Jumaat, 21 September 2012

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


APMM gagalkan cubaan seludup 11,900 kg minyak masak

Posted: 21 Sep 2012 03:26 AM PDT

SANDAKAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di sini berjaya menggagalkan cubaan menyeludup minyak masak sebanyak 11,900 kilogram ke negara jiran menggunakan perkhidmatan sebuah feri penumpang.

Ketua Penguatkuasanya Kapten Maritim Abdul Razak Rahman berkata rampasan itu dilakukan hasil pemeriksaan terhadap feri berkenaan di perairan Sandakan yang ketika itu dalam perjalanan ke Zambonga, Filipina dari Pelabuhan Sandakan pada pukul 9.30 malam Selasa lepas.


Katanya semua minyak masak itu diletakkan di dalam sembilan kontena dengan 6,800 kilogram di dalam kotak dan 5,100 kilogram lagi di dalam 300 tong plastik.

Siasatan kesalahan dilakukan di bawah Akta Kastam 1967, Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia 1998, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Berikutan rampasan itu, feri berkenaan, MV Dinca Joy 2 ditahan untuk lanjutan siasatan termasuk mengenal pasti pihak yang terlibat menyeludup keluar minyak masak itu.


Beliau berkata harga minyak masak yang murah berbanding harga di negara jiran itu menyebabkan ada pihak mengambil kesempatan untuk menyeludup bahan itu.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/21


Warga emas hilang masih gagal dikesan

Posted: 21 Sep 2012 03:11 AM PDT

KUANTAN: Seorang lelaki warga emas berusia 72 tahun yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lepas, masih belum ditemui sehingga kini.

Ketua Polis Daerah Pekan Supt Yahaya Othman berkata polis masih belum menerima sebarang maklumat terkini berhubung kehilangan mangsa.


"Keluarga mangsa juga tidak menerima sebarang panggilan telefon atau apa-apa maklumat mengenai kehilangan mangsa atau sebarang ugutan setakat ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata polis sedang melakukan siasatan menyeluruh bagi mengesan warga emas terbabit.


"Motif kehilangan dan kejadian itu juga masih disiasat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/21


Tiada ulasan:

Catat Ulasan