Jumaat, 3 Jun 2011

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


Mengaku rasuah

Posted: 02 Jun 2011 03:25 PM PDT

MukaDepan

Bekas pemain Piala Presiden T-Team dedah terima suapan dari bookie

KUALA TERENGGANU: "Saya manusia biasa yang punya keinginan untuk memakai pakaian berjenama, menjamah makanan di restoran mewah dan bergaya seperti anak muda lain. Kini saya sedar semua itu tidak memberikan kepuasan sebenar jika menggunakan wang haram dan lebih rela hidup sederhana dengan punca pendapatan halal."

Demikian pengakuan seorang bekas pemain pasukan bawah 21 tahun Piala Presiden T-Team, Terengganu yang mengambil rasuah daripada bookie dalam kejohanan tahun lalu yang jumlahnya lebih enam kali ganda daripada pendapatannya yang tidak sampai RM1,000 sebulan.
Duit yang saya terima...daripada orang yang saya kenali dalam pasukan. Saya tidak tahu...berapa jumlah diberikan bookie

Bekas pemain

Anak kelahiran Kuala Terengganu yang kini bermain untuk pasukan negeri lain, mengakui dia hanya beberapa kali menerima wang sogokan, tetapi tidak pernah bersemuka dengan bookie yang bertindak sebagai pengatur perlawanan.

"Nipisnya iman saya ketika itu dan menyesal kerana termakan hasutan kawan yang menyebabkan saya sanggup menerima suapan wang untuk memastikan pasukan tewas di tangan lawan. Gelap mata saya seketika apabila disogokkan wang lebih enam kali ganda pendapatan bulanan saya.

"Saya sememangnya takut dengan rasuah bola sepak dan enggan terbabit, namun apakan daya, saya terlalu lemah untuk menolak hasutan syaitan dan akhirnya sanggup menggadai maruah demi wang.

"Duit yang saya terima beberapa kali itu datangnya daripada orang yang saya kenali dalam pasukan. Saya tidak tahu dan tidak mahu tahu berapa jumlah sebenar yang diberikan bookie," katanya sambil mengakui jiwanya tidak tenang selepas terbabit rasuah walaupun mengaku puas seketika kerana dapat berbelanja seperti orang berada.
Namun, dia kini saya sedar semua itu tidak memberikan kepuasan sebenar dan kini lebih rela hidup sederhana dengan sumber pendapatan yang halal.

Rakannya dalam skuad musim lalu tetapi kini mewakili pasukan di selatan tanah air pula berkata ramai pemain terjebak dalam rasuah mengatur keputusan perlawanan akibat pujuk rayu rakan sepasukan yang mewakili bookie.

"Tanpa individu itu, saya percaya kami tidak mungkin dapat dipengaruhi oleh bookie dan kemungkinan besar kebanyakan kami masih boleh mewakili pasukan negeri kelahiran. Saya harap pemain baru tidak mengikut jejak kami walaupun ganjaran bookie melimpah ruah jumlahnya," katanya.

Seorang lagi pemain berkata dia bersyukur kerana masih berpeluang mencari rezeki dengan bermain bola sepak walaupun bukan dengan pasukan T-Team atau Terengganu.

"Sebagai anak jati negeri ini, memang saya lebih suka tinggal di sini, namun atas kesilapan sendiri yang gagal mengawal nafsu dan termakan hasutan bookie, saya terpaksa merantau mencari rezeki," katanya yang yakin dia dan rakan lain akan berfikir banyak kali jika gaji yang dibayar oleh pasukan itu tahun lalu lebih tinggi.

Ini kerana pendapatannya sebagai pemain kini lebih RM2,500, sedangkan gaji ketika bersama T-Team tidak sampai RM1,000.

"Setakat yang saya tahu, tahun ini pun tidak ada pemain Piala Presiden T-Team menerima pendapatan melebihi RM1,000. Pengurusan perlu memikirkan semula ganjaran kepada pemain kerana mereka tidak mempunyai pendapatan lain sedangkan terpaksa berlatih pagi dan petang," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, pengurusan T-Team musim lalu, memaklumkan mereka sudah dihubungi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRRM) dan akan memberi keterangan dalam masa terdekat berhubung pendedahan rasuah membabitkan bekas pemain pasukan itu.

Sementara itu, Pengarah SPRM Terengganu, Yusoff Mohd Zin, berkata pihaknya belum menerima laporan berhubung kegiatan mengatur perlawanan membabitkan pasukan T-Team dan skuad Piala Presiden.

"Bagaimanapun, kita harap kerjasama daripada orang ramai untuk membuat laporan jika ada maklumat mengenai kegiatan mengatur perlawanan membabitkan mana-mana pasukan," katanya.

Ketua Jurulatih semasa T-Team, Yunus Alif, pula menjelaskan pihaknya tidak mengesan mana-mana pemain yang terbabit rasuah dan mengatur perlawanan walaupun prestasi mereka tahun ini tidak konsisten.

"Prestasi tidak menentu pasukan disebabkan keletihan kerana jadual perlawanan agak ketat dan tidak dapat menurunkan kesebelasan utama kerana kecederaan. Kita sentiasa memantau dan setakat ini tiada tanda mereka terbabit rasuah," katanya ketika diminta mengulas prestasi pasukan T-Team yang mencetuskan kemarahan penyokong hingga ramai yang mendesak jurulatih dan pengurusan pasukan ditukar.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

zaza

baik tanam jagong drp main bola,,,awat kuda tua bayar lebih, padahal dok rok ceton pun...jgn hancurkan masa depan kaki2 bola tu

AZRUL

kot ye pon nak pakai pakai berjename..igt skit asal usol kite..sume nye dr Allah..Allah yg memberi rezeki..bukan manusue yg bg rezeki..nk ape2 mintak pd Allah..bukan pd manusie..phm???

rakyat

bagi ayam makan pn xlepas la kalu gaji bawah seribu.... ingat hidup kt malaysia ni percuma ke.... kalu T-team xmampu nk bayar gaji xpayah la nk sibuk2 masuk liga...

zazlin

kalau begini lah cara macamana sukan dinegara kita boleh setaraf dengan negara maju

khairul

Gaji 1000 jer? mana nak cukup... kadang2 kena fikir kenapa dia amk rasuah tu....

afiq

eww teruk nye gaji depa kasi kat hang. dah masuk lawan peringkat negeri pun gaji paras tu? Patut la Safee Salee blah main kat luar :)..

meyo

banyak lak org berlagak baik ek...org da ngaku salah duk diam2 sudeh larh akak abg..

Norris

Piala Presiden maa..nak bagi gaji besor mne lagi??hadoii..fikir la sikit..

leo

rezki tu memang la rezki tapi hidup dalam dunia sekarang ni duit adalah keperluan yang mendesak.. org2 yg duk pengurusan tu fikirlah pemain yg kena perah pagi petang, maner nak cari duit lebih. memang harap gaji jer la..

shamsudin

belajar dari kesilapan

Mohd Shoffee

Syukurlah....Allah telah membuka pintu keinsafan buat anda seawal mungkin,agar ianya tidak terus menghanyutkan anda dengan dunia pentas sandiwara....amin...

Salmiyah

Rezeki halal yang sedikit lebih berkat menjadi darah daging. Iman dan ketenangan bukan bahan dagangan.

alifdalmim

gaji tak sampai RM1000??..ini keje full time kan?

zhamd

sangat menyokong komen Anne.. pihak pengurusan patut patut lah bila masuk bab gaji pemain dan kebajikan mereka ni.. biar la berpatutan dengan kos dan pengorbanan mereka.. sendiri kena ingat la jangan la pegawai aje nak dapat masyuk lebih..

Anne

Pihak Pengurusan T-team mesti bertindak segera. Gaji guard Bangla pun >RM1000. Melampau... dgn keadaan harga barang mahal, mana mungkin gaji masih

Mamayogurt

semoga pemain kelate hari ini tidak menerima rasuah dan dapat mengekalkan permainan dgn baik serta boleh memberikan kemenangan kpd kelate pd 11 jun nanti, syabas pemain kelate, jauhi rasuah dan doa rakyat kelate untuk kamu semua, allahuakbar.... sentiasa mengingatiNya.

bany tadi basinau

bagus la klu sda insaf..

aar

"Sesungguhnya Allah telah mewajibkan ihsan pada setiap sesuatu."(HR Muslim) Apakah ihsan itu? Rasulullah SAW bersabda: "Engkau mengabdi kpd Allah seperti engkau melihatNya. Jika engkau tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia melihatmu." Kamus Bahasa Arab ertikan 'ihsan' sebagai 'baik'. Kenapakah manusia mula menjadi baik? Kerana mereka merasa diri mereka diperhatikan oleh Allah. Dan mereka yakin akan ganjaran yg akan Allah kurniakan kpd mereka.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan