Selasa, 7 Jun 2011

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


Bahasa terlarang

Posted: 06 Jun 2011 06:29 PM PDT

KUALA LUMPUR: Fenomena pelajar sekolah menulis karangan menggunakan bahasa singkatan SMS dan bahasa sembang siber atau chatting, semakin serius selepas kemunculan pelbagai laman interaktif serta laman sosial di internet seperti Facebook dan Twitter.

Kebiasaan menggunakan bahasa singkatan itu menyebabkan pelajar terbawa-bawa ketika menulis karangan subjek Bahasa Melayu dalam peperiksaan, sekali gus menjejaskan mutu karangan dan mempengaruhi jumlah markah.

Antara bahasa singkatan yang digunakan ialah Askm bagi menggantikan Assalamualaikum, tidak (X); yang (yg); bila (bla); masa (mse); saya (sy); telefon (tpon/fon); dengan (ngan/dgn); terima (tima) dan sebab (coz).

Perkara itu diakui guru sekolah yang mendakwa ia semakin kronik disebabkan kebanyakan pelajar terlalu asyik melayari laman sosial sama ada menerusi komputer atau telefon bimbit untuk berinteraksi.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Asrol Helmi Bin Mohamad

kerajaan pun tak sekat, tak prihatin... kadang-kadang kalau tiba musim perayaan ke, ucapan yang di sms ke TV1,TV2 dan sebagainya, teruskan dipaparkan di bahagian bawah skrin tv... takde bagi syarat kena guna ejaan yang betul..

lilo

Pada pendapat saya tak salah menggunakan bahasa singkatan pada medium telefon atau laman sosial interaktif, tapi kita semua termasuk pelajar harus tahu bahawa ada masanya bahasa singkatan mesti dielakkan dan bahasa formal mesti digunakan contohnya semasa peperiksaan dan surat-menyurat rasmi.

pembaca

tu biasa..kalau tak sms ini akan menjadi panjang

unnamed

kalau tak guna "short form".....brape panjang pulak mesej nak kene taip....
betul tak??

SYAH

PELAJAR-PELAJAR ZAMAN SEKARANG PEMALAS. SEMUANYA MAHU MENGGUNAKAN SINGKATAN KERANA MALAS MENULIS.MEMANG BETUL ADA PERKATAAN YANG BOLEH DISINGKATKAN TAPI KALAU SEMUA PERKATAAN DISINGKATKAN MENJADI SAMA,IANYA BOLEH MEMBERI PELBAGAI MAKNA DAN MENYEBABKAN SALAH FAHAM.

Nur

Sebenarnya, penggunaan perkataan ringkas seperti yg kpd yang dan sebagainya, sudah lama digunakan. Tetapi, apa yang saya perhatikan, terlampau banyak dan kronik singkatan yang digunakan. contohnya 9ni(nanti), 10Q(thank you) yang mencampur-adukkan nombor dan bahasa. Sedangkan, semasa pembelajaran dahulu, kadang-kadang cikgu ada menulis dipapan hitam untuk pengajaran yang cepat. Tetapi, hanya huruf vokal yang dibuang. Pandangan saya, pelajar sekarang dia tidak faham situasi di mana dia perlu dan tidak perlu menggunakan perkataan yang ringkas. Mereka juga tidak tahu dalam penggunaan perkataan ringkas, hanya huruf vokal sahaja yang dibuang. Bukan mencampur-adukkan. Ini semua adalah mentaliti pelajar yang suka mengambil remeh tentang sesuatu perkara.

2kachil

saya amat setuju pendapat A. evolusi tulisan juga perlu di ubah kepada paling rengkas dan boleh dibaca oleh semua lapisan masyarakat. namun pengunaan struktur ayat dan nahu maseh kekal seperti asal yang digunakan dalam Bahasa Melayu. Kalau orang Kora yang maju guna tulisan baharu kenapa kita tidak memanafaatkanya. buku dan tulisan jadi padat dan tepat.

Rahim

Pada pandangan saya..ejaan tak salah yang salah adalah struktur ayat dan menggunakan bahasa rojak. Singkatan ejaan adalah kerana kekurangan ruangan pada papan paparan dan juga kos sms yang banyak. Apa yang penting penerima boleh memahami apa yang dimaksudkan.

Kemm'z

tiada maslah dan isu pun sebenarnya disini... sejak dari dulu ( zaman saya sekolah lagi bahasa singkat ni dh ada ) so terpulang pada individu pelajar masing2 sahaja... janganlah guna semasa menduduki peperiksaan...

bakari

saya rasa tidak salah untuk menulis di internet. kalau di dalam periksa ke atau apa-apa yang formal barulah tulis perkataan yang betul.

simpati

dalam televisyen pun banyak menggunakan bahasa ringkas dan bahasa rojak..macam mana remaja tidak terpengaruh

romy

rasanya xmenjadi isu sebab diorang guna singkatan tu sebab nak jimat space dalam mesej tu... kalau eja dengan ejaan penuh, akan makan banyak space n menjadi 2 ke 3 mesej dihantar dan membazir namanya tu... kalau sms singkatan 1 sms ditaip penuh mungkin akan jadi 2 atau 3 sms... so kalau darab dengan sebulan dah makan kos ibu bapak gak nak topup kan? so bagi saya takde masalah asalkan tak cakap dengan bahasa rojak atau bahasa singkatan yang tiada dalam bahasa kita.. kan? sepatutnya golongan yang profesional yang gunakan bahasa rojak dalam percakapan perlu diperbaiki... nama je profesional tapi merojakkan bahasa sendiri... kalau speaking tu speaking je la terus! jangan campur-campur bahasa melayu dengan inggeris... sakit telinga!!! sekian... :)

A

Penggunaan bahasa ini sebenarnya tidak ada salahnya. Sejak dahulu lagi, sebelum munculnya laman sosial dan penggunaan khidmat pesanan ringkas ini, bahasa singkatan ini banyak digunakan untuk penulisan nota. Pada masa dahulu, nota yang diberikan oleh guru-guru amatlah banyak dan memerlukan seseorang itu untuk menulis dengan cepat jika inginkan nota lengkap. Segala bentuk singkatan perkataan digunakan. Semua ini bergantung kepada diri pelajar sendiri untuk menyesuaikan diri sendiri. Jangan sebab masalah sendiri, satu masyarakat yang perlu selesaikan.

pada saya ini adalah satu evolusi bahasa. evolusi ialah satu proses yang mana sesuatu itu berubah dari bentuk asal kepada bentuk yang lebih efisien. bahasa juga pada saya tidak lari dari proses evolusi. Ini kerana manusia sentiasa cuba mnghantar sebanyak maklumat yang mungkin dalam masa sesingkat yang mungkin. Salah satu caranya ialah dengan memendekkan perkataan. Contohnya, dalam bahasa inggeris, perkataan Sire telah dipendekkan kepada sir. Perkataan Aould telah dipendekkan menjadi old. Inilah evolusi. Saya cadangkan pihak sekolah dan dewan bahasa memandang fenomena ini dengan minda yang terbuka

nina

Jangan hanya mencari salah guru... sebagai seorang pelajar, mereka perlu tahu bahasa sms tidak boleh digunakan dalam peperiksaan. sama juga dengan bahasa rojak. walaupun telah ditegur oleh guru, kesalahan bahasa tetap ada. Ibu bapa pun perlu menyemak karangan anak-anak mereka. ambil berat dengan kerja sekolah mereka. jangan hanya beri duit belanja sekolah semata-mata. pihak kerajaan dan masyarakat juga perlu ambil inisiatif... dalam iklan dan papan-papan iklan, terapkan penggunaan Bahasa Melayu, jangan asyik guna bahasa royak. banyak situasi seharian kita yang menggunakan bahasa yang tak sepatutnya kita guna untuk memartabatkan bahasa rasmi negara kita. sekarang bukan masa menunding jari mencari salah siapa tetapi bersama-sama berganding bahu menyelesaikan masalah ini. CINTAILAH BAHASA KITA

2kachil

kalau menjawab soalan Bahasa Melayu perlu guna ejaan sebenar, selain dari itu boleh guna singkatan. Sekarang kita mesti cepat kalau tidak kita tertinggal. gunakan singkatan itu bersama nahu yang sebenar apa salahnya. tetap kita baca ikut perkataan bukan ejaan.

otua

yang ikhlas...memang tugas guru untuk menegur..tapi bagaimana pula dengan tugas ibu bapa???sebagai ibu bapa itu merupakan tanggungjawab utama mereka iaitu menegur anak bila melakukan kesilapan..

izzuddin

Saya sebagai pendidik selama 24 tahun sudah lama sedar masalah ini. Lima tahun lepas ada murid menggunakan bahasa sms dalam karangan , saya pernah marah dan tegur. Malangnya murid tersebut buat lagi. Undang undang sekarang yang tidak membenarkan guru memukul dan marah menyebabkan masalah seperti ini telah meluas sehingga ramai pelajar menggunakannya. Bukan sahaja setakat sms, masalah lain banyak lagi. Cuba bayangkan masalah jenayah yang berlaku sekarang berpunca dari murid murid dahulu. Guru guru tidak ada kuasa mutlak membetulkan pelajar dibangku sekolah. Jadi saya buat satu kesimpulan UMUM , suatu hari nanti Negara ini akan menangis kerana lelaki. Banyak tanda tanda sudah ade sehingga bekas ketua Polis Negara mengatakan tak akan nak letakkan setiap orang seorang polis, dus hari lepas Harian Metro melaporkan anak lelaki memperkosa kekasihnya depan ibu, kes ragu menjadi jadi lagi, kes bunuh ,buang asid ke muka orang dan macam macam lagi cuba buat perhitungan sendiri. SAYA MENGAJAK RAKYAT FIKIRKAN MEMBETULKAN PELAJAR DIBANGKU SEKOLAH ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA MEMBETULKAN DI PENJARA KELAK. MEROTAN DIBANGKU SEKOLAH ADALAH LEBIH BAIK DARIPDA MEROTAN DI PENJARA KELAK. Bagilah kuasa mutlak kepada guru guru bertindak membetulkan murid di bangku sekolah dengan kerja sama ibu bapa.

Cek Wa

Saya sebagai seorang pelajar berpendapat bahawa kes 'Bahasa Terlarang' ini bukanlah satu masalah yang merunitkan. Hal ini demikian terjadi kerana, apabila seorang pelajar hendak menduduki peperiksaan atau ujian guru adalah pihak yang sepatutnya mendidik pelajar untuk bersedia dan sekiranya prestasi sebuah sekolah itu menurun jelas sekali masalah pelajar itu bukan dari 'Bahasa Terlarang' akan tetapi dari tindakan guru itu sendiri bagaimana mereka mendidik pelajar mereka. Contohnya, guru saya sendiri mengajar saya Bahasa Melayu dan mengarahkan pelajarnya mengunakan bahasa yang betul semasa berada di dalam kelas. Semasa peperiksaan pelajar tentu akan membuat berdasarkan kehendak soalan. Jelaslah bahawa pelajar yang mengunakan 'Bahasa Terlarang' adalah pelajar yang bermasalah disiplin kerana kurang mengambil perhatian dan didikan guru-guru dan masalah ini bolehlah kita sebutkan sebagai 'Keras Kepala' fenomena yang sudah lama menhantui para belia sejak akhir-akhir ini.

farish

Itulah cabaran menjadi guru, membetulkan yang tidak betul..saya sependapat dengan Yang Benar.
Pasukan keselamtan, cabaranya menentang musuh atau penjenayah..Bomba cabarannya memadam api dan sebagainya..setiap pekerjaan ada cabarannya..guru mendidik anak bangsa..!

Sasha Garang

Saya bukan seorang guru, tapi saya tak setuju kalau guru sahaja yang nak dibebani dengan tanggungjawab membetulkan penggunaan bahasa remaja sekarang. Semua yang berada dalam lingkungan sosial remaja perlu bertanggung-jawab. Ibu-bapa yang berFacebook dengan anak-anak, atau dengan saudara-mara lain yang lebih muda, tegur mereka kalau penggunaan "bahasa terlarang" mereka melampau batas. Jangan sampai terbawa-bawa dalam peperiksaan. Kalau mereka nak merasakan "cool" kerana mereka ada "bahasa sendiri", biarkan. Tapi pasa masa yang sama kita kena saling mengingatkan, "bahasa sendiri" tu jangan sampai terbawa-bawa dalam situasi yang tak sepatutnya.

Terima kasih.

cikgu ramlah

pesanan buat anak murid dan para pelajar. martabatkan bahasa ibunda dengan mengeja dan menulis dengan mengikut nahu yang betul agar bahasa tidak rosak dan tercemar. Jangan menambah beban guru untuk terus memantau.

Bugang Rondom

Fenomena ini bukan hanya tanggungjawab guru di sekolah, tapi masyarakat keseluruhan amnya. Tidak perlu menuding kepada pihak-pihak tertentu sahaja. kita perlu mengingatkan anak anak kita untuk membezakan bahasa sms dengan bahasa Melayu atau Inggeris yang standard yang dipelajari di sekolah..sama-samalah kita berperanan menangani masalah ini.

cikgu ramlah

pesanan buat anak murid dan para pelajar. martabatkan bahasa ibunda dengan mengeja dan menulis dengan mengikut nahu yang betul agar bhasa tidak rosak dan tercemar. Jangan menambah beban guru untuk terus memantau.

azalily sofea

pelajar sepatutnya yang tahu bagaimana hendak menggunakan ayat dengan betul...kalau dalam peperiksaan,janganlah gunakan ayat2 yang ringkas...diri sendiri boleh berfikir....

Comelo Nora

Perkara ini biasa kerana penggunaan bahasa dalam telefonbimbit itu terhad, penggunaan singkatan dalam pesanan ringkas itu tidak menjadi masalah kepada pembelajaran kerana ianya haya dipraktikkan untuk memudahkan pengguna telefon bimbit. Guru tidak salah jika pelajar sendiri tidak dapat mengklafikasikan cara penggunaan bahasa. Cuma perlu menasihatkan pelajar jika ada kesilapan ini berlaku dalam pelajaran ianya akan melibatkan pemarkahan dalam setiap ujian atau exam itu terjejas. Simple. Give n Take. Wallahuallam.

andi kartini

saya rasa ini adalah tanggugjawab bersama...namun, kita sebagai rakyat Malaysia sendiri perlu tahu penggunaan bahasa melayu...masalah yang timbul bukan nye datang dari sms, tv @ aebagainya....diri sendiri yang patut menilai kesilapan sendiri dan sebagai rakyat malaysia, mereka perlu tahu..jangan menuding jari ke arah orang lain, tapi fikir kan kesalahan diri sendiri...semua perlu menjalankan tanggungjawab masing-masing..bagi pelajar, mereka perlulah tahu menilai sendiri kerana guru sudah menjalankan tanggungjawab mereka, maka pelajar perlulah mendalami nya....

Lyn

Fenomena biasa di sekolah... Saya ajar BI...mmg skt kpl..

tinta hitam

iai adalah salah satu cabaran guru pada masa kini, dulu cabaran guru dal bentul lain tapi kini semakin mencabar. tapi kita mesti sama-sama membantu untuk hadapi masalah ini

guru tak terlatih

remaja (pelajar) perlu tahu beza antara bahasa formal dan tidak formal dan bilakah keadaan yang sesuai untuk menulis dan berkomunikasi secara formal... tugas berat kepada guru dan masyarakat menggalakkan formaliti para remaja melalui pengajaran di dalam kelas dan penganjuran aktiviti sosial remaja...

johari bin idris

gejala penggunaan bahasa singkatan ini lebih kepada anak melayu berbanding bangsa lain. perkara ini berlaku kerana sikap ambil mudah...segelintir pelajar yang merasakan perbuatan itu tidak salah sedagkan ianya menjejaskan markah ujian mereka. kedegilan pelajar punca perkara ini berlaku.malulah dengan bangsa lain....sekadar komen membina.

mawarcute sunset

Tidak perlu tunding menunding.Guru atau Bukan guru hendaklah bersama2 "memantau" masalah ini.kan senang? huhuhuhu

amy rol

semua pihak perlu ada tanggungjawab dalam menangani isu ini.guru di sekolah perlu ingatkan kepada pelajar2 untuk bezakan ayat utk penulisan dengan ayat2 SMS.Maklumlah,ayat ringkas SMS bukan sengaja di buat,ianya utk jimatkan kredit :)

amy rol

semua pihak perlu ada tanggungjawab dalam menangani isu ini.guru di sekolah perlu ingatkan kepada pelajar2 untuk bezakan ayat utk penulisan dengan ayat2 SMS.Maklumlah,ayat ringkas SMS bukan sengaja di buat,ianya utk jimatkan kredit :)

punggok anak singa

Fenomena yang gagal terelak semua pihak perlu bertanggungjawab.Jangan ada yang pihak yang menuding jari kepada kerajaan/pendidikan negara.

bekas pelajar sekolah

saya akui ketika peperiksaan esei, memang ada kecenderungan untuk menulis secara ringkas kerana ingin mengejar masa, namun alhamdulillah masih dapat mengekalkan bahasa lengkap, memang laman sosial memainkan pengaruh yang besar, jadi setiap pelajar perlu sentiasa berwaspada dalam membuat esei supaya tidak terkeluar bahasa ringkas.

bekas pelajar

bahasa2 singkat nih dah lama d gunakan..even masa cikgu bagi nota2 pun diaorg pakai bahasa2 singkat nih..perkara nih salah pelajar sendiri pun..

Yatim Ahmad

Jangan kita salahkan murid-murid tu guna bahasa singkatan/SMS. Baiknya pihak sekolah jelas dan garis peraturannya. Penguakuasaan peraturan itu bukan hanya untuk peperiksaan sahaja, malah selagi mereka duduk di sekolah. Jadi, persoalan mereka guna bahasa singkatan di SMS atau internet, selagi mereka ada asas bahasa yang jelas, takkanlah jadi kudis begitu sahaja. Yang baiknya Kementerian Pelajaranlah patut usahakan, ajaklah beberapa tokoh bahasa untuk tentukan mana kependekatan ayat atau bahasa yang boleh digunakan. Jangan pula salah sangka, Bahasa Melayu tu ada kependekatan katanya, sebagai contoh 'dah' adalah kependekan bagi 'sudah', 'nak' (hendak). Buatnya kita berhemahlah, jgn nak rungut tak tentu fasal, nanti bahasa Melayu diperlekehkan. Bahasa Melayu mestilah diperkasakan mengikut kesesuaian era globasasi ini.Kan sebelum ini istilah dpd bahasa Inggeris, bahasa sukuan (rakyat Malaysia)dan bahasa Nusantara diberi kemasukan dalam bahasa Melayu. Usaha ini bukan sahaja memperkayakan bahasa, tetapi diterima sebagai bahasa penting dunia.

guru sandaran

saya sangat setuju dengan pendapat michael dau dan guru, semua pihak wajib memainkan peranan untuk membendung masalah pengunaan bahasa rojak ini, terutama media yang paling hampir pada masyarakat, media cetak, elektonik. sekiranya hanya menyerahkan tanggungjawab ini hanya kepada guru-guru, DBP dan pihak berwajib sahaja masalah ini tidak akan kemana,sedangakan komentar-komentar sendiri pun menggunakan bahasa terlarang ini. jika kita amati permasalahan ini banyak faktor penyebab mengapa bahasa terlarang ini semakin menjadi-jadi, sebagai contoh drama-drama dan filem melayu sekarang juga banyak mengunakan bahasa terlarang, tiada lagi bahasa kiasan seperti filem-filem P.Ramlee untuk mengambarkan sesuatu adegan yang buruk, lirik-lirik lagu melayu pun dah banyak mengunakan bahasa terlarang dan bahasa pasar, sekiranya saya nak senaraikan semua faktor-faktor dalam ruangan ini pasti 3 muka surat tak cukup, fikir-fikirkanlah tidak melayu hilang di dunia.

muhammad muttalib

semua pihak perlu mengambil peranan untuk mengatasi masalah ini...

masyarakat prihatin

yang ikhlas...walaupun tugas guru ini mengajar....kita sebagai masyarakat juga harus memainkan peranan juga....jangan hanya lepas tangan kemudian menunding jari kepada pihak tertentu...kerjasama semua pihak amat diperlukan dalam menangani masalah ini daripada berleluasa...

masyarakat prihatin

yang ikhlas...walaupun tugas guru ini mengajar....kita sebagai masyarakat juga harus memainkan peranan juga....jangan hanya lepas tangan kemudian menunding jari kepada pihak tertentu...kerjasama semua pihak amat diperlukan dalam menangani masalah ini daripada berleluasa...

Rachelina Matthew

kerajaan perlu perhatian serius mengenai isu ini, takut melarat :)

Tok Kenali

Anak muda sekarang tiada jati diri.

Zaharabiah

Semasa sekolah dulu, saya guna ayat "short words" seperti: dalam (dlm) sangat (sgt) dengan (dgn) have (hv) your (yr) received (r'cd). "short word" (SW) ini akan diguna bila cikgu bagi nota. Sebab nak tulis dengan cepat. Guru dulu bagi "dictation". Guru baca murid ambil nota. Masa peperiksaan dan karangan kita tidak tulis SW Jangan "SW" dijadikan satu budaya.

Baja

Rakan2 sekalian. Ini perkara kecik. Sebahagian besar guru2 dah menjalankan tugas mereka dgn cemerlang. Tahniah diucapkan dan terima kasih tak terhingga untuk guru2 saya yang telah mendidik saya dari bodoh sampai jadi pandai. Pasal bahasa short form ni, kita hanya perlu highlight je kat budak2, tempat2 penggunaanya yang betul. kalau urusan formal, gunakan bahasa standard. abis citer...

Jefry McDarren

xslh rasenye kite mggunakn bhs sms mcm ni.. lgpn ni la mase nye nk berubah ke arah bahasa melayu lbh moden dan ringkas

zulaily shaari

Saya berpendapat laman sosial bukan sebab utama sebab mengapa penggunaan bahasa singkatan semakin berleluasa. Hujung pangkal bergantung kepada pelajar itu sendiri. Kalau sekolah rendah, mungkin boleh dimaafkan dan menjadi tanggungjawab guru untuk membetulkan, tetapi kalau sudah sekolah menengah, itu tidak boleh dimaafkan. Laman sosial sudah wujud dari zaman persekolahan saya lagi. Walaupun kerap menggunakan bahasa singkatan apabila menghantar mesej melalui telefon dan laman sosial, tetapi tidak mempengaruhi saya melalukannya sewaktu mengarang karangan. Pada saya, yang penting pelajar itu sendiri tahu membezakan apa yang patut atau tidak patut dilakukan sewaktu mengarang bahasa Melayu. Lagipun, pelajar sekarang boleh dikatakan lagi pandai dan maju berbanding pelajar zaman dahulu. Sudah pasti mereka sudah boleh menilai dengan baik. Lagipun sudah pasti mereka belajar untuk mengarang karangan dengan menggunakan perkataan yang baik, cuma ada sesetengah pelajar sekarang merasakan bahasa singkatan lebih mudah dan"familiar" bagi mereka.

el hafeez

Selagi mana mesej daripada penghantar kepada penerima dapat diterima dan difahami dengan baik, ini tidak menjadi suatu masalah. Ini melibatkan kekangan ruangan untuk menaip mesej dan kekangan pada butang kekunci.

Rasional saya, tumpuan dalam kelas itu yang memainkan peranan penting untuk membuatkan pelajar cemerlang.

Namun malang, bagaimana ingin memberi tumpuan di dalam kelas, jika empunya badan sibuk dengan gejala ponteng.

Pada renungan saya, tindakan bersama bukan untuk menegah masalah ranting ini, tetapi pergi kepada masalah pokok, iaitu MASALAH KERUNTUHAN AKHLAK.

Hidangan muzik dan hiburan tanpa batasan tidak dapat tidak akan merosakkan akhlak remaja.

FIKIRKANLAH MASALAH POKOK, BUKAN MASALAH RANTING...

delima merah

sayangilah bahasa melayu....

Guru

Respon untuk Yang Ikhlas,
Peranan semua pihak amat penting dalam mengekang perkara ini daripada bertambah parah.Ibu bapa adalah guru yang pertama mengajar anak-anak. Guru di sekolah merupakan pemudah cara/fasilitator/pembimbing.Tugas guru memang mengajar dan mengajar bukan satu bebanan seperti tafsiran saudara/i.Bebanan yang diluahkan oleh guru-guru selama ini bukan melibatkan aktiviti pengajaran tetapi kerja pengurusan/pentadbiran yang melebihi pengajaran.harap saudara/i faham cakupan tugas guru dewasa ini.

Fids Hussin

Pelajar itu sendiri harus tahu membezakan penggunaan bahasa ketika dalam mata pelajaran bahasa dan pesanan ringkas SMS..

yANG IKHLAS JUGA

yang ikhlas..fkir scara rasional,, klau x jelaskan mcmana mo selesaikan mslah tu..ko igat keja guru hanya tegur bdk baiki ayt sms tu ka? klau xtau keja guru jngan nak byk komplen..

Gentama

Perubahan zaman memerlukan perubahan paradigma. renungkan maksudnya

Omprakash

Pastinya majoriti orang Melayu kan. Hidup Melayu sedihnya bangsaku terkulai di tanah air sendiri....

Mohd Fathurrahman Bin Kamarudin

Guru tidak tegas.

BonaMana

sepatutnya.. bukan masalah telefon bimbit yang perlu ditegaskan.. pendirian pelajar yang sepatutnya dikawal .. supaya tidak membawa benda yang tidak elok atau tidak formal dalam pembelajaran masa kini

Hamba Allah

Perkara ini harus diambil berat kerana penggunaan bahasa melayu rendah dapat merosakkan penggunaan bahasa melayu kita ..

Izwan Sahari

bahasa ringkas tak pa lagi, saya pun guna ringkasan...yg sudah ringkas dan di tokok tambah sprti...sahaja-aje-ajerw....setelah-stlh, sekarang-skrang-skunk...mcm2 lagi bahasa yg tak betul di guna kan oleh budak2 sekolah sekarang...

michael dau

kami sebagai gur-guru yang mengajar subejk bahasa melayu sentiasa menegur pelajar yang melakukan kesilapan dalam penulisan dari semasa ke semasa..tidak pernah kami menganggap semua ini sebagai satu bebanan kerana ini merupakan salah satu tanggungjawab dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang kami jalankan dalam kelas..bagi saya tidak ada seorang pun guru yang suka dengan kesilapan pelajar dalam pelbagai aspek..kerja kami memperbetulkan apa yang salah..tidak pernah ada mengeluh dalam diri kami..YANG IKHLAS: ini tanggungjawab kami dan kami akan terus memegang amanat ini selagi kami bergelar guru..

Mamayogurt

bahasa terlarang bukan sahaja di kalangan pelajar sekolah, apa yang nyata di stesen2 radio spt hotfm, radioera & suriafm sering menggunakan bahasa rojak oleh djnya dan sering juga mengeluarkan fakta yang salah.

Yazid Ibrahim

tanggungjawab pendidik akan jadi lebih berat untuk menjelaskan penggunaan dan perbezaan antara bahasa formal(baku) dan bahasa pasar. kalau dulu masalah ini membabitkan pelajar-pelajar bukan melayu, tetapi sekarang ini pelajar-pelajar melayu pun mengalami masalah yang serupa. para pendidik perlu lebih kreatif dalam teknik pengajaran. pakar-pakar bahasa perlu lebih bekerja keras lagi. janganlah slogan "Cintailah bahasa anda" itu cuma tinggal slogan. Apa langkah yang di ambil oleh pencinta-pencinta bahasa kita?

fawwaz

penggunaan bahasa "rojak" ,short form ,memang sukar dihentikan, dan tidak mungkin dapat dihentikan,ini kerana mereka telah dilatih secara sendirinya samada melalui pndekatan telefon bimbit dan lain2 ,pendekatan yang lebih baik adalah melalui perbanyakkan latihan karangan pula disekolah, dan diperbetulkan sendiri oleh guru2 bahasa, agar mereka sentiasa diperingatkan, kem-kem bahsa perlu diadakan juga, supaya pelajar dapat membezakan kehidupan penggunaan bahasa secara harian serta di sekolah..sekian

Tok Gondah

Sesungguhnya anak-anak tersebut kena tahu dimana bumi di pijak di situ langit di pijak. Untuk mendapat kejayaan bukan dengan cara jalan yang mudah. Begitu juga isu bahasa dan tulisan bahasa terlarang ini di peperiksaan awam. Pemantauan semua pihak amat penting untuk memastikan ini tidak berlaku dimasa-masa akan datang. Saya yakin dan percaya perkara adalah kes-kes terpencil bagi berapa-berapa orang murid sahaja. Isunya jelas Bahasa adalah Nilai sebuah Bangsa itu siapa lagi yang nak mertabatkan BAHASA kita kalau bukan orang kita. Tiada isu nak persalahkan sesiapa disini. Media Baru yang hadir bukan menjadi masalah,jika kita bijak mengatasinya..Wallahualam

BaRT

saya setuju pendapat "Yang Ikhlas".Guru teruskan usaha mendidik anak bangsa.

Sumaiyah Md.isa

kenapa bila pelajar sudah menjawab dalam peperiksaan besar baru penggunaan kesalahan bahasa pelajar dapat dikesan?.Sewajarnye para guru beri latihan karangan yang cukup dan semak dengan teliti,kemudian tegur..kalau ini yang dilakukan di peringkat awal,pelajar tak kan terbawa-bawa bahasa ringkas ini ke dalam peperiksaan besar..

izzuddin

saya rasa pelajar sekarang tak ade tanggungjawab dalam pelajaran. Mereka sepatutnya membezakan kehendak sistem pelajaran kita. Bahasa sms tidak di ajar di sekolah maka mereka tidak sepatutnya menggunakan bahasa sms. Ramai yang menggunakan sebab degil dan sengaja mungkin juga sudah menjadi tabiat.

zahin.zulkifli

Sememangnya sudah menampakkan pengaruh bahasa yang tidak baik, kenapa DBP mahu lagi mengeluarkan buku panduan sms sebanyak 300 perkataan. Seperti DBP juga menyokong penggunaan bahasa terlarang ini. Walau bagaimanapun wujudkan undang-undang bagi mengatasi masalah ini.!!!!!!!! kalau ianya benar-benar ingin di benteras.

mohd rezal

saya rasa telefon bimbit dilarang kepada pelajar sekolah kerana penggunaan ayat ringkas menyebabkan pelajar terbawa-bawa sampai ke peperiksaan penting lagi satu ibubapa kena pantau agar anak tidak lagi mesej ayat-ayat merosakkan ayat bahasa melayu..

Hezni Syarina

amat bersetuju kerana fenomena menulis drngan ejaan sms ini juga telah menular ke pelajar dekolah rendah seawal tahun 4

Yang Ikhlas

kenapa guru menganggap ini satu beban utk menegur pelajar yg menggunakan bahasa sms, adakah dengan hanya menegur pelajar itu bebanan guru bertambah? perlu di ingat setiap pekerjaan mempunyai tanggungjawab, dan sebagai seorang guru itu merupakan tanggungjawab anda... jadi laksanakan lah ianya sebaik yang mungkin jangan asyik mengeluh sahaja kerana benda yang kecil.

Madisyak Is

Kekesalan paling besar sepatutnya diletakkan kepada stesen TV samada RTM dan juga TV3 yang begitu ghairah memaparkan bahasa seperti ini di skrin mereka ketika sesuatu program populer. Ini memnyumbang kepada percambahan penggunaan bahasa sebegini. Sepatutnya stesen-stesen TV ini adalah radas utama ke arah perkembangan bahasa Melayu yang sihat bukan penyumbang kepada bahasa Melayu yang sumbang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jurulatih hadapi 21 tuduhan sogok pemain Piala Presiden

Posted: 06 Jun 2011 03:04 PM PDT

MukaDepan

YUSARMAN keluar dari Mahkamah Sesyen Seremban, semalam selepas didakwa atas 21 pertuduhan memberi suapan kepada pemain bola Piala Presiden Negeri Sembilan. - Foto Owee Ah Chun

YUSARMAN keluar dari Mahkamah Sesyen Seremban, semalam selepas didakwa atas 21 pertuduhan memberi suapan kepada pemain bola Piala Presiden Negeri Sembilan. - Foto Owee Ah Chun

SEREMBAN: Jurulatih pasukan bola sepak Piala Presiden Negeri Sembilan, Yusarman Yusof, 35, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas 21 pertuduhan mengatur perlawanan pasukannya dengan pasukan Pulau Pinang SDM Navy, 21 April lalu.

Dia yang didakwa memberi suapan antara RM200 hingga RM2,000 kepada 11 pemain skuad terbabit kelihatan tenang ketika jurubahasa mahkamah membacakan semua 21 pertuduhan terhadapnya.

Bapa kepada dua anak yang digantung tugas sejak 5 Mei lalu oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan di depan Hakim Datin Nursinah Adzmi. Mengikut pertuduhan, dia didakwa dengan niat bersama dua orang yang masih bebas, secara rasuah memberi suapan RM300 kepada sembilan pemain pasukan itu di kafe dan pusat karaoke keluarga City Idol Senawang, No 21, Jalan Cempaka 28, Pusat Komersial Cempaka, Taman Cempaka, Senawang di sini, kira-kira jam 9 malam pada 19 April lalu.

Pemain terbabit adalah Norhairi Abd Rahman, 20, Muhammad Rizqi Azman, 19, Muhammad Zaidi Othman, 19 serta D Adrian, Mohd Hafiz Mohd Nor, Suhairy Johari, Hamirul Fahamie Abu Yazid, Muhammad Haikal Mohamad Nazri dan Mohamad Zulfadhlie Mohamad masing-masing 18.

Tertuduh yang memakai kemeja-t biru gelap juga didakwa memberi suapan RM200 kepada seorang lagi pemain, Anwarul Hafiz Ahmad, 18, sejam kemudian ketika dalam kereta di bandar ini.

Selain itu, dia bersama seorang lagi yang masih bebas, secara rasuah memberi suapan RM2,000 kepada semua pemain terbabit termasuk seorang lagi pemain, Mohamad Yatim Abdullah, 19, di kafe dan pusat karaoke keluarga City Idol Senawang kira-kira jam 5 petang pada 22 April lalu.
Suapan itu sebagai dorongan supaya semua pemain terbabit membantu dan memberi peluang kepada pemain pasukan bola sepak Piala Presiden Pulau Pinang SDM Navy menjaringkan gol apabila mendapat isyarat daripada seseorang bagi satu perlawanan di Stadium Bertam, Pulau Pinang, 21 April lalu.

Yusarman didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 16 (b)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Nursinah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes itu pada 5 Julai ini. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Mohd Jasmi Buang dan Mohd Asri Abd Rahman Sidik, manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Nor Hisham Hussain.

Baru-baru ini PBNS membuat laporan polis selepas menerima aduan beberapa pemain skuad Piala Presiden bersedia menjadi saksi terhadap dakwaan berlaku rasuah mengatur perlawanan sejak akhir tahun lalu.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

ida

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya...puasla kerajaan berabis duit wat kempen anti rasuah..masih lagi x fhm2 atau x mau faham..d sebabkan kemewahan yg sementara..masing2 gelap mata..player2 muda patut gi PLKN dulu..bina jati diri..tp syabas pada mereka yg tampil membuat aduan..

Reezwan

"You play, you pay!"


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan