Selasa, 11 September 2012

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


PM umum penubuhan syarikat penerbangan tambang murah baru

Posted: 11 Sep 2012 04:49 AM PDT

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan penubuhan syarikat penerbangan tambang murah yang baru dikenali sebagai Malindo Airways.

Najib berkata syarikat penerbangan itu, hasil usahasama antara National Aerospace and Defence Industries Sdn Bhd (Nadi) dan PT Lion Group, akan mula beroperasi pada 1 Mei tahun depan dan akan berpangkalan di KLIA 2.

Usahasama itu, katanya bukan sahaja mencatatkan satu lagi sejarah penting dalam industri penerbangan negara tetapi juga mencerminkan hubungan erat antara Malaysia dan Indonesia.

"Pada pendapat saya, akronim MALINDO - gabungan indah nama Malaysia dan Indonesia yang mempunyai nilai sejarah yang amat signifikan, tetapi juga memaparkan pertalian sejarah yang sekian lama terjalin antara rakyat kedua-dua negara.


"Daripada segi untuk menjadi syarikat penerbangan terkenal, saya percaya nama ini akan menjadi jambatan bagi kedua-dua negara, menerusi rangkaian penerbangan yang luas yang akan menghubungkan banyak bandar raya dan bandar di rantau ini, membuka destinasi baharu untuk pelawat di Nusantara ini dan sekitarnya," katanya selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian usahasama antara kedua-dua syarikat di sini. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/11


Gempa sederhana landa Sumatera

Posted: 11 Sep 2012 02:26 AM PDT

KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter melanda barat daya Sumatera, Indonesia hari ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan di sini, gempa berlaku pukul 12.15 tengah hari dan berpusat di 418 km dari barat daya Bengkulu, Indonesia dan 965 km barat daya Pontian, Johor.

Tiada ancaman tsunami dilaporkan. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/11


Tiada ulasan:

Catat Ulasan