Jumaat, 17 Jun 2011

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


Abu Dhabi tingkat pelaburan

Posted: 17 Jun 2011 11:44 AM PDT

Nasional

NAJIB menerima kunjungan Sheikh Mohammed di Putrajaya, semalam.

NAJIB menerima kunjungan Sheikh Mohammed di Putrajaya, semalam.

Mubadala bantu kembang ekonomi Malaysia ke tahap lebih tinggi

PUTRAJAYA: Kerajaan Abu Dhabi semalam bersetuju meningkatkan pelaburan mereka di negara ini khususnya menerusi sayap pelaburannya iaitu Abu Dhabi Mubadala Development Company (Mubadala).

Hasrat itu dinyatakan dalam sesi pertemuan empat mata antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Putera Mahkota Abu Dhabi, Jeneral Sheikh Mohammed Zayed Al Nahyan. Najib berkata, ini berikutan keyakinan Abu Dhabi terhadap dasar dan langkah diambil kerajaan ketika ini dan ia mendorong mereka untuk memperluaskan lagi penyertaannya dalam bidang ekonomi ke tahap lebih tinggi.

"Sheikh Mohammed menyatakan bahawa Abu Dhabi akan menentukan penyertaan mereka dalam bidang ekonomi di negara ini adalah secara berterusan.

"Justeru, langkah mereka melabur di Iskandar Malaysia menerusi Mubadala dengan nilai pelaburan sebanyak RM3.64 bilion adalah titik permulaan kepada kerjasama jangka panjang antara kedua-dua negara," katanya selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian antara Abu Dhabi Commercial Bank (ADCB) dan AABAR Investment (AABAR) bagi pembelian 24.9 peratus pegangan saham ADCB dalam RHB Capital Bhd.

ADCB diwakili Pengerusinya, Eissa Al Suwaidi dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ala' a Eraiqat manakala AABAR diwakili Pengerusinya, Khadem Al Qubaisi dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Muhammad Badawy Al Husseiny.
Hadir sama, Sheikh Mohammed yang mengadakan lawatan sehari ke negara ini.

Sementara itu, Najib turut mengumumkan keputusan kerajaan meluluskan permohonan Abu Dhabi menerusi Mubadala untuk membangunkan sebuah aluminium kluster di Sarawak dengan nilai pelaburan RM18.2 bilion termasuk untuk industri hiliran yang dijangka mampu menjana 40,000 pekerjaan bernilai tinggi.

"Pelaburan itu memberi tambahan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan imbangan perdagangan antara kedua-dua negara sebanyak RM7.8 bilion.

"Oleh itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan berbincang dengan kerajaan Sarawak berhubung pembelian tenaga elektrik dari kerajaan negeri bagi tujuan berkenaan," katanya.

Dalam pada itu, Najib juga menyatakan kesediaan Abu Dhabi untuk bekerjasama dengan Petronas bagi membangunkan blok minyak iaitu SK320 di Sarawak serta membangunkan Daerah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFD) secara usaha sama dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Terdahulu, Sheikh Mohammed yang juga Timbalan Agung Angkatan Tentera Emiriyah Arab Bersatu (UAE) diraikan dalam satu majlis sambutan rasmi di Dataran Perdana, Bangunan Perdana Putra di sini.

Ketibaannya disambut oleh Najib dan seterusnya beliau dibawa memeriksa perbarisan kehormat 106 anggota dan pegawai Batalian Pertama Askar Melayu Diraja Malaysia.

Kedua-dua pemimpin kemudiannya mengadakan pertemuan empat mata di Pejabat Perdana Menteri, sebelum mempengerusikan bersama mesyuarat delegasi dua hala.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

‘Penggodam sudah dikenal pasti’

Posted: 17 Jun 2011 11:43 AM PDT

Nasional

Laman web kembali beroperasi, tiada data milik kerajaan hilang atau rosak

KUALA LUMPUR: CyberSecurity Malaysia sudah mengenalpasti pihak bertanggungjawab menggodam laman web kerajaan dan swasta, sejak beberapa hari lalu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Leftenan Kolonel (B) Datuk Husin Jazri yang enggan mendedahkan maklumat lanjut berkata, ia hasil kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM).Beliau berkata, sehingga kini serangan penggodam masih lagi berlaku tetapi semakin berkurangan berbanding kelmarin.
"Kebanyakan laman web yang digodam kembali beroperasi dan hanya segelintir yang masih belum pulih. Bagaimanapun, portal kerajaan www.malaysia.gov.my sudah beroperasi seperti biasa," katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Kelmarin, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mendedahkan sebanyak 61 laman web dengan domain gov.my diserang sejak 11.30 malam Rabu lalu, menyebabkan 41 daripadanya mengalami gangguan pada tahap berbeza.

Serangan itu dikesan lebih awal daripada ancaman sekumpulan penggodam antarabangsa yang menggelar diri mereka 'Anonymous' untuk menyerang portal kerajaan www.malaysia.gov.my melalui 'Operation Malaysia' pada jam 3.30 pagi, kelmarin.
Mengulas lanjut Husin, berkata setakat ini, tiada maklumat atau data milik kerajaan hilang dan dirosakkan oleh penggodam.

Beliau berkata, maklumat lanjut mengenai serangan penggodam hanya boleh diperoleh selepas ia dihentikan dan siasatan serta 'post mortem' dilakukan pihaknya.

Sehubungan itu, beliau menasihati semua pemilik sistem berwaspada bagi memastikan keselamatan laman web mereka.

Sementara itu, pada sidang media di Angkasapuri, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata siasatan awal mendapati 90 peratus serangan dilakukan penggodam tempatan.

Beliau berkata, serangan itu menyusahkan rakyat dan seolah-olah mempunyai kaitan politik serta Perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH).

Beliau berkata, daripada 198 laman web di negara ini yang digodam sejak tengah malam Rabu lalu, 60 milik kerajaan dan agensinya.

"Sebahagian besar laman web itu sudah dipulihkan. Kerajaan mahu Jabatan Peguam Negara, SKMM dan agensi lain bekerjasama bagi memudahkan pengumpulan bukti mendakwa pihak bertanggungjawab," katanya.

Sementara itu, Exco Kerajaan Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin, berkata rakyat tempatan yang dikenal pasti terbabit menggodam laman web kerajaan, dilabel sebagai penderhaka negara kerana tindakan mereka bermatlamat menghancurkan kerajaan.

Katanya, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan terhadap pihak terbabit termasuk melucutkan taraf kewarganegaraan jika terbukti mereka melakukan perbuatan yang boleh dianggap tindakan subversif.

"Mereka yang melakukannya boleh dianggap menderhaka kerana berniat menghancurkan negara," katanya selepas mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir merasmikan Program Kecemerlangan Pelajar Sekolah Daerah Manjung, di Lumut, semalam.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

razorsharp

buat pengetahuan semua, hal ini tiada kena mengena langsung dengan politik. tiada langsung. jangan fikir yang setiap kejadian yang berlaku, semuanya ada latar belakang yang bermotifkan politik. 

semuanya dilakukan sebagai protes kepada tindakan kerajaan yang mengenepikan hak rakyat, demi mengikut hala tuju artis yang tidak tahu menahu langsung dengan perkembangan semasa dalam dunia internet Malaysia. yang dibuat, cuma spekulasi silih berganti. 

siasat terlebih dahulu, bukan lakukan tindakan membabi buta. ini negara demokrasi, tapi kenapa tindakan dilakukan tanpa notis rasmi dari kerajaan dahulu buat rakyat? yang terjadi, hanya segelintir yang tahu, disebabkan oleh dokumen yang terlepas ke internet. bukan notis rasmi. kenapa berahsia? kenapa perlu lambat beritahu? 

adakah ada tindakan yang dibuat dengan menyiasat semua aspek yang terbabit dengan teliti dan terperinci, atau sekadar menurut kata perintah dari pihak tertentu? betulkah apa yang dilakukan? berbezakah perkataan 'halang' dan 'tapis'? 

ikuti perkembangan semasa rakyat, kita di zaman yang baru. jangan mendidik atau memerintah mengikut zaman kamu dahulu. kerana generasi baru perlu didikan dan perintah yang baru, bukan mengikut telunjuk yang sama, dan ini berkait dengan masalah cetak rompak. 

sudah jelas lagi terang, rakyat bersuara di blog-blog, tapi masih lagi seolah-olah kerajaan, media massa dan pihak-pihak tertentu bersekongkol, menutup mata, telinga dan mulut daripada kebenaran dan suara majoriti rakyat. bukan ARTIS! tapi rakyat! yang cantik ditunjuk, walaupun palsu. yang buruk disembunyikan, walaupun benar. yang tidak sedap dipandang atau didengar, diubah. tolonglah kerajaan.

amer

abeh tu , kalau da knal pasti "penderhaka" tu nak wat apa ? nak gantung sampai mati ke ?

Xeadas Xeo

Perangai mengalahkan budak2 berhingus.TOLONGLAH...

cutehazel

lucutkn hak kewarganegaraan adalah jalan trbaik. bg pengajaran tuk pengkhianat camtu. dh bg lucut kewarganegaraan, kurung la kat penjara jgk.. huhu..

tengkueri

sya sokong krajaan malaysia utk menarik taraf kerakyatan individu yg merancang dan melakukan pekara yg bleh menjatuh dan menghancurkan negara.

amirul asraf

buktikan saper punya angkara dan lucutkan hak kewarganegaraan individu-individu tersebut.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan