Jumaat, 8 April 2011

Kosmo Online

Kosmo Online


Mayat wanita bogel warga China ditemui

Posted:

Mayat wanita bogel warga China ditemui

Mayat wanita bogel warga China ditemui

08/04/2011 8:09pm

SEREMBAN – Mayat seorang wanita warga China yang bogel dan kepalanya ditutup dengan selimut ditemui di kediaman sewanya di sebuah rumah kedai di Taman AST di sini hari ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Saiful Azly Kamaruddin, terdapat juga kesan lebam pada leher mangsa yang dipercayai dijerut dengan selimut tersebut.

Mayat mangsa yang berusia lingkungan 30-an ditemui kira-kira 3 petang oleh pemilik premis itu.

"Mangsa dipercayai sudah mati lebih daripada tiga hari berdasarkan keadaan mayatnya yang sudah berbau.

"Mayat mangsa dijumpai oleh pemilik premis berkenaan yang kebetulan datang ke rumah kedai itu untuk menyembur racun serangga," kata Saiful Azly. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

APMM tahan empat nelayan indonesia

Posted:

APMM tahan empat nelayan indonesia

APMM tahan empat nelayan indonesia

08/04/2011 7:08pm

GEORGETOWN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan empat nelayan Indonesia ketika mereka leka menangkap ikan berhampiran Pulau Kendi awal hari ini.

Ketua Penguatkuasaan Daerah Maritim 2 Pulau Pinang, Komander Maritim Robert Teh Geok Chuan berkata, kesemua mereka yang berusia antara 16 dan 19 tahun itu ditahan kira-kira pukul 3 pagi.

"Hasil pemeriksaan mendapati bot tersebut datang dari Belawan, Indonesia dan kesemua tekong dan awak-awak itu tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Katanya, mereka ditangkap mengikut Akta Perikanan 1985 kerana memasuki perairan negara Malaysia untuk menangkap ikan secara tidak sah.

Selain itu, kumpulan nelayan tersebut juga didapati melanggar Akta Imigresen 1959 kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan perjalanan yang sah. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Dua lelaki samun salun rambut

Posted:

Dua lelaki samun salun rambut

Dua lelaki samun salun rambut

08/04/2011 7:06pm

IPOH – Dua lelaki masing-masing bersenjatakan parang melarikan wang tunai RM1,000 dan empat buah telefon bimbit dari sebuah salun rambut selepas berpura-pura untuk menggunting rambut di Taman Perpaduan, Tambun semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Azisman Alias berkata, dalam kejadian pada 7.45 petang semalam, dua lelaki itu mengugut akan mencederakan pekerja dan pelanggan dengan parang sekiranya membuat bising.

Selepas menyamun dua lelaki berusia dalam lingkungan 20-an itu kemudian melarikan diri dengan sebuah motosikal, manakala pekerja dan pelanggan terbabit tidak dicederakan, katanya ketika dihubungi hari ini.

Azisman berkata, pemilik salun kemudian membuat laporan polis selepas kejadian itu. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan