Rabu, 13 April 2011

Utusan Online - Politik

Utusan Online - Politik


'Kawasan kelabu bertukar putih'

Posted:

'Kawasan kelabu bertukar putih'

'Kawasan kelabu bertukar putih'

Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR
syahrir.bakar@utusan.com.my


MUHYIDDIN Yassin (tengah) beramah mesra bersama masyarakat di Maludam ketika menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Sekolah Kebangsaan Maludam, di Betong, Sarawak, semalam.


BETONG 13 April - Dengan berbaki tiga hari sebelum proses pembuangan undi Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 Sabtu ini, Barisan Nasional (BN) yakin telah berjaya menukar beberapa kerusi yang dahulunya disifatkan kelabu kepada putih.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kejayaan mengembalikan sokongan padu rakyat kepada BN di Dewan Undangan Negeri (DUN) tertentu boleh diperhatikan melalui kehadiran 'gelombang biru' di tempat-tempat tersebut.

Jelasnya, petanda itu diperoleh melalui laporan yang diterima dari semasa ke semasa serta pertemuannya dengan masyarakat di peringkat akar umbi dan perkembangan tersebut pasti memberi kelebihan buat BN.

"Itu satu perkembangan baik kerana Perdana Menteri, saya sendiri, pimpinan negeri, menteri pusat dan pemimpin BN lain sudah bekerja keras dan menjelaskan mengenai dasar perjuangan serta manifesto BN kepada rakyat dan mereka faham.

"Ini dibuat dengan membandingkan apa yang diutarakan pembangkang yang nyata dan jelas tidak ada isi dalam manifesto mereka berbanding perancangan dan transformasi BN dalam masa 10 tahun akan datang," katanya.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Sekolah Kebangsaan Maludam dekat sini hari ini, kira-kira 450 kilometer dari Kuching.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan jumlah kerusi yang berjaya ditukarkan putih itu kerana ia merupakan strategi BN.

Tambahnya, BN akan terus mempertingkatkan 'kerusi selamat' pada pilihan raya negeri lalu serta memastikan kawasan lain yang telah ditukarkan kepada putih kekal sehingga hari penentuan Sabtu ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Muhyiddin berkata, BN yakin dapat memenangi lebih daripada majoriti dua pertiga kerusi yang dipertandingkan dan membentuk semula kerajaan selepas pilihan raya nanti.

Sementara itu, Muhyiddin turut mengumumkan peruntukan RM3 juta bagi pembinaan Jalan Kampung Seberang Maludam, RM1.5 juta untuk meningkatkan taraf SK Maludam serta beberapa lagi projek di kawasan Lingga di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 yang berjumlah RM26.7 juta kesemuanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pembangkang sengaja timbulkan isu kitab Injil

Posted:

Pembangkang sengaja timbulkan isu kitab Injil

Pembangkang sengaja timbulkan isu kitab Injil

LAWAS 13 April - Isu kitab Injil yang sengaja ditimbulkan pembangkang semasa pilihan raya negeri Sarawak ini dengan tujuan memburuk-burukkan kerajaan Barisan Nasional (BN) boleh menyebabkan masyarakat berpecah-belah, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata, ini bukanlah kali pertama pembangkang menggunakan isu agama untuk memainkan perasaan rakyat, malah telah digunakan semasa pilihan raya kecil Parlimen Sibu, pada 16 Mei tahun lepas.

"Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, kita tidak mahu masyarakat kita yang telah hidup dalam keadaan harmoni selama ini berpecah-belah akibat perkara ini," katanya semasa berucap merasmikan majlis Bakti Setia Rela dan penyerahan pakaian seragam Rela di Long Semadoh, di sini hari ini.

Calon BN bagi kerusi DUN Ba" Kelalan, Willie Liau turut hadir pada majlis itu.

Hishammuddin, yang juga Naib Presiden UMNO, berkata, isu kitab Injil itu sebenarnya sudah selesai apabila kesemua kira-kira 30,000 naskhah yang sebelum ini ditahan di Pelabuhan Kuching sudahpun dikeluarkan.

Katanya, beliau telahpun dimaklumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala bahawa kesemua naskhah kitab itu telahpun diterima oleh pertubuhan-pertubuhan Kristian di Kuching.

Biarpun pembangkang cuba menggunakan kehangatan pilihan raya ini untuk menanam kebencian atau menabur fitnah, Hishammuddin berkata, ini tidak akan menghalang BN untuk meneruskan perjuangannya membela rakyat.

Katanya, BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah melaksanakan transformasi daripada segi pentadbiran kerajaan, politik dan ekonomi demi memastikan tiada rakyat yang akan terpinggir daripada menikmati faedah pembangunan di negara ini. - BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan