Sabtu, 4 Jun 2011

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


'Perhebatkan usaha capai negara maju'

Posted: 04 Jun 2011 04:10 PM PDT

Nasional

SERI Paduka mengurniakan Darjah Seri Setia Mahkota yang membawa gelaran Tun kepada bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Abdullah Ayub sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda di Istana Negara, semalam.

SERI Paduka mengurniakan Darjah Seri Setia Mahkota yang membawa gelaran Tun kepada bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Abdullah Ayub sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda di Istana Negara, semalam.

Kerajaan perlu pastikan ekonomi terus berkembang: Seri Paduka

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin menitahkan segala usaha diperhebatkan bagi memastikan ekonomi negara terus berkembang dan meningkat, merealisasikan wawasan menjadikan Malaysia negara maju pada 2020 dan berpendapatan tinggi.

Seri Paduka bertitah daripada aspek ekonomi, kedudukan negara begitu memberangsangkan, pelaburan dari dalam dan luar negara semakin meningkat dan kadar inflasi pula berada pada paras terkawal. Melahirkan rasa bangga kerana Malaysia antara negara yang memiliki pelbagai institusi pentadbiran dan pelaksanaan kukuh serta efektif, Seri Paduka sukacita melihat kerajaan sentiasa mengambil usaha dan inisiatif bagi menambah baik institusi berkenaan dalam usaha merealisasikan Wawasan 2020.

"Sesungguhnya, kekukuhan dan kestabilan sesebuah negara amat bergantung kepada pelbagai institusi yang menjadi tonggak pentadbiran negara, malah institusi pentadbiran dan pelaksanaan yang kukuh antara elemen terpenting dalam menghasilkan sebuah negara maju dan disegani.

"Beta bersyukur kerana kerajaan masih berupaya mengimbangi kesan kenaikan harga minyak demi kesejahteraan rakyat jelata. Beta berasa sukacita kerana kerajaan terus mengekalkan harga minyak RON 95, diesel dan gas petroleum cecair kepada harga semasa," titah Seri Paduka sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda di Istana Negara, semalam.

Mengharapkan keputusan itu dapat mengurangkan beban rakyat, Yang di-Pertuan Agong mengingatkan peniaga agar memberikan kerjasama dan tidak sewenang-wenang menaikkan harga barangan keperluan pengguna.
"Bila berlaku kenaikan harga, seluruh rakyat akan mendapat kesan buruk dan sesungguhnya apa yang kerajaan laksanakan ini tidak dapat dinikmati rakyat," titah Seri Paduka.

Mengenai penggunaan pelbagai sumber tenaga dan air yang menyebabkan negara membelanjakan sejumlah besar wang bagi menyediakan kemudahan itu, Tuanku Mizan mahu rakyat jelata menjadi warga yang bijak memanfaatkan sumber tenaga dan air dengan berhemah. – BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Anwarisme tentukan hala tuju PAS

Posted: 04 Jun 2011 04:04 PM PDT

Nasional

DARI KIRI; Datuk Haron Din,  Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, Nasharudin Mat Isa dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuang undi pada Muktamar Tahunan  PAS kali ke-57 di Taman Melewar. - Foto Sairien Nafis

DARI KIRI; Datuk Haron Din, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, Nasharudin Mat Isa dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuang undi pada Muktamar Tahunan PAS kali ke-57 di Taman Melewar. - Foto Sairien Nafis

Mat Sabu pecah dominasi ulama jawatan nombor dua

KUALA LUMPUR: Penganalisis politik berpendapat kemenangan kumpulan yang dulu dikenali sebagai Erdogan dan kini dinamakan Anwariyyun dengan mengetepikan kumpulan ulama pada pemilihan parti PAS semalam, sebagai strategi terbaru parti meraih sokongan rakyat pada pilihan raya umum akan datang.

Mereka juga berpendapat kemenangan Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu sekali gus memecah tradisi bukan ulama memegang jawatan nombor dua dalam parti bagi tempoh 20 tahun, sebagai tanda perpecahan dalaman parti itu dalam usaha PAS mengubah haluan perjuangannya daripada menubuhkan negara Islam kepada negara berkebajikan bagi menyesuaikan diri dengan perjuangan rakan sekutu mereka dalam pakatan pembangkang. Pensyarah Sains Politik, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Shamsul Adabi Mamat berpendapat kemenangan Mat Sabu dan Datuk Husam Musa bagi jawatan Naib Presiden jelas menunjukkan perwakilan menolak kumpulan ulama dan semangat Anwarisme sudah mulai masuk dalam parti itu.

"Seperti dijangka, berdasarkan jumlah pencalonan diterima calon Timbalan Presiden, kehadiran Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hanya menyebabkan undi untuk ulama terpecah dua - satu untuk Nasaruddin Mat Isa dan satu untuk beliau sendiri, hasilnya kemenangan berpihak kepada Mat Sabu.

