Khamis, 27 September 2012

Harian Metro: Setempat

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Harian Metro: Setempat


Aksi nekad 2 minit

Posted: 26 Sep 2012 03:09 PM PDT

PETALING JAYA: "Kami terdengar letupan dan jeritan dari kedai emas di sebelah sebelum keluar untuk memeriksa apa berlaku dan mendapati pengawal keselamatan premis itu terbaring sambil memegang dada yang berlumuran darah," kata juruwang farmasi, Siti, 28, menceritakan kejadian rompakan nekad kedai emas di Jalan Othman, di sini, mengakibatkan seorang pengawal keselamatan maut ditembak, semalam.

Dalam kejadian jam 3.50 petang itu, kedai emas itu dirompak tiga lelaki bersenjatakan pistol dan kapak serta melarikan pelbagai barangan kemas sebelum beredar dari tempat kejadian dengan menaiki motosikal.

Menurut Siti, dia bersama tiga rakan sekerja sedang melayan pelanggan ketika kejadian berlaku dan mereka sempat bersembunyi seketika dalam pejabat selepas seorang rakan yang keluar menjengah memberitahu ternampak seorang lelaki memegang pistol.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, pengawal keselamatan itu, Krishnan Periasamy, 44, meninggal dunia selepas dua jam dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akibat kecederaan parah di dada, manakala tiga pekerja wanita kedai emas itu tidak cedera.


Menurutnya, tiga suspek terbabit memakai topi keledar berpenutup penuh tiba-tiba menyerbu kedai emas itu dan melepaskan dua tembakan ke arah pengawal keselamatan yang duduk di depan premis itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/27


2 amuk depan pondok polis dicekup

Posted: 26 Sep 2012 02:30 PM PDT

PETALING JAYA: Dua lelaki yang tidak berpuas hati apabila mangsa dibelasah mereka lari bersembunyi dalam Pondok Polis Desa Mentari, Sungai Way, di sini, bagi mendapatkan perlindungan bertindak mengamuk di depan premis itu menggunakan rantai besi, kelmarin.

Dalam kejadian jam 9 malam itu, kedua-dua lelaki terbabit bertindak samseng apabila menjerit memanggil nama mangsa berusia 25 tahun dan cuba menceroboh masuk ke pondok polis itu untuk mendapatkan mangsa.


Bagaimanapun, tindakan kedua-dua lelaki terbabit mengundang padah apabila mereka segera diberkas anggota polis yang berkawal di pondok itu, manakala senjata dirampas.

Menurut sumber, pergaduhan antara dua lelaki terbabit dan mangsa bermula setengah jam sebelum kejadian apabila mangsa yang menetap di Shah Alam dibawa ke Desa Mentari, Jalan Klang Lama, di sini.


"Mangsa yang berada di rumahnya didatangi dua lelaki itu sebelum dibawa ke sebuah flat di Desa Mentari kononnya untuk berbincang.


"Seorang daripada lelaki terbabit menuduh mangsa cuba mengganggu teman wanitanya dan dia mahu berbincang bagi mendapatkan penjelasan mangsa," katanya.

Sumber berkata, sebaik tiba di flat berkenaan, lelaki terbabit tiba-tiba memarahi mangsa dan memukul kepalanya dengan rantai besi sehingga berdarah menyebabkan mangsa yang ketakutan melarikan diri kerana bimbang dibelasah dengan lebih teruk.


"Mangsa berlari ke arah Pondok Polis Desa Mentari bagi mendapatkan perlindungan. Ketika dia cuba dibantu anggota polis pondok itu tiba-tiba dua lelaki yang menyerangnya datang sambil menjerit.

"Kedua-dua lelaki terbabit kemudian membuat kecoh di depan pondok polis itu dan cuba masuk ke dalam untuk menyerang semula mangsanya," katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, mengesahkan pihaknya menahan dua lelaki berusia 19 dan 25 tahun kerana melakukan serangan terhadap mangsa di depan pondok polis berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/27


0 ulasan:

Catat Ulasan