Jumaat, 10 Jun 2011

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Dua produk Taiwan ditarik balik

Posted: 10 Jun 2011 03:05 AM PDT

Mutakhir

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan mengarahkan syarikat Delitea Sdn Bhd supaya memanggil balik dua produk import dari Taiwan yang disyaki tercemar bahan kimia di (2-ethylhexyl) phthalate (DEHP).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Hassan Abdul Rahman, berkata pada 8 Jun lalu, pihak Taiwan Food and Drug Administration (FDA) sudah memaklumkan bahawa dua produk makanan iaitu Strawberry Pudding Powder dan Strawberry Pudding yang dikilangkan syarikat Signwin Food Enterprise, Taiwan disyaki dicemari DEHP.

"KKM sudah mengarahkan syarikat Delitea Sdn Bhd untuk memanggil balik produk makanan tersebut dengan kadar segera dan sampel makanan terbabit sudah diambil untuk dianalisa DEHP. "Produk tersebut hanya akan dilepaskan sekiranya hasil analisis mendapati ia tidak tercemar DEHP," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan menasihati pengguna yang sudah membeli produk itu supaya tidak memakan produk makanan terbabit sehingga keputusan diberitahu kelak.

Dalam pada itu, Dr Hassan berkata Kementerian Kesihatan sudah mengesahkan enam produk makanan keluaran Taiwan yang disyaki tercemar, tidak mengandungi DEHP.

Katanya, produk makanan terbabit daripada satu yang diimport dari Cocon Food Industries Sdn Bhd iaitu Jelly Powder dan lima produk lagi dari Ho Chuan Trading iaitu Coconut Ice, Frozen Cofee, Honey Alovera, Mango, Kumquat, Peace Juice dan Agar-agar.
Sementara itu, Dr Hassan turut memaklumkan bahawa hanya satu daripada dua produk Cosway (M) Sdn Bhd yang dianalisis disahkan mengandungi DEHP.

Oleh yang demikian, Kementerian Kesihatan sudah mengarahkan syarikat itu supaya melupuskan produk Oriyen Nutri Grow (Boy) Orange Drink Premix, 330g (code : 36135) manakala produk Oriyen Nutri Grow (Girl) Cranberry Drink Premix, 330g (Code : 36136) selamat digunakan.

"Bagi pengguna yang sudah mengambil produk terbabit (Oriyen Nutri Grow (Boy) Orange Drink Premix, 330g (code : 36135) sebelum ini, Kementerian Kesihatan menasihatkan supaya tidak perlu khuatir kerana risikonya kepada kesihatan adalah rendah," katanya.

Beliau turut meminta orang ramai agar tidak khuatir akan keselamatan makanan yang diimport dari Taiwan memandangkan kawalan telah dikenakan ke atas makanan terbabit dari negara tersebut.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut termasuk senarai produk makanan keluaran Taiwan terbabit orang ramai boleh melayari laman sesawang http://moh.gov.my atau http://fsq.moh.gov.my dan menghubungi Bahagian keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian di talian 03-88833652/03 -88833653. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada cadangan sekat bank jual fail hutang: Awang Adek

Posted: 10 Jun 2011 02:51 AM PDT

Mutakhir

BACHOK: Kementerian Kewangan tidak bercadang mengenakan sekatan terhadap bank bagi menghalang mereka menjual fail hutang pelanggan yang gagal membayar balik pinjaman kepada pengutip hutang.

Timbalan Menterinya, Datuk Dr Awang Adek Hussin, berkata ini kerana kerajaan tidak mahu menjejaskan suasana perniagaan yang kondusif, selain si peminjam terikat dalam perjanjian dengan bank.

Beliau yang ditemui pemberita di sini hari ini diminta mengulas pendedahan penulis blog Datuk Yazid Othman menerusi yazidothman.com berkenaan perkara itu. Yazid dalam entrinya antara lain menggesa kementerian berkenaan campur tangan berikutan tindakan bank terbabit membebankan si peminjam khususnya pinjaman perumahan.

Ini kerana dakwanya, pembeli fail hutang berkenaan bertindak melelong premis si peminjam pada harga yang jauh lebih rendah berbanding nilai semasa serta jumlah pinjaman, menyebabkan baki hutang terpaksa dibayar oleh si peminjam. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan