Jumaat, 21 September 2012

Berita Harian: Nasional

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Berita Harian: Nasional


15 tahun penjara RM5j denda

Posted: 21 Sep 2012 04:44 PM PDT

Akta farmasi baru pruntuk hukuman lebih berat

Kuala Lumpur: Akta Farmasi baru bagi menggantikan empat akta berkaitan ubat, racun dan pendaftaran memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta dan penjara 15 tahun terhadap syarikat yang mengeluar, mengedar dan menjual ubat tiruan.

Individu yang melakukan kesalahan itu pula boleh didenda maksimum RM2 juta dan penjara 15 tahun.

Rang Undang-Undang Farmasi itu akan dibentangkan di Dewan Rakyat dalam tempoh terdekat.
Denda asal RM50,000

Ketika ini syarikat yang melakukan kesalahan itu didenda RM50,000 bagi kesalahan pertama, dan RM100,000 untuk kesalahan seterusnya tanpa hukuman penjara, manakala individu didenda maksimum RM25,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama dan kesalahan seterusnya denda RM50,000 atau penjara lima tahun.

Dapatkan naskhah BH hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/

Destinasi terbaik untuk pelaburan: PM

Posted: 21 Sep 2012 04:35 PM PDT

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak berkata cadangan penyenaraian Astro Malaysia Holdings Berhad (ASTRO) di Papan Utama Bursa Malaysia (Bursa Malaysia) mengesahkan reputasi Malaysia sebagai destinasi terbaik untuk pelaburan.

Perdana Menteri berkata, langkah itu juga meletakkan negara sebagai satu lokasi selamat untuk modal dengan perniagaan serta pertukaran masih aktif, meskipun suasana kewangan global tidak menentu.

Beliau berkata, penyenaraian itu juga dianggap banyak pihak sebagai antara penyenaraian saham terbesar di dunia pada tahun ini.
"Minat pelabur yang berkekalan terhadap syarikat tempatan memperlihatkan peluang yang luas di dalam negara kita.

Hasil kerja kuat

"Ia tidak muncul secara tiba-tiba tetapi ia adalah hasil komitmen, dedikasi dan kerja kuat mereka yang membina perniagaan berdaya saing pada peringkat global," katanya pada majlis pelancaran prospektus ASTRO di sini, semalam.

Turut hadir, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim dan Pengerusi ASTRO, Tun Zaki Tun Azmi.
Prospektus tawaran awam permulaan (IPO) syarikat pengendali stesen televisyen terbesar itu membabitkan sebanyak 1.5 bilion unit saham dan akan disenaraikan di Bursa Malaysia bulan depan.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, pembaharuan diperkenalkan kerajaan menerusi Program Transformasi Ekonomi (ETP) memperkukuhkan daya saing Malaysia dan memastikan negara berada pada landasan betul untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

"Jika komitmen dan profesionalisme perniagaan kita memberikan ekonomi kita cara untuk berjaya, maka kerajaan sudah menyediakan kaedah, seperti liberalisasi sektor perkhidmatan, melabur dalam industri utama dan menggalakkan pertumbuhan pantas dalam kewangan.

"Ketika pelabur dan perniagaan bimbang terhadap ketidaktentuan, kita mengurangkan risiko politik dengan mentadbir secara telus serta bertanggungjawab," katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan