Khamis, 9 Jun 2011

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


RMKe-10 membanggakan

Posted: 09 Jun 2011 08:41 PM PDT

Nasional

Banyak kejayaan dicapai setengah tahun pertama pelaksanaan

PUTRAJAYA: Kerajaan berpuas hati dengan kemajuan yang dicapai Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) bagi tempoh setengah tahun pertama pelaksanaannya, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Beliau berkata, dalam tempoh berkenaan, pelbagai aktiviti sudah dilaksanakan dengan baik serta banyak kejayaan dicapai dari segi perkongsian awam-swasta.

Selain itu, katanya, banyak projek yang sudah dibawa ke Kabinet serta diteliti dan diluluskan Majlis Ekonomi yang bakal dilaksanakan dalam tempoh enam bulan akan datang. "Dari segi Unit Perancang Ekonomi (EPU), memang banyak pencapaian seperti mewujudkan mekanisme dan badan baru, antaranya Unit Peneraju Agenda Bumi-putera (TERAJU), Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB) dan Talent Corporation (TalentCorp) dengan pelbagai aspek dan program sudah dan akan dilaksana.

"Memang nampak tempoh yang cukup sibuk. Kita boleh lihat dari segi perangkaan dan saya berpuas hati," katanya pada sidang media ketika mengumumkan pencapaian RMKe-10 selepas setahun dilancarkan, di sini semalam.

Prestasi ekonomi negara bagi suku pertama tahun ini mencatatkan pertumbuhan 4.6 peratus, dengan pendapatan kasar negara (GNI) per kapita sebanyak RM27,780, pelaburan swasta RM28 bilion, akaun semasa mewakili 15.3 peratus daripada GNI, kadar inflasi 2.8 peratus dan kadar pengangguran 3.1 peratus.

Nor Mohamed berkata, daripada RM230 bilion peruntukan pembangunan bagi RMKe-10, sejumlah RM103.6 bilion diperuntukkan untuk pelaksanaan fasa pertama (2011-2012), termasuk RM49.2 bilion bagi tahun ini. Daripada jumlah peruntukan tahun ini, sejumlah RM10 bilion sudah dibelanjakan sehingga Mei lalu.
Beliau berkata, pelaksanaan projek secara berhemah menerusi langkah Pengurusan Nilai, kerajaan berjaya menjimatkan sebanyak RM6.4 bilion iaitu 19 peratus daripada 72 projek bernilai lebih RM50 juta.

"Alhamdulillah, dalam masa enam bulan, kita dapat jimat RM6.4 bilion daripada nilai kos keseluruhan 72 projek. Wang berkenaan boleh diguna untuk projek lain," katanya.

Nor Mohamed berkata, kerajaan juga memperkenalkan Skim Rumah Pertamaku memberi peluang kepada rakyat berpendapatan bawah RM3,000 sebulan membeli rumah berharga RM100,000 hingga RM220,000, dengan pembiayaan 100 peratus serta tempoh pinjaman sehingga 30 tahun.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

syed

saya berasa amat gembira dgn perumbuhan ekonomi yg disebut dlm dasar rmk ke 10 ini penjimatan yg d lakukan kerajaan dan berharap dgn penjimatan tersebut dpt mmbantu rakyat yg berpendapatan rendah serta golongan miskin supaya dpt mengurangkan jurang perbezaan rakyat d malaysia.

orangkecil

Teruskan usaha agar sentiasa ada kestabilan ekonomi dan politik di luar bandar dan di bandar demi mencapai keharmonian rakyat Malaysia


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

SPRM jamin pantau projek mega

Posted: 09 Jun 2011 05:02 PM PDT

Nasional

Suruhanjaya tidak pernah terlepas pandang semua kepentingan awam

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi jaminan akan sentiasa memantau dengan terperinci pelaksanaan semua projek mega kerajaan bagi memastikan ia dijalankan dengan telus.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed, berkata suruhanjaya itu tidak pernah terlepas pandang terhadap semua projek berkepentingan awam negara ini.

"Saya tidak boleh memberitahu projek mega mana yang SPRM pantau, tetapi cukup saya tegaskan ia sudah menjadi tanggungjawab suruhanjaya ini untuk memantau semua projek kerajaan dan mencegah jika berlaku rasuah atau penyelewengan," katanya di sini, semalam. Semalam akhbar ini memberitahu, pelaksanaan semua projek mega kerajaan bernilai lebih RM500 juta dan berkepentingan awam akan lebih telus apabila SPRM mula memantau projek berkenaan dalam masa terdekat.

Antara projek mega dijangka dipantau SPRM menerusi Jawatankuasa Keutuhan dan Integriti itu adalah Menara Warisan 100 tingkat bernilai RM5 bilion, Transit Aliran Massa (MRT) bernilai RM36 bilion dan pembangunan semula kawasan Penjara Pudu, dikenali sebagai Bukit Bintang City Centre (BBCC) bernilai RM6.7 bilion.

Sementara itu, sumber memberitahu Berita Harian, projek berkaitan sistem pengangkutan negara akan menjadi perintis pembabitan SPRM dalam projek mega kerajaan.

"Projek mega itu bermula Julai ini, sekali gus menandakan bermulanya tugas SPRM menerusi Jawatankuasa Keutuhan dan Integriti untuk memastikan tiada sebarang unsur rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa sepanjang pelaksanaan projek itu," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Sumber itu berkata, pegawai SPRM yang akan ditugaskan mengendalikan setiap projek mega kerajaan itu bertanggungjawab menasihat dan mengemukakan pandangan yang menjurus kepada pencegahan.

"Teguran dibuat semata-mata untuk mengelak sebarang kejadian yang boleh memberi imej buruk kepada kerajaan, selain memelihara kepentingan awam," katanya.

Katanya, selain memantau perancangan dirangka pemilik projek, SPRM turut meneliti pelaksanaan projek peringkat awal, pertengahan dan akhir, termasuk membabitkan agensi kerajaan.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan