Jumaat, 22 April 2011

Utusan Online - Dalam Negeri

Utusan Online - Dalam Negeri


Pelbagaikan bahan pembelajaran di Nasom – Rosmah

Posted:

Pelbagaikan bahan pembelajaran di Nasom – Rosmah

Pelbagaikan bahan pembelajaran di Nasom – Rosmah


Rosmah Mansor bermesra dengan remaja autisme, Noorarina Sakinah Samsudin sambil diperhatikan Mohd. Ali Rustam di Melaka, semalam.


MELAKA 21 April – Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menyarankan agar bahan pembelajaran sedia ada di Pusat Vokasional Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (Nasom) di Bukit Peringgit di sini dipelbagaikan bagi meningkatkan kemahiran pendidikan.

Menurut beliau, bahan pembelajaran seperti peralatan muzik sepatutnya disediakan di pusat berkenaan.

Yang Dipertua Badan Amal Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) itu berkata, peralatan sebegitu perlu untuk meningkatkan kemahiran dan mengembangkan bakat dalam diri kanak-kanak autisme.

''Mungkin selepas ini, Badan Amal Kebajikan Wakil-Wakil Rakyat Negeri Melaka (Bistari) yang menguruskan pusat ini boleh menyediakan peralatan muzik antaranya piano untuk diletakkan di sini bagi kemudahan pendidikan anak-anak autisme," katanya.

Beliau berucap merasmikan Kelas Vokasional Pusat Intervensi Autisme Melaka di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan isteri, Datin Seri Asmah Abdul Rahman yang juga Pengerusi Bistari negeri.

Pada majlis itu, Rosmah turut menyampaikan sumbangan RM20,000 kepada rumah autisme Nasom Bukit Peringgit yang merupakan salah satu daripada 15 pusat yang diuruskan di bawah Nasom dalam menjalankan program intervensi kanak-kanak autisme berusia antara dua hingga 14 tahun.

Pusat Intervensi Autisme Melaka diasaskan pada Mac 2000 dengan permulaannya hanya dua guru dan lima murid.

Jumlah berkenaan kini bertambah kepada 32 murid serta tujuh orang guru.

Terdahulu isteri Perdana Menteri merasmikan Sekolah Harapan, Jasin yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri khusus untuk golongan remaja hamil luar nikah.

Penubuhan Sekolah Harapan dicetuskan oleh Mohd. Ali bagi memberi perlindungan kepada remaja hamil selain menangani gejala buang bayi yang semakin berleluasa.

Menurut Pengarah Sekolah Harapan, Datuk Ab. Rahaman Ab. Karim, setakat ini, seramai 49 remaja perempuan hamil ditempatkan di situ.

Katanya, daripada jumlah itu, 35 remaja yang sebahagiannya sudah melahirkan anak manakala selebihnya sedang menunggu masa melahirkan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

: Zahid hadir beri sokongan

Posted:

<i>Untukmu Loloq</i>: Zahid hadir beri sokongan

Untukmu Loloq: Zahid hadir beri sokongan

KUALA LUMPUR 21 April – Sebagai tanda sokongan kepada penggiat seni tanah air, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hadir ke prebiu Konsert Untukmu Loloq yang berlangsung malam ini.

Konsert di Panggung Sari, Istana Budaya itu diadakan khas untuk mengenang jasa penulis lirik, Allahyarham Rosli Khamis atau Loloq yang meninggal dunia dua tahun lalu.

"Saya berharap insan seni yang banyak memberi sumbangan terhadap pembangunan industri muzik tempatan diiktiraf dengan penganjuran konsert sebegini.

"Selain sebagai tanda memperingati arwah, hasil jualan tiket juga boleh disalurkan kepada keluarga Loloq," katanya sejurus selepas prebiu konsert berkenaan tamat.

Konsert anjuran Global Network Entertainment Sdn. Bhd. itu akan dimulakan esok sehingga Ahad ini dengan menampilkan empat artis ternama negara iaitu Datuk M. Nasir, Ramli Sarip, Ella dan kumpulan Spider.

Aktor Hasnol Rahmat pula akan melakonkan watak Loloq menerusi segmen lakonan semula yang diselitkan dalam konsert berkenaan selain Azrul Raja Lawak dan Azreen Mohd. Nasir.

Persembahan tersebut mendapat kerjasama Kementerian Pertahanan menerusi Badan Kesenian Mindef yang turut mengambil bahagian dalam konsert berkenaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmetik tidak ikut piawaian dikesan

Posted:

Kosmetik tidak ikut piawaian dikesan

Kosmetik tidak ikut piawaian dikesan

KUALA LUMPUR 21 April – Kementerian Kesihatan akan bertindak agresif mengesan pengeluar dan penjual produk kosmetik yang gagal mengikut piawaian kesihatan.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, ia termasuk produk yang mengandungi racun berjadual yang boleh membawa pelbagai kesan sampingan kepada pengguna.

"Kalau ada produk yang melanggar syarat ditetapkan oleh Bahagian Farmasi seperti penjualan produk tanpa pendaftaran atau tidak mengikut piawaian, kita tidak teragak-agak untuk ambil tindakan.

"Mengenai senarai produk berbahaya pula, setiap tahun kita akan memaparkannya di laman web kementerian," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Kembara Riang Ria Pemakanan Di Sekolah Rendah bagi peringkat kebangsaan, di sini hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen