Jumaat, 3 Jun 2011

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


'Aman sejagat diutama'

Posted: 03 Jun 2011 04:09 PM PDT

Nasional

NAJIB menyampaikan ucaptamanya pada hari pembukaan Dialog Shangri-La ke-10 yang juga Sidang Kemuncak Keselamatan Asia di Singapura, malam tadi.

NAJIB menyampaikan ucaptamanya pada hari pembukaan Dialog Shangri-La ke-10 yang juga Sidang Kemuncak Keselamatan Asia di Singapura, malam tadi.

Malaysia hantar tentera pengaman ke seluruh dunia

MALAYSIA komited untuk terus memainkan peranannya sebagai warga dunia yang bertanggungjawab dalam memastikan keamanan sejagat, kata Datuk Seri Najib Razak.

Komitmen itu, kata Perdana Menteri, bukan suatu yang retorik, sebaliknya sudah dibuktikan menerusi penugasan pasukan tentera pengaman ke seluruh dunia untuk berkhidmat di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Beliau berkata, di bawah perkhidmatan dengan PBB dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), pasukan pengaman Malaysia sudah melakukan pengorbanan bagi menyumbang kepada keamanan dunia dari wilayah bergolak Somalia hingga ke rantau Balkan.

"Usaha Malaysia bukan setakat sebagai pengaman, sebaliknya mencakupi pelbagai aspek luar jangka seperti di Afghanistan, kami menyumbang kepada pemulihan negara itu menerusi penghantaran doktor wanita Islam yang amat diperlukan.

"Di selatan Filipina, Malaysia menjadi pemerhati dan bertindak sebagai orang tengah dalam rundingan damai antara kerajaan negara itu dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF). Walaupun berdepan isu sensitif, kami komited kepada usaha membawa kestabilan dan keamanan.

"Di selatan Thailand, Malaysia menyatakan kesediaan membantu pembangunan sosioekonomi empat wilayah bergolak yang majoritinya penduduk Islam," katanya.
Perdana Menteri berkata demikian ketika menyampaikan ucaptamanya pada pembukaan Dialog Shangri-La ke-10 yang juga Sidang Kemuncak Keselamatan Asia membabit 28 negara termasuk dari Asia Pasifik dan Eropah anjuran Institut Antarabangsa Kajian Strategik (IISS) Singapura di sini, malam tadi.

Terdahulu, sejurus tiba bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, di sini kira-kira 4 petang semalam, Najib mengambil kesempatan mengadakan mesyuarat dua hala dengan Setiausaha Pertahanan Amerika, Robert Gates dan Pemangku Perdana Menteri Singapura, Teo Chee Hean.

Delegasi Perdana Menteri turut disertai Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi; Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, Datuk Md Hussin Nayan; Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Zulkifeli Mohd Zin dan Ketua Staf Angkatan Tentera Malaysia, Leftenan Jeneral Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Perdana Menteri berkata, dalam memerangi ancaman keganasan global, Malaysia mengambil langkah proaktif memastikan negara tidak menjadi lokasi atau persinggahan pengganas. Tegasnya, kerjasama serantau termasuk perisikan membolehkan ancaman pengganas seperti Mas Slamat, Dr Azhari dan Nordin Mat Top diatasi.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kerajaan tak ketepi idea, pandangan mahasiswa: Muhyiddin

Posted: 03 Jun 2011 04:06 PM PDT

Nasional

MUHYIDDIN diiringi Mohamed Khalid beramah mesra dengan  pelajar pada Mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) di Dewan Tun Dr  Ismail PWTC, Kuala Lumpur.

MUHYIDDIN diiringi Mohamed Khalid beramah mesra dengan pelajar pada Mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) di Dewan Tun Dr Ismail PWTC, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan memberi jaminan akan terus mendengar idea dan pandangan mahasiswa jika ia disalurkan melalui mekanisme yang disediakan kerajaan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, mahasiswa tidak perlu turun ke jalanan untuk mendesak kerajaan mendengar suara mereka sebaliknya mereka boleh menggunakan pelbagai saluran perundingan sedia ada.

"Sebagai kerajaan yang responsif kepada hasrat dan harapan generasi muda, maka saya memberi jaminan bahawa segala pandangan yang dikemukakan pemimpin mahasiswa akan terus diberi perhatian yang sewajarnya. "Kerajaan mengiktiraf suara mahasiswa dan ia perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh pemimpin mahasiswa untuk terus memberi pandangan konstruktif kepada kerajaan melalui mekanisme perundingan atau musyawarah yang sudah dibentuk," katanya berucap merasmikan mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.

Seramai 119 orang wakil daripada 20 orang Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan 10 orang dari IPT swasta serta MPPK hadir pada mesyuarat tertutup itu.
Lima kertas kerja dibentangkan iaitu berkaitan kreativiti, minda mahasiswa, peranan mahasiswa dalam ekonomi, kecukupan makanan di Malaysia dan cabaran perpaduan antara kaum.

Hadir sama Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mohamed Khaled Nordin dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, pemimpin mahasiswa kini sudah menunjukkan kematangan untuk membahaskan isu rakyat dan negara.
Sementara itu, ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Wangsa Maju di sini, malam tadi, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO mengingatkan pemimpin UMNO di peringkat bahagian dan penyokongnya tidak menjalankan gerakan mensabotaj parti jika tidak terpilih menjadi calon pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Timbalan Perdana Menteri berkata, tindakan mensabotaj parti dan calon akan menyebabkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) mengalami kekalahan teruk seperti PRU lalu.

"Gerakan sabotaj seperti yang berlaku pada PRU lalu mungkin dilakukan oleh mereka yang tidak sayangkan parti dan akhirnya ia membawa bencana kepada UMNO serta BN atau menerima kesan tsunami politik.

"Jika tidak terpilih menjadi calon, janganlah timbulkan masalah kepada parti sebaliknya bantu parti dan jentera pilihan raya untuk membolehkan UMNO dan BN mencapai kemenangan besar pada PRU akan datang," katanya.

Beliau berkata, BN akan cuba menunaikan janji dan menyelesaikan isu-isu setempat.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan