Jumaat, 22 April 2011

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Mualaf dipenjara 18 bulan

Posted: 22 Apr 2011 03:34 AM PDT

PETALING JAYA: Seorang ibu tunggal mualaf dijatuhi hukuman penjara 18 bulan dan denda RM500,000 di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan meminta dan menerima rasuah RM50,000 daripada seorang wanita yang kononnya bagi pihak seorang pegawai kanan polis Selangor, tujuh tahun lalu.

Hakim Balqis Aini Mohd Ali membuat keputusan itu terhadap Ong Lai Fong, 37, atau nama Islamnya, Nur Hidayah Jasmin Abdullah selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.


"Bagi kesalahan itu, kamu dijatuhi hukuman penjara 18 bulan dan denda RM250,000 bagi setiap pertuduhan," katanya Mahkamah bagaimanapun memerintahkan hukuman itu berjalan serentak dan sekiranya gagal menjelaskan denda, Ong boleh dikenakan tambahan penjara 12 bulan bagi setiap pertuduhan.

Mahkamah turut membenarkan permohonan Ong untuk menangguhkan hukuman itu sehingga selesai proses rayuan di Mahkamah Tinggi.


Dia didakwa meminta RM50,000 daripada seorang ahli perniagaan Yeow Wai Yee yang kononnya bagi pihak Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor ketika itu, SAC II Abu Bakar Mustaffa, sebagai dorongan bagi membebaskan suami Yeow, Chung Siew Ling, yang ditahan dalam lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Penolong pegawai pejabat daerah rasuah dijel, denda RM10,000

Posted: 22 Apr 2011 03:20 AM PDT

SHAH ALAM: Seorang penolong pegawai di Pejabat Daerah & Tanah Hulu Langat dipenjara tiga bulan dan didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, selepas didapati bersalah meminta suapan RM2,000 daripada pengusaha pasir di Bandar Baru Bangi, dekat sini, dua tahun lalu.

Hakim Mat Ghani Abdullah membuat keputusan itu terhadap Abdul Halim Khailani, 48 selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan.


Mahkamah juga memerintahkan tertuduh dipenjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda itu. Abdul Halim yang berasal dari Bandar Baru Bangi didapati bersalah meminta suapan RM2,000 daripada Khairul Anuar Ahmad Bustaman, 24, supaya tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas aktiviti pengeluaran pasir tanpa permit yang sah oleh lelaki itu.

Khairul Anuar melakukan kerja mengorek pasir itu di kawasan Lot 1519, Batu 19 1/2 dan Lot 3654, Batu 1/4 Jalan Sungai Lui, Hulu Langat.


Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Daerah & Tanah Hulu Langat, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, kira-kira jam 11 pagi, pada 23 April 2009.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen