Rabu, 1 Jun 2011

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


EKSKLUSIF: Naza disorok

Posted: 31 May 2011 03:04 PM PDT

ZAMBOANGA (Filipina): Rakyat Malaysia, Mohd Nazarudin Saidin yang diculik di selatan Filipina pada awal Mei lalu ketika mencari cicak tokek atau gecko, masih berada dalam tangan kumpulan penculiknya dan disembunyikan di sekitar kepulauan Jolo.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

shahidan bin hashim

..nescaya kerajaan Malaysia sedang berusaha sesuatu untuk membebaskan rakyat kita yang menghadapi masalah di negara asing. Jangan risau, dan bimbang. Kita sama-sama pakat berdoa akan keselamatannya serta keluarga hendaklah bersabar.

ariff

Sebaiknya sebelum berurusan dengan sesiapa pun di negara yg bermasalah elok kita dapatkan informasi daripada kerajaan kita dahulu utk mengelakkan kejadian yg tak d ingini berlaku

zamani ali

Doakan dia dalam keadaan selamat. Semoga kerajaan dapat cepat membantu mangsa di sana. 1Malaysia rakyat di utamakan. Terbaik.

Ramlie Hj Sidek

Semoga beliau dan ahli keluarganya tabah mengharungi dugaan Insyaalah selamat

wanjeff

Seharusnya pihak berkuasa Filipina menjalankan terus operasi besar-besaran untuk menghapuskan puak radikal Islam yg berpangkalan d selatan negara tersebut. Kononnya mereka berjuang atas nama Islam, untuk kemerdekaan sebuah negara Islam tapi tindak tanduk mereka lari daripada asas perjuangan islam yang sebenarnya. Menculik orang dan minta wang tebusan untuk mendapatkan dana bagi membiayai perjuangan mereka, adakah itu di namakan perjuangan? Sebenarnya mereka inilah yang merosakkan islam di mata dunia membuat islam terus di hina dan di cerca. Untuk keluarga En. Naza, bersabar dan berdoalah agar En. Naza mendapat perlindungan dari-Nya.

honda

Kerajaan,buatlah sesuatu untuk rakyat kita yang menjadi mangsa di sana..

iqbal abidal

apa benda lah orang kita ni taksub sangat dengan cicak dan benda bukan2 tu...dah kena culik plak kan dah susahkan semua orang...

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Maybank, CIMB bersaing kuasai RHB Capital

Posted: 31 May 2011 03:01 PM PDT

MukaDepan

KUALA LUMPUR: Malayan Banking Bhd (Maybank) dan CIMB Group Holdings Bhd akan terbabit dalam persaingan dua penjuru untuk menjadi calon pilihan bagi bergabung dengan RHB Capital Bhd, iaitu syarikat induk kepada RHB Bank Bhd.

Ini susulan kelulusan diberikan Bank Negara Malaysia kepada Maybank serta CIMB Group bagi memulakan rundingan berasingan dengan RHB Capital dan pemegang saham utamanya untuk kemungkinan penggabungan berkenaan.

Persaingan itu dilihat sebagai menarik. Bagi Maybank ia adalah untuk mempertahankan kedudukannya sebagai kumpulan perbankan terbesar tempatan manakala bagi CIMB Group pula ia adalah peluang baginya untuk mengambil alih kedudukan peneraju itu. Jika Maybank berjaya dalam persaingan itu ia bakal muncul kumpulan perbankan terbesar di Asia Tenggara mengatasi DBS Bank Singapura.

Sebaliknya, andai CIMB Group bergabung dengan RHB Capital, ia menjadi kumpulan perbankan kedua terbesar di Asia Tenggara di belakang DBS Bank Singapura.

Ketika ini Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah pemegang saham terbesar dalam RHB Capital dengan pegangan sebanyak 57 peratus.

Bagaimanapun mengikut peraturan Bank Negara, ia perlu mengurangkan pegangannya dalam RHB Capital kepada 40 peratus tahun ini.
Pemegang saham kedua terbesar dalam RHB Capital pula ialah Abu Dhabi Commercial Bank (ADCB) dengan penguasaan 25 peratus.

Namun awal tahun ini, kumpulan perbankan yang berpangkalan di Emiriah Arab Bersatu itu mengumumkan tawaran untuk menjual semua kepentingannya itu.

Maybank dalam kenyataannya mengumumkan kelulusan yang diperolehnya daripada Bank Negara itu, berkata, janji niaga berkenaan jika berjaya dimuktamadkan adalah sejajar visinya untuk muncul sebagai peneraju penyedia perkhidmatan kewangan serantau.

Ia, katanya turut menyokong objektif strategiknya menjadi peneraju terunggul dalam menyediakan perkhidmatan peruncitan kewangan di Malaysia, selain menjadi peneraju dalam perbankan Islam di pasaran Asean.

Ketua Eksekutif CIMB Group, Datuk Seri Nazir Razak dalam kenyataan berasingan pula berkata, kumpulan itu percaya adalah kewajipan baginya untuk meneroka peluang yang ada dengan mencadangkan pelan penggabungan yang boleh mewujudkan nilai di antara kedua-dua kumpulan perbankan itu.

Beliau berkata, ia juga adalah bagi menyokong agenda pengukuhan sektor perbankan tempatan.

"Bagaimanapun, ia masih di peringkat awal kerana rundingan masih lagi belum berlangsung. Pemegang saham kami sudah sedia maklum berhubung rekod prestasi kami dalam bidang ini (penggabungan) dan kami memohon kesabaran mereka untuk tempoh beberapa minggu dan mungkin lebih lama lagi, untuk kumpulan meneroka kemungkinan dengan pengurusan dan pemegang saham RHB Capital," katanya.

Sementara itu, pemerhati pasaran berkata, bagi Maybank, jika ia berjaya dalam penggabungan berkenaan, kumpulan itu akan terus mengekalkan kedudukannya sebagai institusi perbankan terbesar tempatan.

Katanya, jika CIMB Group pula berjaya, bank itu yang kini berada di tangga kedua, akan mengambilalih kedudukan Maybank sebagai bank terbesar di Malaysia.

Mengikut anggaran firma penyelidikan DBS Vickers, Maybank ketika ini mempunyai jumlah aset berjumlah kira-kira RM332 bilion, CIMB Group pula RM265.8 bilion, manakala RHB Capital RM127.6 bilion.

Nilai permodalan pasaran Maybank pula dianggarkan sebanyak RM62.3 bilion, CIMB Group (RM58.7 bilion) dan RHB Capital (RM16.2 bilion).


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan