Khamis, 2 Jun 2011

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


Menjejak mangsa culik Mohd Nazarudin Saidin: Dr Abu nama misteri

Posted: 01 Jun 2011 02:57 PM PDT

MukaDepan

PERKAMPUNGAN nelayan di Pulau Jolo, Filipina.

PERKAMPUNGAN nelayan di Pulau Jolo, Filipina.

Lelaki dakwa jadi orang tengah dengan pihak penculik di Zamboanga

USAHA menjejaki rakyat Malaysia, Mohd Nazarudin Saidin yang diculik ketika mencari cicak tokek atau gecko di selatan Filipina berjaya menemukan saya dan jurugambar, Datu Ruslan Sulai dengan beberapa orang hubungan di Zamboanga yang kemudian cuba mengatur supaya kami dapat menemui kumpulan penculik itu.

Namun, kami hanya diberikan nombor telefon seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Dr Abu, iaitu suatu yang lazim digunakan kumpulan bersenjata untuk merujuk kepada kumpulan Abu Sayyaf yang dianggap sebagai sayap pergerakan al-Qaeda di Filipina.

Kumpulan penculik yang dipercayai turut dianggotai anggota kumpulan PSP, sebuah kumpulan yang kuat dengan pegangan agama itu dikatakan mempunyai kaitan dengan kumpulan yang diketuai oleh Albahsy Misaya, yang ada kaitan dengan al-Qaeda. Dalam perbualan itu, Dr Abu enggan membenarkan kami menemui Mohd Nazarudin atau menyatakan lokasi mereka kerana bimbang kami akan membocorkan maklumat kepada pihak berkuasa.

"Cukup untuk anda mengetahui Nazarudin kini berada dalam tangan kami. Beritahu keluarga dia keadaannya baik," katanya dalam bahasa Inggeris dalam loghat tempatan.

Namun, saya dan penterjemah, Amran Mahalan cuba memujuknya bagi mendapatkan peluang menemui Mohd Nazarudin serta merakam gambarnya, tetapi Dr Abu menyatakan mereka akan mempertimbangkan permintaan itu dan kami mungkin diperlukan membayar kos tertentu untuk bertemu mangsa.

Sebelum itu, beberapa pihak di Zamboanga yang ditemui, memberikan maklumat bahawa Mohd Nazarudin mungkin diculik oleh kumpulan yang diketuai oleh Albahsy Misaya.
Matlamat utama kami menghubungi mereka ialah untuk mengesahkan kenyataan Ketua Superintendan Direktorat Operasi Polis Bersepadu Mindanao Barat, Felicisimo Khu, yang mengesyaki Mohd Nazarudin ditahan di sekitar kampung Barangay, Buansa, Jolo oleh kumpulan itu.

"Berpandukan maklumat risikan tentera, kali terakhir kumpulan itu dikesan ialah di kampung berkenaan," katanya.

Bagaimanapun, kumpulan yang ditemui tidak dapat mengesahkan maklumat itu kerana mereka juga tidak pasti kebenarannya. Namun, laporan media sebelum ini menyatakan, Alhabsy Misaya ialah salah seorang pemerintah dalam kumpulan Abu Sayyaf dan dikatakan bertanggungjawab melakukan berapa serangan bom di Jolo tahun lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Indanan, Ketua Inspektor Mohammad Khan Kamlon, berkata penculik dipercayai menuntut wang tebusan sebanyak 80 juta peso (kira-kira RM5.6 juta) sebagai tukaran membebaskan tebusan dengan wang pendahuluan yang perlu dibayar sebanyak lima juta peso (RM350,000).

Mohd Nazarudin diculik pada tengah malam 8 Mei lalu, ketika sedang tidur bersama rakannya, Abdul Ghafar Akkirulla di sebuah rumah, di Idanan, Jolo. Mereka ke kawasan berkenaan untuk mencari cicak tokek atau gecko yang mendapat harga tinggi di pasaran gelap.

Bekas isteri Mohd Nazarudin, Mazlina Mohamad, sebelum ini berkata, mangsa ke Filipina untuk mendapatkan cicak untuk dijual kepada pembeli luar, tetapi ditahan lanun ketika di Jolo.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

yunos bin hamzah

Kalau nak kaya pun buatlah kerja yang berfaedah.Yang pergi cari cicak tokek tu buat apa.Cari pula negara yang banyak masaalah keselamatannya.Menyusahkan negara sahaja.

fauzi

Pejuangan Moro bersama AlQaeda perlu faham, bukan kita diMalaysia tidak mahu membantu tetapi cara yang dibuat adalah tidak wajar dimana rakyat malaysia menjadi mangsa. Sekiranya Malaysia istihar untuk membantu mereka maka kuasa besar akan melebal Malaysia sebagai negara yang menyokong pengganas dan akibatnya adalah buruk.

rahman abdul

find a real job

sam

Inilah yang di panggil lanun phillipine, mereka ini banyak di sabah. Tiada kerja. Mereka tahu hanya berjudi haram, jual rokok haram dan suka cari duit haram. Bila tak ada duit, mula cari mangsa lepas tu culik dan minta tebusan. Bila dapat duit tebusan, mereka datang sabah untuk joli dengan duit haram.

razi

Memalukan. sebuah kumpulan yang mengaku memperjuangkan Islam tetapi cari makan dengan menculik utk dapatkan wang tebusan. kalau x dapat, kemungkinan besar mangsa culik dibunuh. Nabi Muhammad ada ajar macam tu ke. Inilah dia ekstrimis Islam yang menyebabkan pihak Barat sewenang2 mengecop agama Islam sebagai agama terorisme.

solihin

untuk pengetahuan wakil2 tokek. jenis spesis philiphine yang berasal dari jolo atau mindanao kebanyakan nya penipu dan pembelot. spesis ini sangat banyak d sabah dan 99 peratus jenayah dan penipuan dilakukan oleh spesis ini.

aziz

hubungi kedutaan dan cari orang tengah utk selamatkan mohd nazaruddin dgn perundingan yang baik. doakan smg beliau dalam keadaan sihat dan selamat. salam 1malaysia.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

15 pemain sanggup jual perlawanan RM25,000

Posted: 01 Jun 2011 02:56 PM PDT

MukaDepan

SEREMBAN: Sekurang-kurangnya 15 pemain skuad bola sepak Piala Presiden Negeri Sembilan mengaku menerima RM2,000 bagi beberapa perlawanan dalam kejohanan itu yang keputusannya ditentukan bookie.

Mereka ialah 11 pemain utama, manakala baki ialah pemain simpanan dan beberapa anggota pengurusan skuad berkenaan.

Berita Harian difahamkan, bagi tiga atau empat perlawanan yang keputusannya ditentukan oleh bookie, pemain dan pengurusan pasukan menerima antara RM6,000 hingga RM8,000 seorang. Sumber berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih mengesan bookie yang terbabit mengatur keputusan perlawanan itu.

Katanya, siasatan kini 80 peratus siap selepas SPRM mengambil keterangan daripada pemain serta pengurusan pasukan dan menjangka siasatan dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat.

Sementara itu, berdasarkan aduan yang diterima, SPRM tidak menolak kemungkinan kegiatan mengatur perlawanan turut membabitkan perlawanan Piala Super.

Justeru, katanya, jika ada pemain Liga Super terbabit dalam kegiatan itu, mereka akan dipanggil untuk memberi keterangan dan ia adalah prosedur biasa selepas kertas siasatan dibuka.
Minggu lalu, Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) membuat laporan di Balai Polis Seremban 2, selepas menerima aduan beberapa pemain bola
sepak skuad Piala Presiden bersedia menjadi saksi terhadap dakwaan berlaku rasuah mengatur perlawanan sejak akhir tahun lalu.

Laporan dibuat pengurus pasukan Piala Presiden negeri, Bahari Abd Rahman dan Setiausaha Kehormat PBNS, Datuk Abd Halim Abd Latif.

Ketika mendedahkannya, Presiden PBNS, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata PBNS mendapat maklumat kes mengatur perlawanan berlaku sejak tahun lalu, tetapi tiada bukti kukuh.

Sabtu lalu, SPRM memanggil 20 pemain termasuk pemain simpanan Piala Presiden untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

nazri

Saya cadangkan SPRM siasat semua pasukan dengan FAM skali. Banyak khabar2 angin yang timbul, Cari bookie tu sampai dapat. Siasat siapa lagi yang terlibat.

Fergie Son

Camne Selangor leh klah dgn Klate 5-1 aritu? main kt S.A tu..Pelik2!!

mas joko

Main tak seberepe pun nak main rasuah macam la pro sangat.gaji kelab kasi tak cukup ker.....

era bolasepak kita sudah mula menunjukkan kebangkitan dari zaman kegelapan.. nampak gayanya kes rasuah ni bakal membuatkan kegemilangan bolasepak tanah air kembali suram... hish...

zheng

mcm nilh bolasepak malaysia,bila nk maju? pihak yg brkenaan sila ambil tindakn yg sewajarnya.jgn kecewakn penyokong bolasepak malaysia.kalau x,kosonglh stadium nti.

Faizal Zainal

Padan muka!

diennostiger

kebulo duit la diaorg nih,,,aku takut org2 kenamaan je yg atur game niii,,tgk2 tibe2 jer team tu jadi kuat..entah lerr

zull

SPRM tengok2kan dulu team SABAH..mana la tau kan

anak malaysia

amat memalukan apabila kegiatan rasuah kembali menular ke dalam liga Malaysia.Diharap pihak dapat membanteras gejala ini secepat mungkin sebelum keadaan semakin parah dan boleh menghancur bola sepak Malaysia yang sedang meningkat naik sekarang.

memyampah

Lama dah depa pakat dok buat keje ni dari dulu lagi tapi berhenti kejap pas tu ada pula. Klu nak senang henti je liga-liga yg dok ada dah 50 th lebih mutu bolasepak dok mcm tu je klu orang pun dh nk mati tapi bolasepak abuk pun tarak pendek kata sukan bolasepak di Malaysia cuma gah pada nama

castello25

buang daerah jer semua nie...!!!!

ghuano!!!!

cube chek scuad liga super N9 2.....mesti dieorg pn terlibat gak.....huh!!!

Yus Kedah

Dulu peminat dah kena tipu , skg peminat kena tipu lg. baik kita sokong EPL dan Spanish League.. main bagus kalau rasuah pun berbaloi tengok sebab permainan 300 kali lagi bagus dari pemain kita....Hidup Barcelona

nate de koko

sebenarnya gejala rasuah masih lagi berleluasa....ada persatuan negeri yang sudah berjaya menangkap si pemain yg penerima rasuah tetapi diberikan keampunan disebabkan pujuk rayu ahli keluarga pemain terbabit..dan perkara itu telah berjaya disembunyikan...kepada sprm sila buat siasatan hingga ke akar umbi!!

hans skema

mcm mna la sukan negara kita nak maju klu mcm nie,,

EON9

Ya allah....kenapa la pemain sanggup menjual maruah kerana duit? dimana harga diri? duit rasuah ni walaupun banyak dapat tapi sampai bila-bila tak akan cukup n akan 9susah....taubat la...jaga la maruah diri dan negeri dari EON9 ( Eden Orang Negeri 9 )

asiayusro

rasuah tak mengenal profesion...
kalau akarnya sudah busuk,masakan pucuknya mahu bercambah elok...

Mamayogurt

sya kurang minat tgok bspak msia pd msa skrang, tpi klau zaman allahyarham mokhtar dahari, soon chin aun dan lain-lain lgi mmg sya berminat. krna mereka2 dulu adalah wira sejati

yapi yapo

adoyai....lgsung jdi xbest dah liga super... camana nak sokong ni liga tempatan kalu jdi camni?????

zikri

baru saja bolasepak malaysia nak menyinar setelah beberapa dekad merudum, kerana rasuah. sukan bolasepak seperti kita tahu adalah simbul kerjasama didalam negara malaysia yang ada beberapa kaum dan bangsa,andai sukan bolasepak maju kedepan maka semakin ramai peminat yang bersatu didalam beberapa eknit dan kaum didalam negara malaysia.jadi kesimpulannya rasuah bolasepak isu bookie dah jadi satu isu pinggiran saja,isu utama yang sebenarnya bolasepak jangan maju hubungngan kaum jangan rapat dan mesra.anda fahamkan ?????????????

jun

kalau bersalah..bwa ke mahkamah..bicara..tu blum lgi hukum Allah SWT...

sengkuang

Buek malu nogori joo

Kecewa

Patutlah arena sukan bola sepak negara tak maju-maju. makan duit haram rupanya...bagilah anak bini korang makan duit tu.

bahari b. mohd shari

tu le nasibnye sukan bola sepak Malaysia

Mohd Shari Pilus

Perbuatan rasuah amat keji. Pemberi dan penerima sama2 bertanggungjawab samarata 50-50.
Mengikuti perlawanan Bola Sepak dalam negara adalah dirasakan wujud unsur demikian cuma amat sukar dibuktikan. Sesiapa saja penonton yang rasional dan terbuka terasa dalam hati wujud rasuah pabila rentak dan keputusan pelawanan jadi sebalik sepatutnya.
Syabas atas keberanian MB Negeri Sembilan maju ke depan sekurang2nya buatkan bookie @ peneraju judi tidak untung besar dengan mengatur keputusan perlawanan.

Bookie bukan sebarang orang dengan berani merasuah demi keuntungan. hukuman berat setimpal undang2 wajib dikenakan dengan dakwaan kukuh. Tidak guna menghebohkan berlaku rasuah dan terapapar di dada akhbar tapi para bookie bebas meneruskan aktiviti masa akan datang.

Kepada SPRM bertindaklah, rasuah dalam apa bentuk pun atau di mana sahaja bawah bidang kuasa SPRM wajib dibenteras hatta melibatkan pihak yang tidak disangka2.

Jika dibiarkan jangan mimpi kegemilangan Bola sepak negara pernah jejak olimpik akan berulang lagi.

Semoga bersihlah bolaseppak dan semua jenis acara sukan melibatkan penyertaan individu warga negara dan pasukan negara dari cengkaman para bookie.

Khuatir para pemain dan pegawai berkenaan terperangkap hingga terpaksa tunduk kepada para bookie.

Kejayaan SPRM MAAF bagi pengkhianat @ pelakon sendiwara yang menipu penonton dan penyokong setia masing-masing. Saya tetap yakin akan kebolehan dan integriti SPRM .

Mohd Shari Pilus
Kuantan, Pahang

02 JUN 2011.

Hairudin

Ape dah jadi pemain bola sepak kita sekarang ni...kerana duit maruah tergadai..sokong diambil tindakan tegas pada para pemain yang makan rasuah...

izat

pemain seperti ni boleh mencemarkn nama baik negara dan bola sepak negara...denda mereka seperti mana pihak FAM pernah lakukan sebelum ini..

abdul

ORANG TAMAK SELALU RUGI, MACAM ANJING DENGAN BAYANG-BAYANG.

pz

kl mcm ni m manalah sukan bola sepak nak membangun..main tak setara mana..rasuah plak..pemain jenis ni harus diblack list dlm mana2 kejohanan bola sepak negara sebagai pengajaran bg yg lain..

Fairuz Sudin

memalukan jerr kes rasuah ni..
dulu sampai team Malaysia hancur disebabkan rasuah..takut hancur sekali lagi..


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan