Ahad, 5 Jun 2011

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


Mansuh visa pegawai diplomatik ke Kazakhstan

Posted: 05 Jun 2011 04:15 PM PDT

Nasional

   NAJIB  disambut  oleh Duta Kazakhstan ke Malaysia, Beibut B  Atamkulov ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa, Astana,  semalam.

NAJIB disambut oleh Duta Kazakhstan ke Malaysia, Beibut B Atamkulov ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa, Astana, semalam.

PEMANSUHAN visa untuk pegawai diplomatik, menambah kekerapan penerbangan, meningkatkan penyertaan sektor swasta, projek usaha sama dan pertukaran tanah untuk pembinaan bangunan kedutaan adalah antara perkara dijangka dibincang dan diselesaikan sempena lawatan rasmi pertama Datuk Seri Najib Razak ke Kazakhstan, bermula semalam.

Dalam lawatan lima hari itu, Perdana Menteri juga akan menyentuh komitmen berterusan Malaysia untuk bantuan teknikal kepada Kazakhstan, selain mencari jalan mengatasi ketidakseimbangan dagangan dua hala yang ketika ini lebih memihak kepada Malaysia.

Rombongan Najib yang turut disertai Datin Seri Rosmah Mansor dan lima menteri Kabinet juga dilihat mahu membuktikan kesungguhan Malaysia mengambil peluang daripada kepesatan ekonomi dan peluang pelaburan serta perniagaan di negara ini. Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, berkata lawatan Najib dilihat sebagai permulaan kepada inisiatif meningkatkan hubungan dua hala baru, selain mengukuhkan hubungan kerjasama dan dialog dengan Kazakhstan.

Katanya, Presiden Nursultan Nazarbayev dalam pertemuan kira-kira dua minggu lalu meminta Malaysia mengadakan penerbangan terus dan akan berbincang dengan Najib apabila mereka bertemu hari ini. Ketika ini Air Astana mengadakan dua penerbangan seminggu bagi laluan Kuala Lumpur-Almaty-Astana.

"Ini peluang terbaik untuk Penerbangan Malaysia (MAS) dan AirAsia mengembangkan sayap ke Asia Tengah. Ia selari dengan peningkatan pelancong Kazakhstan ke Malaysia iaitu 9,000 orang tahun lalu, selain 2,000 pelajar melanjutkan pengajian di Malaysia. Kedua-dua pemimpin juga akan membincangkan pemansuhan sebahagian keperluan visa, khususnya membabitkan pegawai diplomatik," katanya kepada wartawan Malaysia di sini, semalam.

Anifah berkata, sempena lawatan, ini Malaysia-Kazakhstan juga akan menandatangani perjanjian pertukaran tanah untuk kedua-dua negara membina bangunan kedutaan masing-masing.
Kazakhstan menawarkan 1.3 hektar tanah, di Zon Diplomatik Astana sebagai pertukaran kepada tawaran Malaysia tanah seluas 1.2 hektar, di Lot C17 Precint Diplomatik, Putrajaya untuk tujuan itu.

Mengenai ketidakseimbangan dagangan dua hala, beliau berkata, nilai dagangan tahun lalu meningkat 300 peratus kepada US$107 juta (RM325 juta), dengan nilai eksport Malaysia hampir US$106 juta (RM323 juta) berbanding import hanya US$700,000 (RM2.15 juta).

Perdana Menteri juga diberi penghormatan menyampaikan ucaptama pada Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) ketujuh bermula Rabu ini. Forum tiga hari disertai pemimpin politik, kapten industri, tokoh akademik, profesional, pengurus dana dan usahawan negara Islam dilihat sebagai platfom dan peluang kerjasama perniagaan usahawan Muslim seluruh dunia.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Keselamatan rakyat diutama

Posted: 05 Jun 2011 04:13 PM PDT

Nasional

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan terus selesa walaupun indeks jenayah seluruh negara mencatat penurunan ketara kerana rakyat masih diselubungi perasaan takut dan berpandangan negatif terhadap keselamatan mereka.

Sebaliknya, menurut Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ia memberikan cabaran baru kepada kerajaan dalam usaha mengubah persepsi berkenaan dengan terus memberi penumpuan dalam Indeks Keberhasilan Utama Negara (NKRA), termasuk merangka strategi baru mengembalikan keyakinan rakyat terhadap polis dan agensi berkaitan untuk menjamin keselamatan mereka.

"Sepanjang Januari hingga April 2011, kita mencatatkan 10 peratus penurunan indeks jenayah secara keseluruhannya dengan indeks jenayah jalanan menurun 45 peratus. Pencapaian ini jauh lebih baik berbanding tempoh sama pada tahun sebelumnya. "Perangkaan memang menunjukkan penurunan tetapi rakyat beranggapan sebaliknya. Ini yang perlu diubah dan tumpuan kita sekarang bagaimana mahu memperbetulkan persepsi itu melalui proses menjalin hubungan lebih rapat dengan penduduk setempat. Jika berlaku jenayah, kita sama-sama bincang apa puncanya dan cari penyelesaian," katanya kepada pemberita semalam.

Beliau melawat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi yang juga sebahagian daripada atur cara sehari Program Turun Padang Timbalan Perdana Menteri Ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Muhyiddin berkata, kaedah kehadiran anggota polis di sesuatu lokasi yang dikenal pasti sering berlaku jenayah dipertingkatkan dalam mewujudkan persekitaran selamat, sekali gus mampu mengembalikan semula keyakinan rakyat.

"Bagi orang ramai, hanya kehadiran polis meronda dan berkawal lebih kerap yang membolehkan mereka berasa selamat. Bagi melaksanakan usaha itu, 7,400 anggota polis dihantar turun padang, manakala 4,013 pegawai kerajaan diserapkan ke PDRM untuk menampung kerja pentadbiran.
"Seramai 14,222 pegawai dan anggota polis pula ditempatkan di 50 kawasan panas, selain dibantu 8,140 anggota dari Pasukan Gerakan Am (PGA) dan 5,000 anggota RELA dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) yang dilatih sebagai Polis Sukarela (PVR). Ini sebahagian daripada inisiatif NKRA memerangi jenayah," katanya.

Beliau berkata, semua inisiatif turut mengurangkan peratusan perasaan bimbang rakyat terhadap kegiatan jenayah, dengan penurunan sebanyak 5.7 peratus tahun lalu berbanding 58.5 peratus tahun sebelumnya.

"Peratusan rasa puas hati rakyat meningkat dari 35.8 peratus pada 2009 kepada 55.8 peratus tahun lalu. Ia memang petanda baik tetapi belum cukup kukuh. Justeru, saya percaya kerjasama erat antara masyarakat dan PDRM mampu membawa pencapaian lebih baik tahun ini," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan