Khamis, 2 Jun 2011

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Harga minyak jatuh di bawah AS$100, permintaan AS meningkat mendadak

Posted: 02 Jun 2011 02:43 AM PDT

Mutakhir

SINGAPURA: Harga minyak Asia jatuh di bawah AS$100 setong, hari ini, selepas laporan menunjukkan peningkatan mendadak bekalan minyak mentah Amerika Syarikat (AS), seterusnya mengakibatkan permintaan menjadi lemah.

Penanda aras minyak bagi Julai merudum 47 sen kepada AS$99.82 setong, lewat petang ini bagi dagangan elektronik Singapura pada Bursa Merkantil New York.

Kontrak kerugian AS$2.41 sebelum reda pada AS$100.29, semalam. - AP
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Dua jawatankuasa pantau MoU pembantu rumah

Posted: 02 Jun 2011 02:39 AM PDT

Mutakhir

KUANTAN: Dua jawatankuasa diwujudkan bagi memantau serta memastikan Memorandum Persefahaman (MoU) antara Malaysia dan Indonesia mengenai pengambilan pembantu rumah dari republik itu berjalan lancar.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan, berkata jawatankuasa itu yang masing-masing diwujudkan oleh Malaysia dan Indonesia akan bertemu dalam masa dua minggu lagi bagi membincangkan status pelaksanaan MoU.

Di Malaysia, jawatankuasa dianggotai Jabatan Tenaga Kerja, Jabatan Imigresen dan jabatan lain yang berkaitan, manakala di Indonesia ia diwakili pegawai dari kedutaan Malaysia di sana serta Jabatan Buruh republik itu, katanya kepada pemberita, di sini hari ini. Maznah berkata sebarang isu berbangkit dalam pelaksanaan MoU itu akan diaju kepada jawatankuasa terbabit yang akan bertemu secara berkala.

"Jawatankuasa ini akan bertanggungjawab untuk mengumpul isu-isu dan mencari penyelesaian melalui mesyuarat bersama yang diadakan," katanya.

MoU itu yang ditandatangani Malaysia dan Indonesia pada Isnin lalu menutup tirai perbincangan yang berlangsung selama lebih setahun, sekali gus menamatkan pembekuan sementara Indonesia terhadap penghantaran pembantu rumah negara itu ke Malaysia. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan