Jumaat, 1 April 2011

Utusan Online - Kota

Utusan Online - Kota


Iklan haram punca KL comot

Posted:

Iklan haram punca KL comot

Iklan haram punca KL comot

Oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
kota@utusangroup.com.my


SEBAHAGIAN penduduk Bangsar membersihkan iklan-iklan haram yang ditampal pada kotak suis milik Tenaga Nasional Berhad semasa operasi pembersihan iklan haram di Jalan Telawi, Bangsar, baru-baru ini. – utusan/Fauzi Baharudin


KUALA LUMPUR 1 April – Iklan-iklan haram dikenal pasti sebagai punca banyak kawasan di ibu negara kelihatan comot, kata Timbalan Ketua Pengarah (Perkhidmatan) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz.

Beliau berkata, setiap minggu, pihak DBKL mengadakan operasi pembersihan bersama persatuan-persatuan penduduk dan iklan haram adalah yang paling dibersihkan tetapi jumlahnya seperti tidak pernah berkurangan.

"Dalam tempoh tiga bulan ini sahaja, kita telah membersihkan kira-kira 3,000 poster dan iklan haram yang terdapat di sekitar Kuala Lumpur ini bersama-bersama dengan penduduk," katanya selepas mengadakan operasi pembersihan bersama penduduk Bangsar Baru di sini baru-baru ini.

Turut sama, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Sebanyak 600 iklan haram ditanggalkan dalam operasi bersama Persatuan Penduduk Bangsar itu.

Sementara itu, Raja Nong Chik berkata, operasi pembersihan itu menunjukkan wujudnya kerjasama rapat antara penduduk dan DBKL dalam menjaga kebersihan di ibu negara.

"Bagi meningkatkan lagi kebersihan Kuala Lumpur, kita akan mengadakan seminar dengan 200 persatuan-persatuan penduduk di Wilayah Persekutuan pada 9 dan 11 April ini.

"Pada seminar itu nanti, pelbagai isu berkaitan dengan penduduk akan diperbincangkan, di samping penduduk juga akan bertukar-tukar pandangan demi kesejahteraan dan kebersihan Kuala Lumpur," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Selangor tidak bubar DUN - Khalid

Posted:

Selangor tidak bubar DUN - Khalid

Selangor tidak bubar DUN - Khalid

SHAH ALAM 1 April - Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) sekiranya Kerajaan Persekutuan memilih untuk membubarkan Kabinet pada tahun ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, keputusan itu dibuat dengan alasan bahawa pembubaran DUN sesebuah negeri tidak semestinya mengikut Kerajaan Pusat.

Malah katanya, berdasarkan mandat yang diberikan oleh rakyat selepas pilihan raya umum lalu, DUN negeri sepatutnya berakhir pada 2013.

"Pada sidang kali ini saya ingin menegaskan bahawa DUN Selangor tidak akan dibubarkan pada tahun ini.

"Fenomena ini sebenarnya adalah satu ciri federalisme yang perlu dihayati oleh semua rakyat Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena penangguhan sidang DUN Ke-12 di sini hari ini.

Tambah Abdul Khalid, keputusan itu juga dibuat berikutan wujudnya desas-desus bahawa Kerajaan Persekutuan juga sedang menimbang untuk pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 lebih awal.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

BN kenal pasti 10 kerusi DUN berpotensi dirampas semula

Posted:

BN kenal pasti 10 kerusi DUN berpotensi dirampas semula

BN kenal pasti 10 kerusi DUN berpotensi dirampas semula

KUALA SELANGOR 1 April - Barisan Nasional (BN) Selangor mengenal pasti 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berpotensi dimenangi semula parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, keadaan itu telah memberi keyakinan kepada BN untuk bekerja lebih keras dalam usaha merampas semula Selangor daripada pembangkang.

Namun, beliau enggan mendedahkan kawasan DUN yang dikenal pasti itu.

"Pada masa ini, BN mempunyai 21 kerusi dan untuk mendapat mandat mentadbir Selangor, kita memerlukan tambahan sembilan lagi kerusi DUN untuk mendapat majoriti yang selesa," katanya selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Persatuan Nelayan Kuala Selangor di sini semalam.

Hadir sama, Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Datuk Mohd. Jidin Shafee; Ketua Pengarah LKIM, Datuk Mohd. Khazin Hamzah dan Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Ahamad Sabki Mahmood.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, meskipun BN mempunyai strategi untuk menawan kembali Selangor, namun usaha juga perlu dilakukan bagi memastikan 21 kerusi DUN sedia ada tidak terlepas.

Sementara itu, beliau berkata, kementerian itu akan mengemukakan cadangan kepada Kabinet agar RM10 daripada RM200 elaun sara hidup setiap bulan yang diterima 60,000 nelayan di seluruh negara dijadikan premium insurans bagi menjamin kebajikan mereka.

Pada majlis sama, beliau turut menyampaikan bantuan berjumlah RM57,175 kepada 65 nelayan Zon A (lima batu nautika dari pantai) meliputi bantuan membaiki pukat yang rosak akibat perbuatan khianat.

Sumbangan RM10,000 juga diberikan kepada pihak yang banyak memberi maklumat berhubung pencerobohan nelayan Zon B yang menggunakan pukat tunda di Zon A.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen