Sabtu, 4 Jun 2011

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Bekas penyewa tetak tuan rumah dengan parang

Posted: 04 Jun 2011 02:13 AM PDT

Mutakhir

KLANG: Seorang lelaki menetak bekas tuan rumahnya dengan parang panjang dan meragut rantai emas milik ibu mangsa di Taman Sentosa di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop, berkata pada mulanya suspek yang berusia 27 tahun dilaporkan dilihat berlegar-legar di luar kawasan rumah mangsa sambil membawa sebilah parang panjang.

"Ibu mangsa yang perasan dengan kelibat suspek yang berlegar-legar di luar rumahnya memberitahu anaknya yang kemudiannya keluar untuk melihat suspek," katanya, hari ini. Bagaimanapun, suspek terus bertindak mendekati mangsa dan ibunya sebelum meragut rantai yang dipakai ibu mangsa.

"Keadaan turut menjadi kecoh apabila mangsa yang berusia 21 tahun itu bergelut dengan suspek sehingga menarik perhatian jiran berhampiran yang terkejut mendengar bunyi bising," katanya.

Mohamad berkata, suspek menetak tangan kanan mangsa ketika pergelutan itu.

Beliau berkata, suspek kemudian melarikan diri dengan senjatanya.
"Setakat ini suspek masih belum dapat dikesan dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana menyamun harta milik mangsa dan mencederakannya," katanya. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Najib dipilih sampai ucaptama kerana penuhi semua kriteria: IISS

Posted: 04 Jun 2011 01:50 AM PDT

Mutakhir

SINGAPURA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memenuhi semua kriteria apabila beliau dipilih untuk menjadi pemimpin pertama berucap pada Dialog Shangri-La IISS ke-10 di Singapura, kata Ketua Pengarah dan Ketua Eksekutif IISS, Dr John Chipman.

"Kami tahu ketika itu bahawa sidang kemuncak kali ini akan menjadi yang amat istimewa. Apabila IISS mula menimbangkan siapa yang patut menjadi tokoh pertama berucap pada Dialog Shangri-La ke-10, dan selepas merundingi negara tuan rumah, Singapura, terdapat beberapa kriteria yang kami rasa perlu dipenuhi," katanya pada pembukaan sidang kemuncak itu di sini, malam semalam, di mana Najib menyampaikan ucaptama.

Pertamanya, Chipman berkata, tokoh itu berada dalam kedudukan baik untuk menyumbang secara intelektual terhadap perbincangan mereka dengan mencorakkan nadanya pada malam pembukaan dan memberikan perspektif sebenar mengenai cabaran-cabaran keselamatan. Beliau berkata, tokoh itu juga perlu daripada seseorang yang amat menghargai ciri Dialog Shangri-La, sebaiknya mempunyai pengalaman secara langsung dengan sidang kemuncak itu sebelum ini.

Ketiganya, tokoh itu perlu secara peribadi memperjuangkan diplomasi pertahanan dan kebaikan yang bakal diperoleh menerusi dialog terbuka itu serta sedia berkongsi maklumat.

"Akhirnya, dan yang paling penting, tokoh itu adalah pemimpin kerajaan di rantau ini.

"Akhirnya, hanya satu nama sesuai bagi Dialog Shangri-La ke-10 ini, yang memenuhi semua kriteria ini; dan nama yang sungguh mengagumkan (Datuk Seri) Najib (Tun Razak).
"Perdana Menteri Malaysia ini sudah menghadiri Dialog Shangri-La tidak kurang daripada enam kali sebagai Menteri Pertahanan; sentiasa menggunakan platform ini untuk mengemukakan idea bagi dasar baru, yang juga hos pertama Mesyuarat Menteri Pertahanan ASEAN dan sebagaimana kita semua tahu, mempunyai perancangan strategik," kata Chipman.

Mengulas Dialog Shangri-La, beliau berkata, IISS melancarkan inisiatif berkenaan pada diplomasi pertahanan transnasional pada 2002, dengan objektif menyediakan forum unik bagi mewujudkan diplomasi pertahanan yang mantap di rantau Asia Pasifik.

Sidang kemuncak selama tiga hari yang bermula Jumaat menghimpunkan perwakilan dari 28 negara dari rantau Asia-Pasifik dan Eropah.

Antara yang hadir ialah Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Robert Gates dan Menteri Pertahanan China, Jeneral Liang Guanglie yang mengetuai delegasi ke dialog itu buat julung kalinya.

Ia membuka peluang untuk perkongsian maklumat dan bertukar-tukar pandangan mengenai pembinaan keyakinan dan kerjasama keselamatan praktikal sebagai respons kepada pelbagai cabaran baru dan kontemporari, telah menarik penyertaan 30 delegasi pertahanan, jumlah paling besar setakat ini.

Chipman berkata, dialog itu bukan saja merumuskan pernyataan dasar tetapi juga inisiatif dasar, bukan sekadar perbincangan perundingan tetapi perancangan bagi meningkatkan kerjasama.

"Perwakilan dan menteri yang menghadiri Dialog Shangri-La tidak pernah mengundang konfrontasi tetapi pada masa yang sama tidak mengetepikan kontroversi dan hasilnya isu paling sensitif dalam hal ehwal keselamatan dan pertahanan dibahaskan secara telus.

"Dan oleh kerana ia bukan saja membabitkan kerajaan dan pegawai, tetapi juga pakar strategi, pemikir dan pengulas terkemuka, dialog memberikan respons sewajarnya kepada keperluan mendesak bagi penglibatan sepenuhnya sektor swasta dan awam dengan mengambil kira kepentingan dasar awam," katanya. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan