Khamis, 14 April 2011

Utusan Online - Utara

Utusan Online - Utara


NPOC gegar padang KSAH

Posted:

NPOC gegar padang KSAH

NPOC gegar padang KSAH

Oleh SAFINA RAMLI
utusankedah@utusan.com.my


Antara aksi pasukan yang lengkap berpakaian ketika bertempur dengan pasukan lawan dalam pertandingan sukan lasak paintball Northern Paintball Official Circuit (NPOC) 2011 di padang Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar, baru-baru ini.


ALOR SETAR 13 April - Seawal pukul 7 pagi Jumaat lalu, padang Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH) di sini dipenuhi oleh peminat-peminat sukan lasak paintball yang bersedia untuk 'bertempur' pada pertandingan Northern Paintball Official Circuit (NPOC) 2011.

Dengan memakai pakaian ala perang lengkap dengan topeng muka dan penanda untuk menembak, setiap pasukan berdebar-debar menunggu masa untuk berperang di padang KSAH.

Walaupun hujan menyebabkan keadaan padang lecak, namun ia langsung tidak mematahkan semangat 33 pasukan yang setia menunggu giliran menewaskan musuh-musuh di gelanggang pertempuran.

Tidak menghairankan mengapa populariti sukan paintball kian meningkat hari ini kerana ia dapat merealisasikan impian mereka yang gemarkan sukan lasak atau keinginan untuk berada di medan perang.

Difahamkan, paintball merupakan antara sukan ekstrem yang paling popular di dunia dengan kira-kira 12 juta penggemar.

Hanya mengambil masa 15 tahun, sukan itu kini dikenali sebagai sukan yang mengujakan dan dimainkan di lebih 40 buah negara.

Paintball juga tidak hanya terhad kepada kaum lelaki malah wanita yang gemarkan aktiviti lasak turut jatuh cinta dengan sukan ini.

Pertandingan NPOC yang dianjurkan oleh AKR Sdn. Bhd. berjaya mencungkil bakat-bakat baru dalam sukan paintball yang merupakan antara sukan lasak yang semakin mendapat tempat di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd. Johan Rizal Syed Unan Mashri berkata, pihaknya mengambil inisiatif menganjurkan pertandingan tersebut kerana semakin ramai peminat sukan itu muncul di kawasan utara tanah air.

"Sebelum pertandingan ini dianjurkan hanya ada empat pasukan paintball yang benar-benar aktif di sekitar kawasan utara. Namun setelah pertandingan ini diadakan barulah pasukan-pasukan baru yang benar-benar berbakat dalam sukan ini dapat dicungkil," katanya di sini baru-baru ini.

Jelasnya, NPOC juga adalah salah satu program bersempena kempen The Road to World Cup Asia Langkawi (WCA) 2011 yang akan diadakan pada penghujung tahun ini.

"WCA adalah antara pertandingan paintball yang berprestij di dunia dan Langkawi akan menjadi tuan rumah untuk WCA. Hampir 200 pasukan dari 20 negara akan bertanding untuk merangkul johan Asia pada pertandingan tersebut," katanya.

Dengan kejayaan menganjurkan NPOC, Syed Johan berkata, pihaknya bercadang menjadikan acara tersebut sebagai acara tahunan untuk memudahkan peminat-peminat sukan paintball menyertai sukan itu dengan lebih serius.

"NPOC kali ini juga disertai oleh pasukan daripada sekolah-sekolah sekitar Kota Setar dan kami melihat ada potensi di kalangan pelajar-pelajar sekolah untuk menjadi pemain profesional," katanya.

Pada pertandingan itu, pasukan Lost World muncul johan manakala tempat kedua dimiliki Beast Killer dan Guns Pack mendapat tempat ketiga.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup diesel

Posted:

Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup diesel

Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup diesel


Anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia memeriksa tong minyak diesel yang cuba diseludup di jeti Kuala Perlis, Kangar, kelmarin.


KANGAR 13 April - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya mematahkan cubaan menyeludup 750 liter minyak diesel bersubsidi bernilai RM937.50 ke negara jiran setelah menahan sebuah bot di sini semalam.

Ketua Penguat Kuasa Daerah Maritim 1 Langkawi, Kapten Rahim Abdullah berkata, bot berkenaan ditahan kira-kira 0.4 batu nautika (0.7 kilometer) dari pantai Kuala Perlis pada pukul 12.45 tengah hari.

Katanya, sebuah lagi bot yang dinaiki sekumpulan awak-awak bagaimanapun berjaya melarikan diri dengan memecut ke kawasan paya bakau sejurus dihampiri.

"Hasil pemeriksaan terhadap bot yang ditinggalkan menemui 30 tong yang setiap satu berisi 25 liter minyak diesel," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, pihaknya percaya, awak-awak berkenaan sedang memindahkan tong-tong itu ke dalam bot untuk diseludup ke negara jiran.

Katanya, minyak diesel bersubsidi di negara ini yang berharga RM1.25 seliter dijual dengan harga RM2.80 seliter di negara jiran.

"Bot yang tidak mempunyai nombor pendaftaran itu dibawa ke jeti Kuala Perlis untuk siasatan lanjut," katanya sambil memberitahu rampasan itu yang ketiga bagi cubaan menyeludup minyak di perairan daerah Maritim 1 Langkawi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sivanesan terdiam cabaran MB

Posted:

Sivanesan terdiam cabaran MB

Sivanesan terdiam cabaran MB

Oleh HAMDEN RAMLI dan AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI
pengarang@utusan.com.my


Zambry Abdul Kadir ketika menjawab soalan lisan pada Sidang Dewan Undangan Negeri Perak ke-12, Ipoh, semalam.


IPOH 13 April – Percubaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungkai, A. Sivanesan untuk menggasak Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dengan soalan-soalan provokasi akhirnya makan diri.

ADUN dari DAP itu bukan sahaja kelihatan terkedu apabila dakwaannya berjaya dipatahkan dengan mudah oleh Zambry, tetapi akhirnya terus terdiam apabila dicabar Menteri Besar menyerahkan senarai nama penduduk setinggan keturunan India yang layak tetapi tidak mendapat lot tanah penempatan semula seperti didakwa.

"Buktikan dan berikan kepada saya (senarai nama penduduk setinggan keturunan India yang layak tetapi tidak mendapat lot tanah seperti didakwa)," tegas Zambry ketika menjawab soalan tambahan Sivanesan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di sini hari ini.

Sebelum itu dalam soalan tambahannya Sivanesan mendakwa selama 53 tahun kerajaan BN tidak berbuat apa-apa untuk menyelesaikan masalah setinggan membabitkan kaum India di negeri ini .

Beliau turut mendakwa mendapat aduan berlaku wujud skandal dalam pemberian lot-lot tanah kepada penduduk setinggan di Klebang Tambahan.

Zambry berkata, Sivanesan cuba untuk menonjolkan diri sebagai jaguh orang India dengan membangkitkan dakwaan yang tidak berasas itu.

"Tetapi saya ingin tanya, masa 11 bulan memerintah dahulu apakah sumbangan yang anda berikan kepada masyarakat India," katanya.

Terdahulu menjawab soalan asal Chen Fook Chye (DAP-Keranji) mengenai jumlah setinggan, Zambry berkata, terdapat sebanyak 14,282 setinggan mendiami 522 kawasan di seluruh negeri ini berdasarkan bancian di bawah program Setinggan Sifar 2012.

Katanya, kerajaan negeri telah menyediakan sebanyak 56 kawasan membabitkan keluasan 939 hektar bagi melaksanakan program mengatasi setinggan di negeri ini.

"Kita menggunakan pendekatan yang pelbagai termasuk memindahkan setinggan ke kawasan Rancangan Perumahan Tersusun atau mengekalkan mereka di kawasan sedia ada jika ia bersesuaian," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen