah.

Sehubungan itu, beliau turut menulis surat kepada Setiausaha Kerajaan Negeri meminta kerajaan negeri supaya terlebih dulu menunggu rumusan mesyuarat itu sebelum sebarang tindakan kerja dibuat di tanah penduduk berkenaan.

Katanya, SAINS juga perlu menghormati Amir sebagai tuan tanah dengan tidak memulakan kerja hingga penyelesaian dibuat.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan