Rabu, 26 September 2012

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Terowong Smart ditutup mulai 11 malam ini untuk penyelenggaraan

Posted: 26 Sep 2012 05:08 AM PDT

KUALA LUMPUR: Terowong SMART akan ditutup kepada lalu lintas mulai 11 malam ini dan dibuka semula, pada 6 pagi esok bagi membolehkan kerja penyelenggaraan jalan di terowong tersebut.

Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (SMART) dalam kenyataan berkata pengguna boleh menghubungi talian bantuan Smart di 1 300 88 7188 untuk sebarang pertanyaan. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/26


Kes khalwat paling tinggi dicatat di Pahang

Posted: 26 Sep 2012 02:54 AM PDT

KUANTAN: Sebanyak 1,797 kesalahan jenayah syariah dicatat di Pahang dalam tempoh hampir sembilan bulan pertama tahun ini.

Kesalahan khalwat dicatat paling tinggi dengan jumlah sebanyak 948 kes, diikuti berjudi (677 kes), tidak menghormati bulan Ramadan (62), kesalahan meminum minuman memabukkan (39), perbuatan tidak sopan di tempat awam (11) dan kesalahan-kesalahan lain (60).

Menurut Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Pahang (MUIP) Datuk Seri Wan Wahid Wan Hassan, MUIP akan terus mempertingkatkan penguatkuasaan bagi membanteras gejala sosial daripada terus menular.

"MUIP akan mempertingkatkan kerjasama bersama Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dalam membanteras kesalahan jenayah syariah membabitkan penganut agama Islam di negeri ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Pemahaman Undang-undang Kesalahan dan Tatacara Jenayah Syariah Pahang di sini, hari ini.


Beliau berkata pihaknya kini sedang melantik pegawai-pegawai masjid di sebagai penguatkuasa dalam usaha memantapkan lagi penguatkuasaan kesalahan jenayah syariah.


Sementara itu Ketua Penolong Pengarah Kanan Penyelaras Undang-undang Syariah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Yahya Mohd Zin berkata bengkel selama tiga hari bermula hari ini itu bertujuan mempertingkatkan lagi pengetahuan undang-undang jenayah syariah di kalangan umat Islam dan penguatkuasa agama.

"Menerusi bengkel ini, kita nak bagi penjelasan kepada semua pihak termasuklah pegawai masjid, imam, siak makna tentang hal berkaitan penguatkuasaan.

"Dari segi undang-undangnya dari tahap mana dan apa yang perlu dibuat apabila sudah ada tangkapan dan apa yang perlu buat selepas itu mengikut enakmen kesalahan syariah dan enakmen tatacara jenayah syariah di Pahang," katanya.

Beliau berkata menerusi bengkel berkenaan, penguatkuasaan kesalahan jenayah di negeri ini diharap akan lebih efisien. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/26


Tiada ulasan:

Catat Ulasan