Sabtu, 29 September 2012

Harian Metro: Mutakhir

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Harian Metro: Mutakhir


Komersial hasil penyelidikan

Posted: 28 Sep 2012 03:38 PM PDT

UNIVERSITI Malaysia Perlis (UniMAP) melangkah lebih jauh apabila memperoleh keuntungan lumayan hasil bidang pengkomersialan dan pengurusan harta inteleknya.

Tanggungjawab yang diamanahkan kepada Pusat Pembangunan Keusahawanan, Pengkomersialan dan Pengurusan Harta Intelek (ECIP) UniMAP itu mengenal pasti lebih 80 produk yang dihasilkan penyelidiknya untuk diketengahkan.


Pengarahnya, Prof Datuk Dr Mohd Salleh Din berkata, UniMAP memperoleh keuntungan lebih daripada RM500,000 sejak 2010 selepas dua produknya dikomersialkan kepada dua syarikat yang berminat.

Menurutnya, jabatan dibentuk beberapa tahun lalu itu kini mengkomersialkan lebih enam produk yang kebanyakannya dipasarkan di dalam negara.


"Melalui kajian awal, pihak kami mengenal pasti lebih 80 produk yang berpotensi bagi tujuan komersial dan daripada jumlah itu, enam sudah dikomersialkan.


"Produk pertama dikomersialkan dan sudah mempunyai hak cipta UniMAP sendiri ialah produk 'Artificial Marble' yang digunakan di dalam industri pembinaan," katanya.

Namun, katanya, produk itu kini hanya digunakan di peringkat dalaman termasuk bagi menggantikan barangan cenderahati universiti ini.


"Produk kedua dikomersialkan ialah 'Oil Palm FBB Ripeness Sensor' yang kini digunakan Sime Darby Research Sdn Bhd.

"Sehingga kini lebih 41 produk kajian dihasilkan penyelidik UniMAP juga dipatenkan di peringkat antarabangsa dan di negara ini selain tujuh produk mempunyai hakcipta UniMAP di peringkat antarabangsa dan dalam negara.


"Malah daripada jumlah itu, pihak universiti juga sudah memperoleh pulangan keuntungan lebih RM500,000 hasil royalti tahunan kedua-dua produk berkenaan," katanya.


Dr Mohd Salleh berkata, pihaknya kini dalam usaha mempercepatkan proses pendaftaran harta intelek yang kini memakan masa lebih daripada tiga tahun di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) termasuk dengan memajukan sistem pangkalan data Intelectual Property (IP) System.


"Projek berkenaan masih dalam proses pembangunan dan sudah 80 peratus siap. Ia bakal memberi kemudahan kepada penyelidik dari segi maklum balas mengenai permohonan harta intelek bagi produk mereka.


"ECIP juga menjalinkan kerjasama dengan Unit Perundangan dan MyIPO bagi memantapkan pengurusan harta intelek terutama dalam aspek perundangan harta intelek," katanya.


Menurutnya, jabatan itu kini berusaha meningkatkan kesedaran dan pemahaman warga UniMAP terhadap harta intelek selain meningkatkan bilangan harta intelek UniMAP supaya mampu menjana pendapatan kepada universiti seterusnya kepada negara.


Katanya, pihaknya sedang menghasilkan direktori produk yang dipatenkan dan berpotensi dikomersialkan bagi memudahkan syarikat yang berminat.


"ECIP juga mengemas kini polisi pengkomersialan serta menubuhkan ahli jawatankuasa pengkomersialan bagi membantu mengenal pasti produk penyelidikan yang berpotensi bagi dipasarkan.


"Selain itu, kami menjalinkan kerjasama bersama industri termasuk lawatan ke industri berkenaan bersama penyelidik," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/29


Wanita dakwa dipukau sebelum dicabul

Posted: 28 Sep 2012 03:38 PM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang wanita mendakwa dipukau sebelum menuruti arahan seorang lelaki yang memintanya masuk ke dalam kereta Perodua Viva berwarna putih sebelum dicabul, Rabu lalu.

Dalam kejadian jam 5.40 petang itu, mangsa berusia 26 tahun berjalan berseorangan ke hentian menunggu bas berhampiran Jalan Pahang sebelum tiba-tiba kereta dipandu seorang lelaki berhenti dan terus memanggil namanya.


Menurut sumber, mangsa menghampiri kenderaan itu sebelum lelaki berkenaan memperkenalkan diri dan bertanya sama ada mengenalinya atau tidak.

"Bagaimanapun mangsa memberitahu tidak mengenali lelaki itu.


"Suspek kemudian terus membuka pintu dan menarik mangsa masuk ke dalam kenderaannya. "Mangsa ketika itu tidak cuba melawan sebaliknya akur dan mengikut suspek yang menyatakan hasrat mahu menghantar mangsa pulang ke rumahnya di Sungai Besi," katanya.


Sumber berkata, ketika dalam perjalanan, suspek mengambil kesempatan memegang alat sulit mangsa beberapa kali, namun tidak dapat melawan seolah-olah dipukau.

"Suspek turut mengambil nombor telefon mangsa sebelum menghantarnya pulang," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/29


0 ulasan:

Catat Ulasan