Jumaat, 10 Jun 2011

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


PAS kena minta maaf

Posted: 09 Jun 2011 02:53 PM PDT

MukaDepan

Tuduh UMNO kafir, ubah prinsip demi kepentingan politik

KUANTAN: PAS yang selama ini memperjuangkan dasar menegakkan Islam tetapi menggantikannya kepada negara kebajikan sewajarnya meminta maaf kepada UMNO kerana sering menuduh parti pemerintah itu tidak betul dan pelbagai tuduhan lain termasuk mengkafirkan mereka yang tidak mengikut perjuangan parti itu.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata PAS perlu berbuat demikian kerana pelbagai tuduhan mereka itu menyebabkan rakyat terutama masyarakat Melayu berpecah belah dan keadaan negara tidak tenteram.

"PAS patut minta maaf kepada UMNO sebab selama perjuangkan dasar menegakkan Islam menuduh UMNO tidak betul tetapi baru-baru ini mengubah dan menyatakan perjuangan itu (negara Islam) tidak ada dalam al-Quran dan yang ada negara kebajikan. "Malah, selama ini pun mereka menyerang UMNO dengan mengatakan semua yang kita buat tidak betul dan siapa yang tidak ikut mereka adalah kafir.

"Rakyat jangan sesekali terpedaya kerana sudah jelas PAS adalah sebuah parti politik yang akan menghalalkan apa saja cara untuk kepentingan politiknya," katanya yang juga Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang pada sidang media selepas merasmikan Festival Usahawan Muda dan Jom Cari Kerja Kolej Komuniti Wilayah Pantai Timur, di sini, semalam.

Minggu lalu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasarnya pada Muktamar Tahunan PAS Ke-57, berkata PAS memberi tumpuan kepada negara berkebajikan kerana ia mempunyai kesamaan dengan apa yang diperjuangkan rakan komponen pakatan itu serta menyifatkan negara Islam tidak disebut dalam al-Quran.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, SalahuddinAyub menyifatkan pihak yang mempertikaikan negara berkebajikan yang diperjuangkan PAS adalah mereka takut serta dengki dengan konsep berkenaan.
Beliau berkata, konsep negara berkebajikan diperjuangkan parti itu mempunyai hala tuju perjuangan yang jelas, tidak timbul soal menukar perjuangan ataupun sebaliknya kerana ahli PAS sudah jelas dengan matlamatnya.

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, tumpuannya kini adalah kepada usaha menjayakan perhimpunan BERSIH, 9 Julai depan dan ulasan mengenai ucapan dasar Presiden akan dibuat kemudian.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

kudin

apa yang penting pelembagaan islam (al quran dan as sunnah)dapat ditegakan dengan sempurna.

man

kita sendiri yg harus peka dgn apa yg berlaku sekarang...jadilah rakyat yg dpt menilai akan kebenaranya..

Arm Enrique Azman

rakyat tahu bagaimana nak menilai sesebuah parti politik....

remy othman

sebelum saya berkata apa-apa saya ingin menarik perhatian semua yang ada di sini, yang membaca bharian dan memberikan komen atas apa-apa yang berlaku,

berkaitan dengan politik di malaysia ini, kita jgn menjadi seperti mengikut kata hati dan emosi kita, berfikir sebelum membuat tindakan dan sebarang tulisan yang kita komen akan memberikan kesan walaupun sedikit... jesteru itu, saya ingin mengajak semua yang membaca komen saya, agar bersegera mendatar sebagai pemilih baru layak untuk memberikan sebarang komen di mana-mana sahaja.

seterusnya dalam memberikan komen biar lebih matang dengan arus perdana, tinggal 9 tahun lagi negara akan menjadi negara MAJU, tapi keterbukaan dan kematangan dalam memberikan komen terhadap berita dan info masih lagi tidak matang dan terikut-ikut dengan media massa yang suka memburukkan antara satu sama lain.

sekian, harap bertindak lebih matang dek inginkan perubhan yang lebih matang.

barbulu

macam-macam. Siapa dah jadi kapir?. Eloklah bertaubat.

ah ah ahmad

pas akan lebih disokong dan ramai pengikut jika tidak bersekongkol dengan roket dan mata..

buragas

politik...politik juga,,,pemimpim bagilah mantap. umno kata pas,pas kata umno. sama2 melayu 2.

far3dd

pemimpin malaysia?? apa pun tableh..

Azam Hatha

Saya sering tertanya-tanya kenapa mesti ahli Ulama' melontarkan kata-kata seperti "orang tu kafir! jangan ikut dia!" sedangkan kita sebagai umat Islam tidak sepatutnya menuduh saudara sesama Islam seperti itu. Bukankah sunnah meminta kita amar maaruf nahi munkar? Apa salahnya menegur dengan cara baik? Apa salahnya menegur hingga seseorang itu mengerti kesalahannya? Dan bukannya menuduh melulu seseorang itu telah murtad mahupun kafir. Tolonglah ubah. Hentikan perpecahan Melayu dan Islam itu sendiri.

kamali

kita tengok dan faham betul2 dulu jgn nak hentam je bagus ada pembangkang sekurangnya ada yg menegur parti memerintah tak la dia orang syok sendiri je

arman_75

rakyat sekarang sudah pandai menilai yang mana baik atau buruk sesebuah parti politik. Jangan jadikan rakyat sebagai mangsa kerakusan ahli politik (rasuah)yang ada didalam parti politik. Ibarat daging bernanah didalam yang akhirnya memusnahkan keutuhan parti tersebut.

Reformati

Dulu Pas memang perjuangkan Islam, tapi sekarang? Sekarang ni perjuangan semata-mata untuk menangi Putrajaya..Tepukla dada tanyalah minda masing-masing....

ruslin62

nampaknye perjuangan PAS ni tak konsisten dan sering berubah-ubah ibarat sekali air bah sekali pantai brubah

nazoid_90@yahoo.com

xde masalah kalu pas tuka matlamat pun....jgn timbulkan kontroversi..cermin sendiri dulu

orangkecil

Buat la apa pn yg penting tidak memudaratkan/menindas rakyat

chak

Politik tetap politik, biarlah rakyat yg menilai dan menentukan mana benar mana tidak..tidak perlulah kita seagama dan sebangsa bercakaran dan buruk memburukkan...

pgah

Menghalalkan cara adalah falsafasah semua parti politik termasuk UMNO. Jadi pengundi dan rakyat yang boleh menentukan siapa jua betul memperjuangkan kestabilan politik, sosial dan ekonomi sebuah negara, ianya perlu disokong penuh.kalau tidak negara akan hancur dan porak puranda.

Yangretibase

Saya yakin, dasar perjuangan PAS untuk menegakkan pemerintahn negara yang bertunjang dan berpaksikan al-Quran dan al-Sunnah akan tetap istiqamah sehingga hasrat dan cita-cita gagasan itu menjadi kenyataan, insya-Allah.

putaralam

lain pula cerita pas sekarang


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan