Sabtu, 29 September 2012

Berita Harian: Nasional

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Berita Harian: Nasional


Bukan janji kosong

Posted: 29 Sep 2012 04:56 PM PDT

Seremban: Bajet 2013 yang dibentangkan kelmarin bukan untuk memancing undi menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), sebaliknya kesinambungan usaha Barisan Nasional (BN) menepati janji membawa kemakmuran untuk rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata berbeza bajet pembangkang, Bajet bertema 'Memakmurkan Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati' adalah bukti kemampuan BN.

Keyakinan rakyat kekal
Sejak mentadbir negara 55 tahun lalu, BN tidak pernah mengabaikan janji kepada rakyat dan sejak PRU pertama pada 1959, rakyat tidak pernah hilang kepercayaan bahawa BN mampu membawa kemakmuran dan kesejahteraan.

Memetik ayat al-Quran surah al-Baqarah, Najib berkata, Allah SWT menganjurkan umat Islam supaya berlumba-lumba membuat kebajikan dan jangan sekali-kali menabur fitnah, mencerca atau mengingkari janji.

Kita mesti pandai menjana kekayaan baru, memacu ekonomi supaya daripada kemakmuran itulah kita dapat mensejahterakan rakyat.

Hubungan yang saya anggap sebagai waad antara kerajaan dengan rakyat ini tidak mudah diputuskan dengan fitnah dilemparkan kerana rakyat yakin hanya satu kerajaan boleh menepati janji, iaitu BN.
Kita tidak boleh menjadi kerajaan yang bersifat populis saja sedangkan janji kita tidak ditunaikan. Mereka menjanjikan bulan dan bintang, janji hutang PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) boleh dihapuskan... RM30 bilion dia ingat senang-senang boleh dihapuskan?

Tol siapa nak bayar? Ini semua janji yang tidak mungkin dapat ditunaikan. Kerajaan BN tidak janji perkara yang tidak boleh kita tunaikan, katanya berucap merasmikan program Jelajah Janji Ditepati (JJD), di Kompleks Belia dan Sukan Paroi, di sini, semalam.

Najib melancarkan PR1MA di Seremban 2, Senawang, Rasah dan Senawang. Bagi projek perintis, PR1MA bercadang membina 5,700 rumah mampu milik di lokasi berkenaan.

Fasa 1 membabitkan pembinaan 1,200 rumah dimulakan di Seremban 2 pada suku pertama 2013.

Najib berkata, kerajaan meneruskan program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) menerusi BR1M 2.0 dengan individu bujang berusia 21 tahun ke atas berpendapatan kurang RM2,000 sebulan akan menerima RM250 kerana jasa mereka kepada pembangunan negara.

BR1M 2.0 saya pilih sebagai sindiran kepada mereka (pembangkang) kerana mereka buat Bersih 2.0, katanya.

Beliau berkata, kejayaan BN menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara terutama melalui penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGV) yang mencatat terbitan saham awal kedua tertinggi selepas Facebook sedangkan negara lain menghadapi masalah ekonomi seharusnya terus meyakinkan rakyat untuk memberi sokongan kepada BN.

Mengenai PR1MA, Najib berkata, kerajaan BN merancang membina rumah mampu milik dan dijual pada harga 20 peratus lebih rendah berbanding pasaran.

Beliau turut mengumumkan RM158 juta untuk Dana Mudah Cara Pembangunan Lebuh Raya Lekas-Temiang.

Bayi 13 bulan maut digilis kereta bapa

Posted: 29 Sep 2012 04:56 PM PDT

Padang Terap: Seorang bayi 13 bulan maut akibat kecederaan parah di muka dan kepala selepas digilis kereta yang dipandu bapanya, di Felda Lubok Merbau di sini, kelmarin.

Kejadian berlaku jam 6 petang, ketika mangsa, Auni Iylia Aifa Muhammad Uzair bermain di luar rumah mereka yang terletak bersebelahan stesen minyak milik keluarganya.


Tak sedar
Bapa mangsa, Muhammad Uzair Zul, 22, berkata ketika itu, dia baru selesai mengisi minyak dan terus memandu keretanya tanpa menyedari Auni berada di depan kereta.

"Sebaik selesai mengisi minyak saya terus memandu sebelum terdengar satu bunyi seperti saya terlanggar kerusi.

"Saya menoleh ke belakang untuk memastikan apa yang dilanggar tetapi tidak ada apa-apa. Saya keluar dari kereta dan melihat bahagian bawah dan ternampak tubuh anak saya dengan kesan darah yang banyak.

"Saya melaungkan takbir dan menjerit namanya dan meminta tolong ahli keluarga," katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.
Muhammad Uzair berkata, ibunya, Jamilah Ahmad, 45, yang berada di dalam rumah berlari keluar lalu mendukung anaknya ke Klinik Kesihatan Felda Lubuk Merbau, kira-kira 50 meter dari rumah mereka tetapi mangsa tidak dapat diselamatkan.

Sementara itu, ibu mangsa, Nor Diana Amira Saidin, 20, berkata, anak kedua daripada dua beradik itu seorang yang manja dan sentiasa dikawal jika bermain di luar rumah.

Namun katanya, pada petang kejadian dia tidak menyedari anaknya bermain di luar dan kejadian yang berlaku benar-benar menyedihkan mereka sekeluarga.

"Apa yang berlaku amat memilukan malah malam sebelum kejadian itu, dia sedikit berbeza apabila mengucup lama kedua-dua pipi saya.

"Walaupun masih tidak percaya apa yang berlaku, namun saya menerima takdir ini," katanya.

Jenazah Auni dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Lubuk Merbau di sini, kira-kira jam 3 pagi, semalam.

0 ulasan:

Catat Ulasan