"Apabila kita gabungkan undi untuk Nasaruddin dan Tuan Ibrahim, jelas ia lebih besar daripada undi diperoleh Mat Sabu. Dari segi teknikal, mungkin kehadiran Tuan Ibrahim dilihat sebagai 'kacau daun' menyebabkan sokongan beralih kepada Mat Sabu yang dilabelkan kumpulan Anwariyyun," katanya.

Panel Penyelidik Pusat kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMCEDEL), Universiti Malaya (UM), Noor Sulastry Yurni Ahmad pula berkata, kemenangan kelompok bukan ulama berkait rapat dengan aspirasi baru yang cuba dibawa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang seperti disuarakan dalam ucapan dasarnya, kelmarin.
"Saya percaya kemenangan Mat Sabu kerana undi untuk golongan ulama yang diwakili Tuan Ibrahim dan Nasaruddin pecah dua," katanya.

Beliau percaya kemungkinan kemenangan itu dipengaruhi perwakilan yang kebanyakannya orang muda, lebih terbuka dan profesional.

INFO

Keputusan Pemilihan Jawatankuasa PAS Pusat 2011/2013

PENGERUSI TETAP
Abu Kassim Abdullah

TIMBALAN PENGERUSI TETAP
Hussin Ismail

PRESIDEN
Datuk Seri Abdul Hadi Awang

TIMBALAN PRESIDEN
Mohamad Sabu (420 undi)

NAIB PRESIDEN

Datuk Husam Musa (660 undi)
Datuk Mahfuz Oma (616 undi)
Salahuddin Ayub (753 undi)

AHLI JAWATANKUASA KERJA

Abdul Ghani Abdul Rahman (430 undi)
Abdul Ghani Shamsuddin (579 undi)
Abdul Wahid Endut (556 undi)
Datuk Abu Bakar Chik (527 undi)
Amiruddin Hamzah (576 undi)
Datuk Seri Azizan Abdul Razak (421 undi)
Dr Dzulkefly Ahmad (702 undi)
Hanipa Maidin (735 undi)
Datuk Dr Hassan Mohamad Ali (437 undi)
Datuk Kamarudin Jaffar (739 undi)
Khalid Abd Samad (643 undi)
Datuk Dr Mahfodz Mohamed (449 undi)
Mazlan Aliman (804 undi)
Datuk Mohd Amar Abdullah (470 undi)
Dr Mohd Hatta Md Ramli (765 undi)
Dr Mujahid Yusof Rawa (651 undi)
Nuridah Salleh (416 undi)
Dr Siti Mariah Mahmud (445 undi)

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Maradona Anakumaral

Satu perkembangan yg positif kpd Pas. Harap dpt meneruskan perjuangan Pas yg lebih mengutamakan AGAMA daripada Bangsa.

Utk Pas dan Umno ingatlah masa depan AGAMA Kita...bukannya bercakaran sesama sendiri. Isu Anwar biarlah Tuhan yg menentukannya. Dalam Islam, mengaibkan org lain adalah satu KESALAHAN BESAR.

JOY

tahniah kepada semua yg mng ..so lepas nie jalankan tugas krn Allah bkn krn kepentingan politik semata mata..

fridz

yang penting tak ada politik wang..

ab rahim aris

Tahniah kepada pas kerana berani mengadakan muktamarnya buat kali ke 57 tanpa rasa takut berlaku perpecahan dan menjadi lemah untuk menghadapi PRU 13 yang dijangka tidak lama lagi. Ini bukti pemilihan dilakukan secara telus dan tidak mengakibatkan perpecahan. Syabas dan tahniah kepada semua perwakilan dan barisan kepimpinan yang baru dipilih semoga dapat menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaik-baiknya.

SYED AMRAN TUAN LONG

Menurut Nik Aziz, tuduhan Umno itu ternyata meleset kerana realiti dalam PAS sendiri tidak timbul soal golongan ulama dan profesional, malah kesemua pemimpin dan ahli-ahlinya tetap terus dengan dasar perjuangan parti untuk menegakkan Islam sebagai ad-deen di tanah air tercinta ini.

SYED AMRAN TUAN LONG

itu pendapat awak, pendapat orang yg lebih bijak tidak seperti ini,

shahputra87

PAS boleh berjaya sekiranya mereka 'buang' anwar ibrahim dari dalam diri mereka. anwar semakin lama semakin merapu! tolonglah PAS..buat sesuatu. Jgn terpengaruh dgn Anwar Ibrahim

mohd nor

Tahniah kepada barisan kepimpinan PAS yg baru, diharapkan melalui gabungan Ulama & Umara' - penyatuan umat Islam khususnya dan Umat Melayu Amnya dapat dipertingkatkan demi kebaikan dan kemajuan negara Malaysia tercinta....

mazlin khairen bt othman

Sedangkan di dalam satu parti sudah berlaku kegoncangan apatah lagi untuk memerintah negara yg pelbagai bangsa dan agama. adakah munkin kita akan dapat merasai keamanan dan kedamaian yg kita perolehi selama ini yang berteraskan perpaduan kaum yang selama ini diterajui oleh kerajaan sekarang?


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan