Sabtu, 2 April 2011

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


'Cuaca tidak menentu'

Posted:

'Cuaca tidak menentu'

'Cuaca tidak menentu'

Oleh Ali Mahmood
utusanpahang@utusan.com.my


Adnan Yaakob beramah mesra dengan mangsa banjir di Kampung Cegar Medang, Benus, Pahang, semalam.


BENTONG 2 April - Rakyat di negeri ini dinasihatkan supaya mengambil langkah berjaga- jaga kemungkinan menghadapi banjir ekoran cuaca yang tidak menentu sejak kebelakangan ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, penduduk perlu berpindah ke pusat pemindahan banjir disediakan sekiranya diarahkan berbuat demikian oleh pihak berkuasa.

''Saya faham kebanyakan mangsa banjir enggan berpindah kerana bimbang keselamatan rumah dan harta benda mereka terdedah kepada kecurian tetapi perlu mengutamakan keselamatan dan nyawa diri sendiri terlebih dahulu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan wang ringgit kepada 230 mangsa banjir di Kampung Cegar Medang, Benus, dekat sini hari ini.

Seramai 300 keluarga di kampung terbabit dilanda banjir kilat selama lapan jam akibat hujan lebat pada 20 Mac lalu.

Adnan memberitahu, kerajaan negeri sedar bantuan disalurkan itu tidak seberapa berbanding jumlah kerugian yang terpaksa ditanggung mangsa.

''Namun saya yakin ia juga sekurang-kurangnya dapat meringankan beban kepada mangsa-mangsa banjir,'' ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

3 lelaki edar heroin ditahan

Posted:

3 lelaki edar heroin ditahan

3 lelaki edar heroin ditahan

BERA 2 April - Polis merampas dadah jenis heroin seberat 43.5 gram daripada tiga lelaki berusia 30-an di Felda Sebertak dekat sini kelmarin.

Ketua Polis daerah, Deputi Supritendan Mohd. Zahid Mohd. Noor berkata, kejayaan itu hasil intipan di sebuah rumah kosong dua tingkat yang dijadikan tempat penagihan sejak sebulan lalu di kawasan tersebut.

Menurut beliau, sebanyak 16 peket plastik berisi dadah heroin dalam bentuk serbuk dan ketulan dijumpai di ruang tamu rumah tersebut.

"Salah seorang suspek cuba melarikan diri dengan memanjat bumbung namun berjaya ditangkap," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau menambah, polis turut menemui lima peket plastik lutsinar dan enam keratan tiub straw berisi serbuk dan bahan ketulan dadah jenis heroin, semasa pemeriksaan fizikal terhadap ketiga-tiga suspek.

Mohd. Zahid memberitahu, hasil ujian saringan awal kesemua suspek didapati positif dadah jenis candu dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Katanya, dadah tersebut dipercayai dibawa masuk dari Pulau Pinang berdasarkan dua suspek berasal dari negeri itu manakala seorang lagi dari Felda Bukit Kepayang, dekat sini.

Ketiga-tiga suspek juga, jelas beliau mempunyai rekod lampau iaitu terlibat dalam kegiatan penagihan dadah lebih 10 tahun dan pernah ditangkap serta dihukum atas kesalahan dadah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sektor swasta disaran anjur program pendidikan

Posted:

Sektor swasta disaran anjur program pendidikan

Sektor swasta disaran anjur program pendidikan

RAUB 2 April - Sumbangan pelbagai pihak termasuk sektor swasta diperlukan bagi meningkatkan kualiti pendidikan sekali gus melahirkan pelajar cemerlang akademik.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Raub, Haris Fadzillah Abu Samah berkata, kerjasama itu bagi meningkatkan pencapaian pelajar-pelajar di sekolah menengah terutama mereka yang bakal menduduki peperiksaan utama.

''Kita akan cuba membantu supaya mereka mampu mencatat keputusan cemerlang dalam peperiksaan seterusnya berjaya dalam kehidupan," katanya.

Beliau menjelaskan demikian kepada pemberita selepas melancarkan Jom Masuk U dan penyerahan Portal Tuisyen Skor A di Sekolah Menengah Kebangsaan Dong di sini semalam.

Majlis itu dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dong, Datuk Shahiruddin Ab. Moin.

Hadir sama i Pengarah Raub Australian Gold Mining Sdn. Bhd., Datuk Azinuddin Rahim selaku penaja program tersebut.

Haris Fadzillah berkata, langkah melibatkan pihak swasta itu juga sebagai strategi untuk menaikkan nama daerah Raub agar terkenal melahirkan pelajar-pelajar cemerlang dalam akademik.

Tambah beliau, pihak swasta juga seharusnya menjadikan aktiviti menaja program pendidikan sebagai salah satu tanggungjawab sosial mereka kepada masyarakat pada setiap tahun.

''Seterusnya gandingan semua pihak dapat memastikan matlamat untuk melahirkan pelajar cemerlang mencapai sasaran,'' ujar beliau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan