Ahad, 3 April 2011

Utusan Online - Dalam Negeri

Utusan Online - Dalam Negeri


Lebih 200,000 tempat ditawar

Posted:

Lebih 200,000 tempat ditawar

Lebih 200,000 tempat ditawar

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
dan SITI MAISARAH SHEIKH RAHIM
pengarang@utusan.com.my


MUHYIDDIN Yassin diiringi Mohamed Khaled Nordin (kiri) melihat sebahagian orang ramai mengisi borang kemasukan ke universiti di The Mines, Kuala Lumpur, semalam. – MINGGUAN/MOHD. NOOR AMIN


KUALA LUMPUR 2 April – Lebih 200,000 tempat ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta kepada para penuntut bagi kemasukan sesi akademik 2011/ 2012.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tawaran itu adalah untuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf serta mereka yang mahu melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah pertama, sarjana dan doktor falsafah (PhD).

Beliau memberitahu, 100,500 tempat adalah bagi pengambilan penuntut dalam bidang teknikal, latihan dan kemahiran di 27 buah politeknik serta 323 Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) pada tahun ini.

"Dengan adanya tawaran melanjutkan pengajian sama ada ke IPT mahupun institut latihan dan teknikal, ia dapat memberi pilihan kepada penuntut untuk mengikuti kursus-kursus yang diminati sekali gus mampu menampung keperluan negara dari segi tenaga kerja mahir.

"Pastinya kerajaan akan meneruskan komitmen menyediakan pendidikan yang berkualiti di institusi pendidikan dan latihan di negara ini. Bagi kerajaan ini merupakan satu usaha berterusan," katanya.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berucap semasa menutup Karnival Pengajian Tinggi Negara 'Jom Masuk U' Kali Ketujuh di The Mines dekat sini hari ini.

Turut hadir Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; timbalannya, Datuk Saifuddin Abdullah; Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Prof. Dr. Rujhan Mustafa dan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd. Ghafar Mahmud.

Karnival Pengajian Tinggi Negara 2011 menyaksikan sambutan luar biasa pengunjung yang mencecah 300,000 orang sejak ia dianjurkan 14 Januari lalu di 10 lokasi terpilih seluruh negara.

Muhyiddin berkata, buat masa ini lebih 580,000 mahasiswa mengikuti pengajian di peringkat ijazah pertama, sarjana dan PhD di semua IPT awam dan swasta.

Beliau berkata, sememangnya matlamat kerajaan menyediakan pendidikan berkualiti kerana ia merupakan landasan bagi melahirkan modal insan yang kreatif, inovatif dan berkemahiran tinggi sejajar dengan aspirasi negara untuk meningkatkan daya saing melalui peningkatan kualiti modal insan.

Beliau turut menyentuh kejayaan negara melaksanakan beberapa inisiatif di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi sektor pendidikan bagi meningkatkan akses kepada pendidikan yang berkualiti dan berkemampuan.

"Alhamdulillah, hasil pelbagai inisiatif yang dilaksanakan di bawah NKRA pendidikan, kita telah berjaya meningkatkan kemasukan ke prasekolah kepada 72.4 peratus manakala 85 peratus murid sekolah rendah celik huruf.

"Sebanyak 91 peratus pula menguasai numerasi (celik angka), 43 buah sekolah telah mencapai status Sekolah Berprestasi Tinggi manakala 586 atau 7.6 peratus guru besar menerima ganjaran di bawah Bai'ah atau new deal untuk pemimpin sekolah," katanya lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Syarat baru keputusan Universiti Al-Azhar

Posted:

Syarat baru keputusan Universiti Al-Azhar

Syarat baru keputusan Universiti Al-Azhar

KUALA LUMPUR 2 April - Syarat baru iaitu peperiksaan kelayakan bahasa Arab untuk penuntut Malaysia bagi kemasukan ke Universiti Al- Azhar, Mesir merupakan keputusan yang dibuat oleh universiti itu sendiri dan bukannya dicadangkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sistem peperiksaan itu dipersetujui oleh kementerian kerana penguasaan bahasa Arab di kalangan penuntut Malaysia adalah lemah.

"Menurut pihak universiti itu, ramai penuntut kita tidak dapat menyempurnakan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan disebabkan masalah itu.

"Bagaimanapun, kita meminta pihak pengurusan Universiti Al-Azhar memberi kemudahan kepada penuntut kita untuk menduduki peperiksaan itu di negara ini tanpa perlu ke Mesir," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis penutup Karnival Pengajian Tinggi Negara 2011 'Jom Masuk U' Kali Ketujuh yang disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini hari ini.

Mohamed Khaled tidak mahu orang ramai mempunyai salah tanggapan bahawa kementerian dengan sengaja memperkenalkan syarat itu bagi 'menyukarkan' lagi kemasukan penuntut Malaysia ke universiti itu.

Sementara itu, Mohamed Khaled meminta institusi pengajian tinggi awam (IPTA) melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan menyediakan peluang kepada masyarakat setempat untuk menyambung pengajian di kampus masing-masing.

Sehubungan itu katanya, pihak universiti perlu mengenal pasti pelajar cemerlang di kawasan masing-masing untuk mengikuti program khas asasi atau kursus universiti yang kurang mendapat sambutan secara terus tanpa perlu memohon menerusi Unit Pengurusan Universiti (UPU).

Dalam pada itu katanya, 140,140 tempat disediakan untuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf bagi kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) serta pusat latihan pada tahun ini.

Daripada jumlah itu jelasnya, 16,640 tempat adalah bagi mengikuti pengajian pusat asasi, diploma IPTA (23,000), diploma Politeknik (51,000), sijil kolej komuniti (11,000) dan sijil Institut Latihan Kemahiran Awam (38,500).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Amy Search dipilih Pengetua AF9

Posted:

Amy Search dipilih Pengetua AF9

Amy Search dipilih Pengetua AF9

KUALA LUMPUR 2 April – Teka-teki mengenai Pengetua Akademi Fantasia 9 (AF9) terjawab apabila Astro Ria mengumumkan Amy Search dipilih sebagai penyandang jawatan tertinggi dalam program realiti TV popular itu hari ini.

Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi, pemilihan Amy Search atau nama penuhnya Suhaimi Abdul Rahman, 53, dilakukan berdasarkan maklum balas daripada banyak pihak selain pengalaman luas beliau dalam bidang nyanyian dan muzik tanah air.

Pengumuman tersebut dilakukan di Aeon, Jusco, Wangsa Maju

di sini malam ini, sempena program Tirai AF9.

Astro sebelum ini merahsiakan penyandang jawatan tersebut biarpun khabar angin bertiup kencang mengatakan Ahmad Dhani iaitu gitaris dan vokalis kumpulan Dewa dari Indonesia bakal mengisi jawatan tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan